berapa ramai dah?

Tuesday, June 30

Harapan

Sejauh mana kau yakin sesuatu itu milik kau?

Jika kau terlalu yakin,
Tapi sudahnya gagal, kau akan kecewa
Kecewa pada tahap yang paling dalam

Tapi jika kau tak yakin
Mungkin peluang keemasan bukan lagi milik kau

Maka
Bersederhanalah
Jika sayang, hadkan
Jika rindu, hadkan
Jika marah juga, hadkan

Husnuzon, perancangan Allah itu yg sebaiknya.

Sunday, June 28

Cemburu

Kenapa
Perempuan harus ada perasaan cemburu
Satu perasaan halus yg berkait dengan emosi
Aku rimas

Husnuzon
Bersangka baiklah kamu
Seandainya betul itu hak kamu
Maka di akhirnya kamu akan dapat jua

Fleksibel

Fleksibel
Sejauh mana ditolak sejauh mana ditarik
Sejauh itu juga dia boleh pergi dan layankan

Tapi malang
Begitu ramai manusia yg fleksibel
Kenapa bukan aku salah sorangnya
Kaku beku kelu
Itu aku

Seorang perempuan yg kerap bermain dengan perasaan sendiri
Yg kerap merendahkan diri dari segala benda
Itu yg menjadikan aku begini
Suka membanding
Dan pengakhiran aku juga yg sakit

Untuk menjadi mudah didampingi
Aku perlu menjadi fleksibel
Ye fleksibel

Thursday, June 18

Gembira, itu luaran

Senyum
Gelak
Ketawa
Itu semua luaran
Sampai bila mahu kau sembunyikan

Jujur
Aku nampak sesuatu
Sejauh mana kau cuba mengelak
Aku tahu kau sedang berhadapan dengan sesuatu

Jangan kau risau sayang
Aku ada di sisi kau
Selagi kau sudi
Seribu kali sudi aku menemani kau

Manusia tak perlu sempurna untuk menyempurna
Kerana bagi aku
Kau dah cukup segalanya

#hariPertamaPuasa
#moodSedih

Wednesday, June 10

New love

Lelaki
Sejauh mana aku membenci
Tetap ada seorang yang buat aku akur
Tak semua lelaki adalah sama

Aku harap kau penyudah dalam hubungan cinta aku
Aku penat lelah bermain dengan cinta
Semoga kita lebih berusaha ke arah itu
Aku percaya
Kalau dah jodoh tak ke mana