berapa ramai dah?

Friday, December 31

hey...dah abis lah tahun 2010..


aku rase ni entry last untuk tahun ni (memang ye pon. nak rse2 watpe?)


sepanjang 2010 ni, banyak suke duke yang aku tempuh. yang aku mengelak nak tempuh pon ade jugak. tahun 2010 sikit banyak dapat jadikan aku seorang yang matang. matang lah jugak berbanding tahun-tahun lepas. sape yang kenal aku mesti cakap aku poyo. ececehh. memang pon.


okeyh sempena tahun 2011 ni, aku harap segala azam dan impian aku akan tercapai dengan jayanya. banyak benda aku kena buat tahun depan a.k.a esok lah. psm>grad>cari kerja>kumpul duit>bayar pt>beli kereta>cari bf and banyak lagi lah. harap sangat ^^


ok lah tu jek nak hapdate. mood sekarang ni nak teman mak pergi pasar pandan. niatnye nak penuhkan peti ais lah. maklumlah. orang dekat rumah semua perot macam stokin. tak pernah kenyang. termasuk aku sekali lah tuh. hahaha.




>>>


Wednesday, December 29

alhamdulillah




mesti tau kan, aku nak tulis pasal ape lak malam-malam macam ni? of coz pasal bola!


ok 1st of all (ececeh macam nak berucap, blah lah mangkuk!), rase bersyukur sangat Malaysia menang. mase game tadi tangan aku yang sejuk. mcam aku ni pemain bola, atau awek pemain bola atau family pemain bola, atau kawan pemain bola, atau kawan kepada kawan pemain bola, atau... ok enough with that! the fact is aku sedare pemain bola yang main malam ni. yang korang gile-gile kan tuh. sape? semua lah. sedara seislam. sedara jugak lah kot. kalau dorang amik kira sedara seislam mau tak cukup duit $100 000 tuh. hehehe


aku happy sebab tahun 2010 berakhir dengan kegembiraan. sangat happy dan perasaan aku ni adalah tulen yang tidak boleh di photoshop sama sekali.


1st dengan result sem 5 yang sangat best. alahai, padahal orang lain ramai dapat 4 pinggan, aku ni baru terkedek-kedek nak ke 1st class. tapi tak pe. aku tahu kemampuan aku, and keputusan kali ni sungguh tak disangka! kusangkakan GPA ku 3.31 rupa-rupanya *teeeeeeeet. rase bersyukur. alhamdulillah.

jangan tertipu dengan GPA aku. ramai yang dapat 4 pinggan.


2nd dengan kejayaan harimau malaya bawak balik piala suzuki 2010. walaupun sakit tekak menjerit tak sudah tapi aku tetap menyokong Malaysia. go, go! hasil daripada sukan tadi, pengajaran yang saya perolehi adalah jangan jadi penyokong yang double muke. kalau menang puji berbakul-bakul, tapi kalau kalah kutuk tak habis-habis. silap-silap sampai mati pon kekalahan tu tetap dikenang. jangan lah am tuh ea? adat game lah. ade menang, ade kalah. yang penting bermaruah.


kebetulan pulak time malaysia dapat goal dari safee sali tadi mak aku bole jerit suruh bukak pintu. orang tengah melompat-lompat gembira mak pulak potong stim. abang aku lah ni pandai sangat. bukan malam sangat pon tadi. yang kau kunci pintu buat ape? bengong kau. tak pasal-pasal mak naik angin.


tapi tadi mase Indon on their way to get 1st goal, ade perasan tak burung hitam terbang. dandan teros dapat goal tau. benci! mungkin kebetulan atau aku ni memang seorang yang berpikiran negatif. tapi tu lah hakikatnya. mase game badminton, butterfly. ni game bola, burung pulak. lain kali suruh lah gajah tua melintas ke ape ke. baru semua orang nampak proses-proses kejahatan tuh.


the 3rd one, baru jek dapat tau kat fb. perdana menteri umum jumaat ni cuti? sempena pasukan bola sepak menang lah ni. sporting tak sporting PM kite ni. aku tak tipu tau, aku pon tau dari site ni. tak caye pergi la check sekarang. tidak boleh tidak!


ape lagi kegembiraan eak? macam tu jek. tadi ayat aku macam setiap hari kegembiraan datang kat aku. tak ah! semua tu auta jek. biasalah ayat permulaan memang kena manis dan best. cikgu bm aku yang cakap kot. tak caye sudah! :P




p/s: dah gembira, jangan lupe sembah pada yang Esa okeyh!


>>>

bola bola!


lagi-lagi entry bola. bosan lah. lantak lah kan. ade aku kisah?


okeyh. setelah berjuang macam nak mati, bace journal sane sini, akhirnya aku berjaya jugak siapkan part aku sebelum malam ni. like i always said la, kalau ade bola jangan ganggu ketenangan gua.


sape suruh tak caye. kan dah print screen nak tunjuk bukti. niat kat hati tak nak wat cam tuh.. :(



aku pun tak tau sejak bile aku minat bola. aku rase sejak dorang main macam bergaye gile. kalau dulu aku pun asyik kutuk. sekarang tidak lagi. bukan! aku bukan orang memilih! kiraya sekarang tahap patriotik dalam diri aku semakin menebal lah kot. tu yang jadi macam ni. takraw aku support, rugby aku suke, bola aku admire. wahaha.


ape pon yang penting malam ni u all buat yang terbaik lah okeyh. jangan hirau la ape taktik indon nak buat kat kite. nak pakai seksi, nak pakai laser ijau, biru dan ungu, nak tabur serbuk, terpulanglah. janji kite main bersih. kalau kalah pon kalah bermaruah.
*isyhh mulut tak ade insurans, mane bole cakap k*la*!



kepada student-student malaysia yang dekat indon tu, datanglah ramai-ramai. kasi gamat stadium kat sana. jangan duduk dalam bilik bace buku tebal-tebal pakai cermin mate. langsung tak cool lah. join lah kehangatan malam ni. tunjuk kat orang sane yang kite betol2 support pasukan kite.


anyway, nak dengar sangat berite gembira dari dorang malam ni. gud luck harimau malaya!




p/s: elak jadi macam badminton sukan sea lah. malaysia lawan indon. dah baik2 malaysia tinggalkan indon dengan mata yang banyak, tibe2 ade pulak butterfly melintas dekat net warne putih. and then dandan malaysia terus kalah teruk bertubi-tubi. moral: jangan main kotor!




Monday, December 27

taktik kotor indon macam najis



panas betol la. korang cube tengok video ni. memang betol gampang!


video


what the hell la. kalau betol la penyokong malaysia yang buat tadi tak ade banyak hal la. sebab dorang pon buat. rase teraniaye tau tak? baik korang yang bukan warganegara malaysia tu jage-jage, doa anak yang teraniaye makbul tau. ingat tu. *ugut ney T_T


saje je markus tu buat cerita. benci tau. amek jentolak tarah kepala kau baru tau. biar sampai halusss! tahu lah awak tu hensem. hensem ke? macam haram jek. ooppsss! terkasar. maaf. adat melayu tetap kena jage.


kalau nak menang tu agak-agak la weyh. main kotor sangat macam ni. basuh pakai tanah pon tak hilang lagi kotor tu. haram.
(spekulasi aku sendiri sebab tengah geram)


nak kate ape. sebelum tu ni pic dekat fb yang kate malaysia main laser.

see?
nak kate penyokong malaysia konon.
tak ade sape pon pakai baju kuning der. malas nak cakap lagi.


cube la tengok betol2. orang malaysia pakai serban ke. pak aji mane datang stadium pulak ni! sume penyokong malaysia baik lah! memang serius terbaik!


okeyh daripada aku terus buat dosa mengumpat sane, maki sini, lebih baik aku sembahyang. tenang sikit jiwa, rage, hati, minda.





p/s: sejak bile fanatik bola? dulu musim takraw, post pasal takraw. sekarang musim bola, post bola pulak? sebab: ikot peredaran waktu okeyh. tak mau jadi kolot.


>>>



Sunday, December 26

malaysia-3 indon-0

just a short message...

tergamam tengok bola td
psm pon entah ke mane
yang penting malaysia hebat, 3-0 kot..
chaiyok, chaiyok

hope dekat indon nanti buat betol2
x goal tak pe
janji pertahanan baik brooo!

what a great job guys!
want to hear great news on this wednesday

hidup malaysia!

kepada
markus (keeper indon)
keep it up
tadi tak dapat tangkap bola sebab sibuk cari laser kan
faham
nak publisiti murahan memang macam tu
halusssss!(iklan nescafe la)

ok kembali kepada psm.
sukan, sukan
psm jangan lupe
good luck to all of u
^^





sedia depan tv malam ni

oit oit. tak sabar sey nak tungu malam nie. ade ape eakh? something special ke?

kalau aku cakap piala aff suzuki 2010, korang tau tak? kalau tak tau memang goblok ini orang. duduk kat bawah batu ke kamu yang tak tau nie. hahaha



okeyh. malam ni mesti siapkan keje semua, kalau tak siap pon postpone esok ke ape ke, janji malam ni free. sebab nak tengok bola la weyh. Malaysia vs Indon kot.

mesti riuh gaban malam nie. dengan bapak ngan mak aku dekat rumah. dorang tu memang pengulas sukan terbaik la. ade jek yang tak puas hati. haha. abang aku pulak tak pasal2 kate Malaysia tak pandai main la ape la. weyh kau ni! come on la weyh. kalau kite tak sokong bola negara kite sape lagi. support la sikit. kau nak ke arena sukan ni hambar sehambar anugerah skrin 2010. opppss! silap cakap.

pape pon yang penting malam ni jangan ade sesape kacau okeyh. tapi kalau untuk psm boleh. yang lain-lain esok je lah. tak penting kan. psm boleh sebab psm penting. tak siap psm tak boleh grad. tak nak aku duduk utm extent lagi kalau tak siap. naik berakar buntut duduk sini.

yang paling penting malam ni nak tengok keeper malaysia. fahmi kan? hebat dowh die. ape lagi stalk la dia. lagi satu kapten bola. amri yahya. dan sebagainye.

okeyh la. nak siapkan keje cepat-cepat ni. chow cin chou! ^^




p/s: tengok bola sambil usha pemain sangat cool. hahaha



>>>


Wednesday, December 22

petua kurangkan batuk+selsema+sakit tekak

uhuk uhuk . . .

tengok tu, baru nak taip da batuk. dah bape ari batuk ni. naik bergegar laptop ni ar. macam gempa bumi pun ade. maklumlah laptop di atas riba. 2-3 ari ni aku batuk je memanjang. kalau dah batuk mesti pakej sekali dengan bff die. ape tak tau bff tu ape? biar betol korang ni. best friend forever until die lah. batuk+selsema+sakit tekak.

dah sudah. meleleh pulak dia. haha :P . kepada sesiape yang geli geleman boleh terus close tab anda dan shut down komputer bagi mengelakkan muntah terbelahak hijau berlaku sebentar lagi.

okeyh. daripada aku soke sek sok sek, uhuk uhuk, lebih baik aku masuk google taip petua mengurangkan batuk dan selsema. ade faedah jugak. tak ade lah aku dok sakit and menunggu mase untuk baik. itu langsung tak cool.

untuk petua mengurangkan batuk, care tradisional kau. bagus. banyak lah tapi. aku insert sebahagian je lah ea. yang agak2 senang nak diamalkan. kang kalau aku insert yang suruh duduk dekat gua selama 3 hari, mane kau nak carik? kang menjajau ke sane ke sini semate-mate nak carik gua. antare care-care yang mesra alam yang boleh ilangkan batuk ni :

  • rendam kerak nasi dengan air suam. bila dah kembang, minum air tu setiap pagi.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

ooo. senang rupenye nak baik. nak buat jugak lah esok pagi. so, plan pagi2 tengok nasi semalam ade lagi ke tak and then teros pergi rendam. okeyh noted that!

lepas tu petua nak hilangkan selsema. bila selsema teringat pulak teka teki adik aku yang gonjol ni. ade balik-balik sekolah soal aku macam ni. "huda, ape bende bile ujan turun, superman datang?" korang dapat jawab ke? bile aku macam dah buntu aku tanye dia ape jawapan nye. dia cakap selsema lah. bila hingus turun, tangan lap. kan macam superman tuh. aku pulak?*#!^$#*#*. bengong betol. okeyh berbalik dekat petua nak kurangkan selsema.

  • banyakkkan minum air kosong
  • kurangkan makan makanan berminyak
  • tumbuk batang sirih yang dah dilap. tumbuk sampai keluar lendir, and then sapukan lendir tu dekat batang hidung, buat sampai sihat.

sakit tekak ade petua jugak ke? nak usha jap la dekat google ni.


  • minum air kosong bebanyak.
  • sundae cone? yeke. kalau nak tau efektif ke tak. try lah ea.
  • masukkan 3 sudu kecil garam ke dalam air sejuk. noted, AIR SEJUK! bukan suam-suam kuku, atau sesuam bulu-bulu kucing. mesti sejuk. kacau rata-rata and then kemudian berkumur sampai habis.
  • minum air asam jawa. paling mudah dan murah. cost-leadership.

okeyh. bile dah tau semua petua ni. ape lagi? amalkan la. jangan korang mengade nak panjang-panjangkan sakit. dengan reason nak dapat MC. isyhh isyhh. tak baik tau. hehehe. semoge entry kali ni dapat bantu korang kalau tak banyak pon sikit pon jadik lah. selamat mencuba! ^^




p/s: thanks dekat mr. google yang banyak membantu. . .



>>>

Tuesday, December 21

100 truths about me

1. Real name : Nur Syuhada Binti Abdul Jamil

2. Nickname(s): Huda, Gebu, Chendex (wahaha, siyes fact)

3. Zodiac Sign: Pisces (ikan laaaa)

4. Male or female: Female

5. Elementary School: SK Majidi Bahru

6. High School: SMK Seri Gading, Batu Pahat

7. College: Universiti Teknologi Malaysia a.k.a UTM

8. Hair color: itam. tapi tak ade la shining2 macam iklan shampoo

9. Tall or short : da kate panggilan chendex mestilah pendek. sangat pendek kau. 153 cm dari form 5. tak ubah2.

10. TV or XBOX : TV (channel 611-616)

11. Sweats or Jeans: jeans la. langsung tak suke sweater

12. Phone or Camera: camera la. tapi tak ade camera how come? ade sesape nak bagi?

13. Health freak: tak berape sangat la.

14. Orange or Apple: prefer apple lebih.

15. Do you have a crush on someone? ya, sesungguhnya.

16. Eat or Drink: kalau coolblog ade, mestilah aku nak drink. kalau ayam masak lemak cili api ade mesti la aku nak makan

17. Piercings: ada tapi dah tersumbat la. (geli sey ayat tersumbat tu, macam tauhu sumbat, ikan sumbat, etc)

18. Pepsi or Coke : coke


HAVE YOU EVER?

19. Been in an airplane: langsung tak pernah

20. Been in a relationship : mesti la. cinte kera selenge

21. Been in a car accident: ada! siap ade scar yang besar lagi kau!

22. Been in prison: jadahnye. tak pernah. aku baik.


FIRSTS?

23. First piercing: masa kecik2. pakai pistol lagi. kau ade?

24. First best friend : entahlah. tak pernah ade. semua average jek.

25. First award: darjah 1 la. sebab dapat nombor 1. wah! terer sangaaaat.

26. First crush: darjah 5. kalau jalan depan belakang pon senyum macam kambing tak ingat.

27. First word: "am I too cute?". ececeh takkan la kecik2 dah speakang. tak ingat la dol.

28. First kiss : pihak FAMA. tau ke? father mother la.

LAST?

29. Last person you talked to in person: my sis, zeenathul azreen

30. Last person you texted: paling last eah. antar mesej kat Mari Menari la. undi MM Razif sampai kredit wes entek (dah abis maksudnye).

31. Last person you watched a movie with: my sisters.

32. Last food you ate: nasi dengan lauk ikan masak singgang. sedap nye.

33. Last movie you watched : hantu kak limah balik rumah

34. Last song you listened to: i love the way you lie part 2 kat blog budak kurus ni, afni.

35. Last thing you bought: chocolate blog with pearl dengan harga rm3.10 tunai. sah?

36. Last person you hugged: adik yang kiut sangat. (akip)


FAVOURITES?

37. Food: ayam masak lemak cili api

38. Drink: chocolate blog

39. skirts or dress : dress lah. hawaii2 sexy kau.

40. Flower: ape2 la. teringin nak dapat. kalau bole 12 kuntum rose la. demanding lebih aku nie.

41. Animal: kucing jiran sebelah. Mobo name die. kurus, panjang.

42. Colours: pink right now.

43. Movies: romantic comedy.

44. Subjects: kira2. tapi amik course yang menghafal. jadahnye.


HAVE YOU EVER:

(Put an X in the brackets if yes )

45. [ X ] fell in love with someone

46. [ ] celebrated Halloween

47. [ X ] had your heart broken.

48. [ X ] went over the minutes/texts on your cell phone.

49. [ ] had someone question my sexual orientation.

50. [ X ] copy friends' answers in exam.

51. [ ] got pregnant.

52. [ ] had an abortion.

53. [ X ] did something I regret.

54. [ X ] broke a promise.

55. [ X ] hide a secret.

56. [ X ] pretended to be happy.

57. [ ] met someone who changed your life.

58. [ X ] pretended to be sick

59. [ ] left the country.

60. [ X ] tried something you normally wouldn't try and liked it. (not in a wrong way.)

61. [ X ]cried over the silliest thing.

62. [ X] ran a mile.

63. [ ] went to the beach with your best friend.

64. [ X ] kick someone's ass

65. [ X ] hated someone.

66. [ X ]stayed single for 2 years

RIGHT NOW

67. Eating: No

68. Drinking: No

69. Listening: perbualan adik aku, erin, akip, abang.

70. Sitting/Laying: duduk bersila sambil tangan dekat keyboard laptop Acer.

71. Plans for today: janji nak stay up dengan my adik. nak buat my psm.

72. Waiting: tunggu sape? tak ade lah. orang tunggu aku nak gune laptop ni ade lah.

YOUR FUTURE:

73. Want kids? nak. plan nak anak 4 dengan yang eksiden 1.

74. Want to get married? sunnah tu. nak. sangat nak kawen.

75. Career: tak tau. tapi mengharapkan yang terbaik untuk my future.

76. Lips or eyes: eyes

77. Shorter or taller: taller

78. Romantic or spontaneous: spontaneous

79. Cook for wife / husband: mestilah. kena belajo masak pompuan!

80. House: yang besar ade swimming pool. demanding lagi. sigghhs.

81. Hook-up or relationship : ape tu? tak paham

82. Looks or personality: dua2 lah aku nak ade perubahan.memandangkan sekarang masih tak puas hati lagi.


HAVE YOU EVER:

83. Lost glasses/contacts: tak pernah. sebab tak rabun? bol macam tu?

84. Stay up for 24 hours: tak. tidur itu penting.

85. Watch porns: soalan ape ni? hehehe. macam tulus sangat aku nie. tapi pernah tengok.

86. Killed somebody: hah? tak pernah lah buat mase ni.

87. Broken someone's heart: yea. sentiasa. even aku tak perasan.

88. Been in love: pernah. sekarang tak la.

89. Cried when someone died : ye. hati aku rapuh dan sensitif.

DO YOU BELIEVE IN:

90. Yourself: kadang2. sebab kadang2 aku tak bole pakai.

91. Miracles: ya.

92. Love at first sight : yeke? looked at my appearance rase macam tak percaye.

93. Heaven: Yes

94. Santa Claus: no

95. Sex on the first date: tak.

96. Kiss on the first date: tak jugak.


TRUTHFULLY:

97. Is there one person you want to be with right now: tak lah.

98. Do you know who your real friends are: ya. saya tau. martopo!

99. Do you believe in God: ya. saya percaya Allah itu wujud.

100. Post as 100 truths? ya. sesungguhnye segala ape yang aku post ni, semua betol.

okeyh. complete info pasal aku. try la buat. :P



p/s: soalan english aku jawab malay. memang anak jati betol.


>>>

Monday, December 20

the power of word kalau 2

okeyh. aku baru tersedar dari tidur yang panjang. ececeh, macam nusantara yang berpuitis sangat. geli mangkuk. mase aku search kat google pasal vios pink tadi, aku ade nampak post dari adik kawan aku dekat fb dia. terasa tersindir kena batang hidung aku yang besar ni. sebab kan sebelum ni aku ada post pasal 'the power of word kalau'. so, bile aku dah bace post budak ni aku baru sedar pasal disadvantage word kalau ni. sebelum ni dah tau, cume bila budak kecik dah post baru terasa sesangatnya. ape pun thanks ea. izinkan kawan kakamu ini untuk mencopy and paste ape yang kau post tadi. thanks yea!

"Jika engkau ditimpa suatu musibah, maka janganlah engkau katakan: ‘Kalaulah aku lakukan demikian demikian.’ Akan tetapi hendaklah engkau katakan: ‘Ini sudah jadi takdir Allah. Setiap apa yang telah Dia kehendaki pasti terjadi.’ Kerana perkataan (kalaulah) dapat membuka pintu syaitan". -Muslim-




>>>

Thursday, December 16

mengarut

i like to be a stalker .

ambition: stalker

i love stalker .

stalker .
stalker . .
stalker . . .

motif ?

mengarut aje . tapi suke menjadi stalker .


p/s: stalker itu best, seronok, dan masyuk !


>>>

the power of word kalau

kalau . . .
satu perkataan yang boleh membuatkan kita berangan about something . about future or anything that can give you a wild imagination . sangat best kalau ape yang kita kalaukan ni jadi betol-betol . tapi tak akan wujud la word kalau ni lagi kalau semua kalau kita menjadi .



kalau . . .
aku sebagai manusia biasa selalu mengharapkan miracle dalam kehidupan aku . so , dengan kehadiran miracle ni konon-kononnya dapat menjadikan aku ni perfect as I always imagine . know what ? aku selalu berangan untuk menjadi seorang manusia yang sempurna tapi mustahil la beb . tak ada manusia yang sempurna kot .



kalau . . .
banyak perkara yang aku selalu kalaukan . for example like this :

> kalau aku ade banyak duit kan bagus. boleh pergi jenjalan sane sini. melancong. meroyan dan sebagainya.
> kan best kalau tibe-tibe Farid Ridzuan ade time kite bangun tidur.
> kalau aku anaktunggal, mesti mak bapak aku sayang aku. wahaha. nonsense.
> mesti syok kalau ada kereta vios pink. superb fabulous.
> dan sebagainya lah. kalau itu, kalau ini...



tapi jangan sampai imagine sampai tak boleh nak patah balik kat pangkal jalan. maksud aku kembali ke dunia asal. jangan dok berangan sampai dah tak pandai nak urus diri masa sekarang. kalau berangan sikit-sikit baru best.




p/s: kalau ape yang kita berangan semua jadi kan best. i like the word of kalau !


>>>

Wednesday, December 15

siyes geli dengan perangai kau

4 ari lepas aku denagn adik-adik aku stay rumah nyaie (ni dalam bahase jawa, kalau betul2 nenek) kat senggarang, batu pahat. the most peaceful place ever.

aku cakap peace gile sebab bile:
  • bangun pagi2 keluar duduk dekat berandah luar ada dengar bunyi burung comel2. kalau dekat bandar pagi2 dah dengar bunyi kereta sane sini. eceh, gaye cakap macam aku duduk dekat bandar. geli sey.
gambar diambil mase dah tengah hari. tak ade burung nye dah. matahari mengeat jek yang ada.
  • ade pokok-pokok buah yang tinggi. motif? bole buat panjat. tapi tu dulu la. kalau sekarang aku panjat mau patah pokok tu menampung badan aku. haha. ok, sesi kutuk diri sendiri. T-T
  • angin sepoi-sepoi tak ade tempat bole calen beb (maksud di sini challenge bukan'caleng')
  • ade parit, so bole lah buat2 nak pancing ikan. padahal tak ada pon. :P
damai gile. wa tak tipu lu orang der


tapi ape kena mengena dengan title sebesar alam kat atas tu? ok, ekceli sebelah rumah nyaie aku ada rumah sewa. so, dalam bahase mudah nye jiran nyaie aku la. pehh menyirap aku dengan perangai dia.


dia ni ada anak. ok, aku tak kisah la kalau dia biarkan anak dia main dengan adik-adik aku. alah biasalah budak kecik. dari pagi anak die main ngan adik aku. masuk rumah, keluar rumah, panjat pokok, pancing ikan. aku pon tak kisah la kan janji jangan ganggu aku.

aku pon tunaikanlah tanggungjawab aku sebagai cucu yang berdedikasi untuk masak lunch. bile dah siap masak tu aku panggil lah dorang semua suruh makan. dengan hanye satu nafas je, "nyaie, erin, abang, adik ! jom makan !" dengan 1 laungan je meja makan dah penuh and beratur untuk amik nasi.

tapi tibe-tibe, terkezzutt gile wa bile nampak anak jiran sebelah still stay kat rumah nyaie aku sambil tengok tv. dalam ati aku kate, "asal lah kau ni tak paham-paham. balik lah ooi!" tapi tak sampai ati la kan. takkan wa nak halau dia kot. wa pon ajak lah budak tu kan. dandan dia bangun terus amik pinggan. ooi! tak ade rase malu ke? at least cakap la tak pe ke, dah kenyang ke sambil pegang pinggan. kalis sikit. ape la punye budak.

ok lepas makan main lagi sampai la maghrib. memang masa untuk budak-budak ni mandi. so, aku terpaksa la suruh budak tu balik jugak. terpakse beb. yang aku heran gile babi nye dekat mak dia la. tegar betol biar anak macam tu jek. kalau kau malas masak at least time lunch tu kau panggil la anak kau makan megi ke roti ke. bukan susah pon. jangan la ajar anak kau makan kat uma orang. malu dowh !

mak budak tu bukan tak ada dekat rumah, ade jek. aku tanye anak die, die cakap umi tengah tidur. siyes bangang dah tengah hari tidur lagi. kau tu bukan anak dara lagi. dah ada anak kot. bende entah, tak yah kawen kalau tak pandai jage anak lah wey.

yang aku menyirap gile bukan ape. tu time kiteorang ade kau biar anak kau. kalau kiteorang tak ade nyaie aku sensorang kau nak suruh nenek aku jage anak kau la? banyak cantik muke awak.

ok, ni peringatan untuk diri sendiri sebenarnye. tak nak aku jadik macam kau. siyes geli dengan perangai kau tu. okeyh?



p/s: mengutuk tu memang tak baik. tapi sebagai peringatan kat diri sendiri. beringat baii.



>>>

Wednesday, December 8

kalau lah esok bufday aku . . .

kalau lah setiap ape yang aku wish untuk birthday aku termakbul , tak ke best nye ? kalau benda macam tu la jadi kat dunia ni , tak mustahil semua orang kaya raya . dah tak ada dah yang jadi pengemis macam dekat sentosa ni r . baru nak syok-syok makan bubur , dia datang . bukan tak sudi nak derma tapi kadang-kadang tu jelik . mesti dorang ni disuruh ! lagi-lagi yang kaki lembik sangkut kat leher . eeuww , tak selera mak nak makan nokx . cube korang bayangkan . selera tak selera lah kan . kalau makin selera tu memang ada something wrong la dengan nafsu makan korang .

so , disebabkan benda-benda yang aku wish ni tak akan termakbul selain aku tak berusaha untuk dapatkan benda-benda tu , aku hanya mampu berangan je la . berangan pon best ape . dapat feel jugak . okeyh , if tomorrow is my birthday , i wish that :-

-
--
---
----
-----
------
-------
--------
---------
----------
-----------



(1) dapat kereta Vios pink
  • aku teringin gila-gila nak kereta ni . maklumlah demand tak nak kereta Malaysia , so kereta import yang paling murah vios lah . dalam RM70k . pehh 'murah sioot' . macam beli anak ayam kat kedai apek depan jek gaya aku cakap . kalau lah ada sesapa bagi aku kereta ni memang aku appreciate sesangatnya . aku akan frame gambar kau and aku letak bawah bantal setiap kali aku nak tidur . siyes ni aku cakap ! aku tak memain .

lagi kalau TRD . . . masyuk bai .



(2) kamera DSLR yang howt
  • aku terangsang gila weyh kalau nampak orang guna kamera ni . nampak stylo beb . lagi-lagi kalau pakai selendang , kamera tu sangkut kat leher . jalan-jalan dekat shopping complex snap sane snap sini . wahahaha . tapi jangan la macam tu sangat . macam sewel jek . even aku tak pernah tahu langsung pon how to use this camera , tapi aku pikir kalau aku da pegang kamera tu bawak ke hulu ke hilir mesti korang pikir aku photographer terkenal yang sangat terkenal dan dikenali ramai .


(3) nak boyfriend yang kaya . sangat kaya .
  • ok cakap pasal bf ni , kan best kalau tetibe ada orang bawakkan aku kotak hadiah paling besar yang bersaiz manusia . ni konon-konon contoh conversation aku time tuh .


minah : epi birthday ! this is specially for u !

aku : wow ! ape sey dalam ni , curious nye nak tahu . . .

minah : suprise!!!


aku : wahaha....betol ke ni . Dato' Farid Ridzuan , Ketua Eksekutif TV3 .

Dato' : hye huda . epi birthday . can u be my girlfriend ?

aku : what ? can can can . . .


nsem tak my future bf ni . jangan jeles you all .


  • kan best kan ? dah la hensem , kaya pulak tu . tapi aku tahu mustahil gila nak dapat macam tu . tu lah demand sangat . ok , kalau tak dapat Dato ' aku nak dia ni lah . lagi howwt . 'sedap hingga mejilat jari tu' . ececeh menggedik pulak aku .

tengok tu . tengok tu . hot gila . aku tak mintak banyak r . kalau tak dapat Farid Ridzuan , yang ni pon jadik lah . sedap .



(4) the last wish is mestilah nak kek .
  • tapi korang jangan pikir sangat la yang aku nak kek lawa-lawa yang sampai bertingkat-tingkat , design special-special . tapi wish aku yang last ni aku nak sangat orang bagi aku kek pisang . mesti korang kate "ekeley , kek pisang ? ape barang bai ?" tapi tu lah impian aku . aku mampu je beli kek tu sebab murah kan . kat mane-mane pon ade jual . baru RM4.99 . tapi kalau orang bagi lagi best . mana ada benda free yang tak best derr . . .





terliur seyy !

kalau semua wish aku tu termakbul , memang aku nak hari-hari birthday aku . setiap hari tukar wish . syiioook oooo . ok la der , tu je wa nak share . best tak best ape yang wa wish kan ?



p/s : kalau betol ada orang bagi aku vios pastu aku bawak 60 jek memang bangang gila baii .!



>>>

Tuesday, December 7

aku admire la kat ko !

aku manusia biasa yang ada hati dan perasaan ! haha . intro yang agak menggedik sekali nampaknye .

ok . secara jujurnya aku suke sangat dekat kau ! sejak sebulan yang lepas , aku selalu cari kau . tak kisah la dekat mana2 . janji aku dapat tahu anything bout u my dear . risau tak , risau tak ? kalau sume pompuan suke stalker cam aku , aku rase tak idop lelaki kat dunie ni .

anyway ni la die . hensem tak ?

baik punye search kat google

korang kenal tak dia sape ? dia ni pemain takraw Malaysia lah . yang hot tu . dia kumpulan B . kalau kumpulan pertama aku minat Futra Abd Ghani . aku siap add dia kot dekat fb . and the best thing is dia accept aku la ! terasa diri ini begitu berharga . hahaha . siap iklan kau !

ok ni la serba sedikit pasal dia :


Norshahruddin Mad Ghani
01/06/1987
1.80 m / 5'10"
81 kg


cukuplah sekadar aku tahu tu . tapi aku akan tetap stalker kau . jangan marah okeyh . aku minat kau lah !

time libas memang hot !



wow !



kau suke senyum . senyum itu hot .



ok . itu shahruddin , tak tau , futra (dari kiri)



libas lagi



alamak !


admire tak bermaksud aku nak dekat kau . tapi cukuplah hanya meminati . whatver it is , wish u gud luck okeyh ! korang ada ke admire kat sesape ? ada ? ada ? aku ada . hahaha . langsung tak ade motif kan . okeyh la . tu je nak share .


>>>

Sunday, December 5

tipu yang sangat hampehh !

bila berhari-hari dok rumah macam ni kadang-kadang terpike jugak asal la cepat sangat adik-adik aku membesar (dari segi umur dan body jugak ) . especially my little brother la, akif . kat rumah aku panggil dia baby kot . hahaha . sungguh manja . tapi langsung tak kena dengan muka dia yang ala-ala penjenayah tu . hitam pulak tu . kalau dulu mak aii putih abis . macam anak orang Jepun + Korea and ada sikit-sikit darah Belanda . wow! description yang sangat nak superb jek . tapi sekarang apa nak jadi akif . kulit kau tu hitam sangat dah nak sama dengan kulit Bangla yang tengah buat rumah dekat belakang tu . sori baby !

dah besar macam ni dah tak boleh nak tipu dia lagi . kalau dulu suka tipu dia sebab dia akan percaya bulat-bulat . dia akan amik siyes kot dengan apa yang kiteorang cakap . tapi bila dah besar macam mana entah boleh terkantoi . maybe sebab dia dah pandai pikir sikit kot . tipu yang paling obvious nampak fake nya and dia percaya gila-gila macam ni . ni semua idea bangang kakak aku la, ain .

conversation

ain : akip, aku ada sorang kawan tau. dia pon ada adik jugak sebaya dengan kau !
akip : yeke kau ?
ain : ye. dia tu kembar kau tau tak sebenarnye . name die mohd akop bin abd jamol
akip : eley kau . dia tipu kan huda ? (menagih simpati aku kunun...)

dan seterusnya . nak cite panjang2 susah . meh sini aku summary kan .


FAKTA :

> Mohd Akif Bin Abd. Jamil
> 9 tahun
> kelas 3 Cempaka
> hobi : collect duit masa raya
> tahap kebangangan : 45%


AUTA : (nama si kembar)

> Mohd Akob Bin Abd Jamol
> 9 tahun
> kelas 3 Cempedak
> hobi yang sama : collect duit time raya > tahap kebangangan : 44% (slightly different tapi kembar pandai sikit)


see the differences ? kalau dulu adik aku percaya , sekarang dia dah reveal the secret . dah tak best la macam ni . anyway akip , ko besar macam mana pon la , aku tak akan ubah one thing ni . aku akan panggil kau baby sampai kau kawen , dapat anak , jadi atok , dan seterusnya . hahaha . padan muka kau !

ni lah muka adik bongsu aku yang sangat manja .


muka poyo cam hampeh !



betty yang macam haram



>>>

Saturday, December 4

sedikit hampa

emm tajuk entry kali bunyi macam berbaur sedih je kan ? tapi sebab ape ? sape yang boleh buat aku yang kuat lagi strong ni sedih ? (sempat merasa ujub, riak, takbur kejap (",) ) mungkin sebab aku tak ada boyfriend ? or sebab aku tak cantik ? nonsense la semua tu . tak ada kaitan pon .

anyway back to the main topic . aku rase tersangat la hampanya bila result english dah keluar . yang buat aku sedih gila bila aku tak dapat capai target . aku target A kot . hahaha . sangat la tinggi kan . tapi bukan aku maksudkan yang aku ni terer sangat english . setakat cakap memain boleh la . kalau aku kena speaking secara spontan mahu mati hidup semula aku . gugup sioot . how to buang rasa gugup ni ? mengganggu ke'confident 'an aku jek la . bagi aku tak salah target tinggi sebab bila kita target something tu tinggi , kita akan jadi lebih berusaha untuk capai apa yang kita harapkan . tapi aku ni usaha ke ? target jek tinggi . tapi mengeblog je kerja nye . korang nak tau tak result english aku yang hebat tu . ni la bukti yang membuatkan aku hampa memalam buta macam ini .

sila klik kat gambar untuk lihat lebih jelas


terok tak ? A- buat tarik pointer je . nak dapat dekan sem ni macam semput-semput je . apatah lagi sem depan yang penoh dengan subjek law . wahahaha . kena gandakan usaha ni .

tapi walau macam mana pon aku tetap bersyukur dengan result yang aku dapat ni . tak ada la aku frust gila-gila sampai nak kurung diri kat bilik tak makan berhari-hari . tahan pulak aku . aku gembira ke sedih ke tetap makan banyak . normal tak aku ? kepada doktor-doktor yang available sila check saya okeyh ! takut tak normal je .

so , now what to do ? nak kena talipon Dr. Shanti Chandran (lecturer English aku) ke suruh double check markah aku . atau buat bantahan depan fakulti sambil pegang sepanduk , minyak tanah and lighter . konon-konon nak mogok suruh naikkan markah aku lah tu . sangat bengong kan . terima je lah kenyataan perempuan ! >>>merujuk kepada diri aku sendiri bukan orang lain

ok la , dengan rasa tidak malunya aku nak tekan button 'publish post' lepas ni . aku tak kisah pon orang lain dapat tahu markah aku . ada aku kisah ? :P



>>>

Thursday, December 2

overnight and bbq

sebelum jari-jari aku sentuh keyboard aku kena make sure dulu rumah aku bersih , bebas dari segala kotoran , adik-adik masih dalam keadaan waras , pastikan lampu dan kipas tak bukak secara lebih-lebih sebab membazir kott . oo ada lagi satu hidang lunch and paksa dorang makan sampai terbaring kenyang , bukakan cerita kartun and NOW baru bole update blog ! banyak kan prosesnya ? korang sanggup ? tak sanggup punya . hahaha . bukan apa benda-benda ni semua kena buat la sebagai anak dara atau nak lebih direct ke main reason why I should do all of this is to prevent my mother from mengamuk . kalau mak aku dah start mengamuk mintak ampun la . semua kesalahan ko dari umur sebulan sampai sekarang kena ungkit balik . betol ?semua mak macam tu aku rasa .

ok , sekarang baru ada masa aku nak share pasal event BBQ hari tu dekat rumah our lecturer Dr. Nur Naha . dah berkurun baru nak share ke ? soalan-soalan nakal yang panas macam ni mesti keluar dekat mulut my friends yang join masa malam tu jugak . tapi tak pe la . aku ada gak keazaman nak mengupdate . jeles ke der ? hehehe .


start from the beginning la okeyh ?


muke senonoh macam ni menujukkan yang kiteorang baru nak gerak ke tempat kejadian .


and then sampai-sampai je dekat rumah Dr. , keadaan rumah macam nak berperang dengan tangga dekat depan pintu rumah . pelik jugak aku . bila masuk dalam rumah tu baru la aku faham Dr. kelam kabut because dia baru balik kerja . patot la terkocoh-kocoh . dalam hati aku berkata , "nak saya tolong ape-ape tak Dr. ?" tapi dalam hati je . tak sempat lagi nak luahkan Dr . pandang muka aku dengan kaca mata yang bersinar-sinar cakap macam ni , "u , tolong I buat air okeyh ? ni sunquick and syrup , gula , just mix all of them" . wow ! Dr. faham soalan dalam hati aku kot . hahaha . salute ! and aku dan diyana dan juga zana ditugaskan untuk buat air dan yang lain-lain buat kerja lain jugak la . tak ada pon sorang yang act as mandor or supervisor . kalau ada siap la korang . time tu jugak aku join lah . hahaha .

ni makanan-makanan yang dah siap . sedap gila kot . aku tengok gambar pon meleleh air liur sampai menitis-nitis dekat keyboard ni . euuuwww !




mesti korang macam nampak tak nampak kan . meh sini aku explain satu2 pasal makanan yang tertera dengan yang tak tertera :


mee hoon + fish ball made by Dr. Nur Naha
garlic bread
mash potatoes + gravy panas
butter rice
ayam bbq (semua kepak memang my favi)
hotdog bbq
karipap and benda panjang2(tak tau nama)
sweet potatoes bbq
kat dalam mangkuk warna putih tu apa? asal lupe lak . puding ke?

air selangor made by three of us (sunquick + syrup)


sedap tak ? rasa perot tu bergelora tak mintak didisi ? the best food ever is mee hoon made by Dr. Nur Naha ! (ayat mengada sebab nak markah lebih) . kalau tak percaya tengok gambar-gambar seterusnya . muka budak-budak kebulur .


makan berdiri pon jadik sebab dah kebulur !



sedang menikmati !


ooo hey . cuba tengok , yang hujung tu aku . tengah syok gigit tulang ayam . kepak kot. favourite gila . dekat rumah orang pon masih bernafsu besar . harus diubah yea 'aku' .

okeyh ni pulak Dr. and her anak sedara and the rest adalah student yang baik . yang selalu dengar kata . hantar assigment pada minggu pertama kuliah sebab tak suke tangguh2. aku sedang serius tatkala menaip .


mana satu lecturer nye ni ?muke macam student je semua . yang duduk bukan yang sedang tonggeng sebelah budak yang sedang minum air . (lagi sekali ayat nak mintak markah lebih)


after that , yang surprise nya on that day , Dr. nak suprise kan anak ketiganya , Marissa on her birthday . so , apa lagi , kami sebagai penyumbang utama yang menyanyikan lagu 'Happy Birthday' to her sampai tak ingat dunia . siap joget-joget lagi . memang tak dibayar tapi tetap meriah . hahaha . korang memang terbaik okeyh ? ikhlas dari saya , huda jamil .


gambar yang seterusnya pulak adalah kek for marissa . serius , sangat kreatif . aku ingat buku betol kot masa mula-mula . rupenya kek bentuk buku yang specially design for her . Dr. cakap dia nak jadi scientist that's why la title kek dia 'The Faber Book of Science' . kalau mak and ayah educated , anak pon mesti ikot sama .




bila lagu dah habis nyanyi , joget pon dah hilang rentak , kiteorang duduk meroyan bergambar tak tentu hala . buat macam rumah sendiri jek . tambah pulak dengan Dr. yang sporting memang la tersangat best nya meroyan .



nasib baik si Aliah ni pandai cover . kalau tak sensored la . Aliah tu budak baju purple yang sangat hot dan peramah


gambar dengan yang atas seakan-akan sama. tapi cuba perhatikan betol-betol ada entiti yang sedang berdiri dekat belakang pakai baju biru . comel tak ? ingat girl rupenya boy . nama dia umar anak bongsu Dr . masa mula-mula ajak bergambar tak nak . tapi at last bila gambar da ambil kite orang pusing belakang nampak dia tengah diri sambil pegang hotdog . comelnye kau umar !



all of us yang datang BBQ on that day . effect gegar sikit menandakan yang kiteorang dah mula rasa ngantuk yang membuak-buak


memang elok lah anak dara lepas makan , ngantok , and lepas tu tidor . hahaha . bila dah mengantuk tu , kiteorang hantar sorang wakil untuk mintak permission nak balik . tapi sebelum balik ada lagi sesi bergambar . yang gambar dekat atas-atas tu gambar yang tak official . gambar yang official ni hah :


martopo with Dr. , thank you so much !


sebelum balik kiteorang bagi makan dulu dekat ikan-ikan Dr . gemuk-gemuk semua ikan-ikan dia . macam nak amik net tangkap bawak balik utm pastu panggang makan sorang-sorang . hahaha . ayat macam ni boleh tambah markah tak Dr. ?


angeling (yang bercekak pinggang) tengah hafal nama-nama ikan .

ok . tu je lah cerita nak share dengan korang . event ni dibuat right after the last paper ended . memang best la . anyway special thanks to our chinese members dat we called as ' Coolbabies' . dorang yang organizer sebenarnya dan kiteorang datang bawak perot . hehehe . korang memang best . next sem kite buat lagi okeyh ? final sem kot . mesti rindu nanti . . .



(p/s : geng kiteorang - Martopo , geng dorang - Coolbabies . . .bila gabung , Coolbabies + Martopo = Colpo ! hahahaha )



>>>

bebas !

dengan ini dimaklumkan pada hari khamis , 2/12/10 , bahawa puteri nur syuhada bebas daripada segala seksaan yang boleh membuatkan tuanku suffering seumur hidup . antara seksaan yang dimaksudkan adalah :

(1) membaca buku dan menelaah sampai terbelahak !

(2) kena tahan diri daripada tidur cepat . sangat suffer !

(3) tidak bebas untuk mengumpat dan mengutuk . isyyh3.....

ok . sekarang puteri sudah bebas semua harta benda ante semua kena jual seluruhnya . ok la . daaa .


>>>

Wednesday, December 1

meroyan sangat best !

tadi tengah elok-elok online fesbuk tibe-tibe teringat dekat pintu hati . tangan macam gatal nak menaip so , terhasil la post sebegini rupe .

langsung tak ade motif sekarang ni nak post ape . yang aku tau satu je . "meroyan itu sangat best" . hidup jangan ikot flow sangat . sometimes we need to break the flow or rule or whatever yang menghalang kite dari buat something yang best .

contohnye :

1) kalau kite minat atau benci someone tu ape lagi stalker la fb die . tengok photo die ke comment ke atau post . janji kite sentiasa update pasal dia .

2) kalau nak mengumpat jangan simpan2 . ajak kengkawan ramai-ramai and then kite mengumpat sehabis boleh .

3) kalau dekat bilik basuh nak basuh tangan tak ada sabun , rembat sabun orang sangat cool .

4) tak payah bace buku bile nak exam . tau2 result keluar rilex jek . pandai what ?

5) bile duit dekat akaun tinggal 50 , ape lagi tipon orang rumah cakap duit da tak ade . kena bayar itu , kena bayar ini . cool habis .

tu je la yang membuatkan aku rase meroyan itu best . bukan maksud aku galakkan buat dosa yang langsung tak ade faedah ni . tapi kalau buat sekali sekale macam cool . hahaha . ok , now memang aku tengah meroyan lalalala . and aku mau admit something . aku pernah buat kot kesemua list di atas . sekian terima kasih .


>>>


risau sangat !

wahahaha . lame rasenye tak update blog . mane tak nye exam aku tak abis-abis lagi . orang laen dah siap duduk mengangkang dekat rumah , aku still berhempas pulas dengan buku . rase kesian kat diri sendiri . please NC , tolong amik tindakan dekat rayuan student mu ini . dulu time junior habis exam lambat . sekarang dah senior pon still abis lambat ? what the fish ? ? ? hahaha . anyway , post aku kali ni bukan nak cakap aku tak suke dengan schedule exam aku . tapi , tapi , tapi ...

sekarang ni aku tengah tersangat la risaunye about something weird dekat my eye ! very weird . korang nak tahu tak ape bendenye nye . emmmm . mase aku pergi klinik semalam Dr. dekat sana sahkan yang aku ade ketumbuhan ! atau dengan name yang lebih educated cyst la . benda ni tumbuh dekat kelopak mata kot . aku ingat mule-mule aku kena tembel . tu yang aku pelik . aku kan budak baik , mana pernah sekodeng orang . hahaha . teori aku mase budak-budak kalau tembel ni tumbuh .

berbalik dekat masalah aku ni . aku risau sangat sebab benda ni makin lama makin besar dan makin lame makin merah . so , aku takut effect penglihatan aku pulak . sekarang aku ada dua option jek . first, aku kena buat appointment dengan doktor dekat hospital besar untuk buat operation ni . tapi tau je la kan . mesti lambat . mau dua tiga bulan aku nak kena tunggu . silap-silap makin terok la effect dia nanti . and my second choice is pergi operate that thing dekat klinik swasta . memang bagus servis dieorang , tapi aku ni bukannye berduit sangat . kalau operation kecil macam ni dalam dua tiga ribu ada . mane aku nak cekau duit wey !!! risau ni .

so , kalau korang jadi aku , ape pandangan korang ? buat operation sendiri ? oh my god , impossible ! so , sekarang aku hanye mampu makan ubat susut bengkak and antibiotik je la . kalau still tak ada progession memang tak ada cara lain la nampaknye .

kalau operate ade bekas tak ? mata aku akan effect tak ? kalau operate dekat swasta mahal tak ? berapa selalunya ? kalau aku ada cyst dekat mata kemungkinan aku akan kena lagi tak dekat tempat lain ? ape orang lain akan cakap ea ? mesti dieorang kutuk aku kan sebab ada tembel ? waaaa !

sebab cyst ni jugak aku malu nak bertegor dengan orang lain . kalau dulu bole la sebab masih kecil lagi . now da besa malu la ! macam mana ? kena terima jugak la kan . so , kalau sesiapa yang nampak aku macam sombong tu maksudnye bukan aku sombong tau . cume aku malu jek . apa la pandangan korang kan .

ok la . nak tido . benda ni berdenyut-denyut pulak . ok . wait for the next entry . . .

tapi sebelum tu , ni gambar bagi memvisualkan apa yang aku cube cakapkan .


bila mata terbukak




bila mata ditutup atau dikenyitkan . lagi nampak besar ooo.



katakan tidak pada cyst ! go away from my eye okeyh ?




>>>

Sunday, November 21

kebosanan seketika !


aisyhh. bosan pulak study memalam macam ni. dekat rumah pulak tu. i need martopo now! sebab selalu belajar same-same dengan dieorang. adik-adik kat rumah menjeleskan aku okeyh. kepada dekan FPPSM, lepas ni exam cepat sikit bole? langsung tak ade mood nak study ni sebab cuti lame sangat. u lain da nak masuk sem baru kot. huhuhu. anyway, sebab kebosanan belajar tak tentu hala sebab last minute preparation, nak share benda ni la. at least dapat kurangkan rase bosan yang melimpah ruah dalam hati ni. kreatif betol!


(1) tak ada sudu ? jangan risau !




(2) seatbelt rosak ? jangan risau !




(3) TV baru terlampau besar untuk robok lame ? jangan risau !




(4) bilik terlalu gelap ? jangan risau !




(5) masalah dengan karen ? jangan risau !



(6) radio kereta kena curik ? jangan risau !



(7) rak buku penuh ? jangan risau !



(8) tak mampu beli GPS ? jangan risau !



(9) tak ada bekas untuk ais ? jangan risau !




(10) tak bagi orang lain tengok ATM anda ? jangan risau !




(11) tak pandai guna kereta luar ? jangan risau !




(12) signal astro macam haram time hujan ? jangan risau !




(13) heater rosak ? jangan risau !




(14) wiper kereta rosak ? jangan risau !




(15) rak barang hilang satu kaki ? jangan risau !




(16) tayar pancit @ hilang ? jangan risau !




(17) meja overload ? jangan risau ?




(18) baby asyik nak susu ? anda pulak nak ke pasar ? jangan risau !




(19) tak ade tempat skate ? jangan risau !




(20) pampers habis ? jangan risau !



ok . now macam mana ? mood study da ada ? soalan ni patot tanye kat diri aku . haha . hilang mengantuk aku .