berapa ramai dah?

Thursday, March 31

dahulu aku pernah darjah 1

apehal lah pulak aku ni teringat zaman-zaman lampau yang dah expired ni hah. mungkin aku jiwang? ooh no, tidak sama sekali.


masa darjah satu dulu, gua masih bodoh-bodoh alang. walaupun mak gua dah hantar gua masuk tadika perpaduan 2 tahun, tapi kebodohan itu tetap terserlah dan bersarang dalam diri gua masa tahun 1997. what happen mak? mak bagi susu apa kat gua? apa? nestum dalam tin yang berharga RM4.50? demmm.


gua masuk kelas 1 seroja. kelas ke-9 iaitu kelas last. sebabnya mak gua lah ni lambat daftar kan gua. tapi gua cool. gua teruskan jugak perjuangan gua sampai ke titisan darah terakhir *ooo hiperbola pulak


hari-hari gua dipenuhi dengan gelak ketawa dari rakan-rakan gua yang terbukti selekeh pada masa tu. ada yang hingus meleleh-leleh dan bila hingus tu sampai ke mulut, kawan gua dengan pantas keluarkan lidah dan menjilat-jilat hingus tersebut. werrkkk, jijik sungguh kawan gua.
nasib mak gua dah ajar cara nak jadi pembersih.


aktiviti masa darjah satu sangat penuh. salah satunya aktiviti menggosok gigi dekat tepi longkang. sungguh, masa tu konon-konon ni lah aktiviti paling best. aktiviti yang tak best bila kena beratur panjang-panjang untuk kena inject. apa function inject tu pon gua tak tahu. yang penting gua sihat sesangat-sangatnya pada saat ini.


tapi satu perkara yang harus gua tak boleh lupa masa tu ada pendidikan jasmani bersama cikgu salwani suwandi. tengah cikgu gua dok suruh cangkung dalam bulatan, gua ternampak sesuatu yang sungguh shiiittt sekali.


demmmm sungguh! masa tu, kawan gua tak bawak baju sukan, tapi cikgu suruh jugak dia ikot sama. sudahnya, dia cangkung sambil pakai skirt. masalahnya, kawan gua time tuh tak pakai spender! lu orang mesti tahu kan gua nampak apa bila orang pakai skirt tak pakai spender cangkung? dengan sikap gua seperti kaki retort, gua terus bangun report pada cikgu gua.


sejak hari tu, kawan gua ni pandang badi pada gua. pernah satu hari tu, dia bawak abang dia yang darjah lima. jumpa dengan gua, sungguh kecut gua time tu. lu pikir lu punya malu je lah kawan, gua? sejak hari gua nampak lu punya 'barang', gua rasa lost lu tahu. gelap hati gua. satu peringatan gua, sila pakai spender lain kali. =)


tu je gua nak cakap, kenangan darjah satu gua yang dah dicemar dengan unsur-unsur porno.

Wednesday, March 30

tak payah title pon okey

toinkk toinkk toinkk (bunyi seperti babi terbang sambil ekor yang berpintal-pintal itu turut bergoyang mengikut arah angin).


aku tak tau lah nak letak title ape weyh. sebab kan, aku ni bab pikir tajuk memang fail lah. mau sampai aku dah beranak kembar tiga kali, tak dapat jugak tajuk yang sesuai. so, nak paham baca lah sampai habis ea? hahaha.



pernah tak korang rasa macam ni:


bila kau dah berdandan depan cermin bermati-matian selama lebih kurang satu jam lima belas minit dengan baju yang agak vogue, meletup, tertarik, menarik tu, tup tup kau keluar ada orang sama baju dengan kau. ye seriyes ni. apa kau rasa??? or kau nak buat ape time tuh??? ada rasa macam nak buat macam ni tak:-


1) lari-lari gedik sambil tangan tutup muka dan mengadu, "malu! malu"

2) alamak kau! asal nak sama pulak kan dengan aku?

3) sumpah seranah dalam hati dengan harapan orang tu dengo and next tyme tak pakai baju yang sama lagi


kalau aku pon, aku nak buat macam tu jugak. tapi cuba pikir balik, tarik nafas, hembus, tarik nafas, hembus, kalau tak lega jugak, buat poco-poco jap. normal lah tu kan.


walaupun ada mulut-mulut busuk yang cakap kau beli sama tempat lah ape lah, peduli apa? kau beli pakai duit sendiri kan? so, yang nak tarik muka beriye sesangat kenapa lah hai. huhuhu. melainkan, outfit kau tuh, kau beli dekat kutub utara, kutub selatan. konfem tak ada nye aihhh nak sama. tapi, tak boleh nak sure sangat pulak kan.


so, in case kalau tersama pikir positif lah kawan. buat je macam tak ade apa yang jadi. konfem orang-orang kat luar sana tu respect kau. mungkin kau malu, tapi kau tau tak orang pikir ape? dorang pikir macam ni hah: "ada aku kesah nak sama ke tak? lantak hang la". so, nak kesah ape, ye tak? =)



ni lagi sebijik sejiban sama. rilekk jek.


sedangkan celebrity pon boleh sporting, apa pulak kita orang yang biasa kan =)



tangkap gambar sedas dua, ok what. kenangan kot!!!




so, for the conclusion, kalau pakai baju ke or tudung ke tersama, chill lah beb!


Sunday, March 27

tak sabar

::
::
::
::
::


tak sabar nak... grad bulan 9 ni

tak sabar nak... mula keje but if I can go through the interview

tak sabar nak... kumpul duit

tak sabar nak... balas jasa mak abah

tak sabar nak... belik kereta *vios pink

tak sabar nak... cari my soulmate (where are you?)

tak sabar nak... tunang

tak sabar nak... kawen

tak sabar nak... ada anak (uweeek uweek)





kesimpulannya, aku tak sabar nak menghadapi hari2 yang akan mendatang even rase takut still menguasai diri. he3

p/s: tiba2 meroyan tulis entry ni, sebab tadi baru lepas pergi pesta konvo.








sebelum pergi






saya suka lubang hidung saya walaupun besar gedabak

haiiiiiyakkkk!


makan adalah wajib!!!


Thursday, March 24

what are words

merujuk lagu blog saye. soo suuwiiiit okeyh lagu nie. lagu ni mengisahkan tentang his real life story. dia sanggup terima gf/bini dia, even that girl lumpuh already due to accidents. how sweet this guy huh? ada lagi ke lelaki macam ni dekat dunia? wondering...


video

see? suwiiit macam aku betol lagu ni. aku? opppsss typos error lah!

Monday, March 21

artis, liposuction, US

budaya yang diamalkan oleh masyarakat US adalah bersifat straightforward. means, rakyat US kalau cakap tak suka belok2, just give them a direct point. bla bla bla etc. (mak aihh, buat assignment sampai terlajak-lajak dekat blog)



so, apa kaitan US dengan artis? korang mesti curious gila kan nak tau? kira macam advantage lah kau orang terbukak hati nak bace blog aku nih. aku pasti 120% yang blogger lain macam beautifulnara, ohartis, ohtidak, mesti belum review lagi pasal berita ni.



alkisah, salah seorang asrtis malaysia yang bermula dari huruf Z telah melakukan liposuction dekat US. pelakon popular kot. kenal tak? or tau tak? aku tak nak lah berkias-kias dengan korang sebab aku ni ada terikot-ikot budaya US. artis yang aku maksudkan tu memang langsung tak wujud lah! teheeeee. memang bukan aku lah cakap pasal artis kan. kalau aku post pasal imam muda ke ape ke memang boleh percaya. tapi, artis? erm ah oo entah yeke kot.



ooh engkorang ni. cakap pasal gosip laju jek eah nak bace. mengalahkan cicak women sebelah rumah aku. ada je cerita baru, tertebeng2 la dia dekat tingkap tu hah. nampak sangat kot, sebab makcik tu punya tingkap tak ada langsir. so? dah sudah, aku bukak aib jiran aku pulak. heee



sebenarnya, aku nak sambung pasal entry sebelum ni, regarding dinner MPG'11. mpg tu majlis pra-graduan lah. final year kot. *hidung tengah kembang sebab bangga*


seriously best ooooooooooooooooooooooooooo dinner tu (menandakan best sangat 9999x). macam artis dah siap ada red carpet. photographer bagai. nak snap time jalan lah, sorang2 lah, in group lah, entah pelbagai. aku cakap best sebab at least dapat lah rasa macam mana artis cat walk kat red carpet. huuuu =P


anyway, ni lah hasil snip snop kelmarin:



obviously, aku seperti emak-emak nak pergi function keramaian. ye, aku tau, mengaku je lah , kau orang pon cakap macam tu. tak cakap pon terdetik dalam hati tu. kan? kan? kannnn? oooh. sedih. cuba menerima hakikat. awwwww!





tak ketinggalan martopo juge =)





mereka


kami



biasalah kan. mana ada majlis yang perfect seperfect auw auw kan. mesti ada kekurangan. bagi aku, kekurangan dalam majlis ni adalah makanan dia. chinese food kowt. tak terpike dk akal kak non nak makan pelik-pelik macam ni. ada yang sedap, sedap lah. tapi yang tak sedap tu, ampun lah. minum air sampai 2-3 balang pon tak tentu hilang rasa yang pelik tu. teheeee ;)


after ^ ^




anyway, thanks to all my friends for dat gojes nite. thanks dekat my zana sebab makeover my face. really like that haa. kau memang boleh makeup, mulut jek cakap pung pang pung pang tak pandai makeup. pigi dah! teheeee. thanks jugak dekat my asmyda (opppsss. ada orang marah tak panggil 'my' tu) sebab bagi pinjam tudung. tapi sori okeyh. sori tau. soriii. hey, sori lah. wuu wuu. sorrrrrriiiiiii. and martopo yang lain. tak ada kau orang mesti pre graduation night aku macam hampehhh. seriyes ni. tarak tipu punya.


ok lah, tataaaaa!

Saturday, March 19

berdandan bagai


lama betol aku biar blog ni terkandas. dekat dua minggu jugak lah. bila dah lama tak update, mula lah aku rase aku ni loser. oh hey, betol ke aku loser? sebab tak update blog and letak entry-entry yang berilmiah pon loser ke? konpius meh.



mungkin betol aku loser dalam dunia blog ni. tapi, at least aku tak ada lah nak mintak maaf bagai kalau tak hapdet blog ni. aku tak paham seyh why orang dok nak mintak maaf, kalau bole sampai nak sujud sebab nya hapdet blog. bukan blog tu kau punye ke?



tapi, tu bukan benda yang aku nak kaitkan dengan tajuk entry ni. sebenarnya malam ni aku ada dinner. tu yang tajuk 'berdandan bagai'. entah macam mane muka aku diconteng dengan si ila ni hah. tapi aku yakin ngan kau. mesti jadi muka orang punye lah. hahaha.



nak pakai baju ape hah? tema glamorous kot! nak je aku pakai macam si miera liyana ni hah! mau mati tergolek orang lain tengok aku. muntah darah, muntah hijau semua ada rasenya kalau aku pakai macam ni.


sana sini terkeluar kau. so suwiit


tengok je lah aku pakai macam mane malam ni. kalau ada kesempatan aku hapdet malam ni jugak. kalau tak, esok2 je lah. ikot wifi utm yang sangat kuat ni *matakeatastangandidada*



tu je nak hapdet. berilmiah tak? huhuhu.


Wednesday, March 9

kaitan McD and side mirror

sebelum start baca, sila pastikan anda memenuhi requirement seperti di bawah:



>>> orang yang tengah baca:
- baru dapat lesen kete. *tak kesah la lesen ape pon
- kurang keyakinan diri time bawak binantang tayar 4 tuh


>>> orang yang dilarang baca:
- sesape yang dah terer bawak kete

>>> reason:
- takot kena gelak berguling-guling


ok fuhfuhfuh. nak tanye ni. nak tengok side mirror macam mane? *dush!!! macam maruah kena pijak dengan steamroll la tanye solalan yang boleh dikategorikan sebagai bodoh lagi bangang tu


seriyesly, aku tak pandai lagi tengok cermin tu. cermin compact powder aku tau lah. paling2 muka gedabak, sepinggan aku yang keluar. tapi cermin side ni, macam2 nampak haa. moto, kete, lori, bajak, semua ada





tengah syok2 perot kenyang, sedawa pon masih terbau-bau kegaringan kentang mcd, aku kena hon sekuat mungkin. kereta waja rasenye. sebabnya, aku keluar lorong, tapi tapi tapi tak perasan kete tuh! bagi signal, tapi mata tengok lutut, mane nak nampak kan. adoyai. *tiba-tiba bangga dengan kereta buatan Malaysia, hon kuat kau tau! advantage la, to ensure your safety!






lepas tu jangan cakap lah. mau seram sejuk aku. peluh memercik sampaikan cermin dalam kete kancil bercirikan bmw tu hampir basah seperti terkena hujan lebat. *ooh, agak hiperbola terantangtang kat situ. tangan, kaki aku dah memberontak ketakuan. effectnya, shivering like hell tak sudah-sudah.


right now, aku memerlukan pandangan dari pihak-pihak yang lebih arif dan kebanyakan mereka angkuh bila kat jalan raya tentang cara-cara nak expert tengok side mirror. please! please! please!

Tuesday, March 8

dah elok-elok nak jadi anjing pulak. haisyhhh!

pelik-pelik la kan manusia zaman sekarang. buang anak la bagai. ni yang terbaru aku baru dapat dari facebook nak ubah muke jadi anjing. ape ke peliknye la hai.

kalau biase kite tengok kat tibi, orang ubah muke jadi cantik. yang gemok jadi kurus, yang hitam jadi putih. yang berjerawat, mak aii sampai licin gebu pipi tu hah. tapi yang kes kali ni pulak agak melawan fitrah manusia. dari elok nak jadi buruk.

alkisah, pemuda ni berasal dari brazil. nak buat pembedahan dengan guna bangkai kepala anjing. aku pon tak pasti sebab-sebab yang cute kenape dia buat macam tu. mungkin tu pet kesayangan dia kot. atau dia jeles, muka anjing tu lagi hensem dari muka dia. maybe. who knows kan.


* * * * * * * * * * *

wajah si hensem sebelum dibedah


are u ready bebeh?


so sweet. ni la bangkai kepala anjng tu


proses pertama: tampal kelopak mata dengan kulit anjing


proses kedua: tampal telinga dengan kelopak telinga anjing


proses ketiga: proses paling rumit yeowww. nak sambung mulut dengan muncung anjing


proses menjahit mulut> sedang transform


proses mengikat muncung anjing bagi kukuh. lalalala


maka terhasil lah seekor anjing berkulitkan manusia


so, ape pandangan korang? romantik tak dia buat macam tuh? ada rase nak try tak. mungkin dengan kulit ular ke, kucing ke, burung ke. populariti boleh meningkat siooot.

Friday, March 4

sudah 21

05 Mac 1990, jam 2.15 pagi, hari jumaat.

seorang bayi perempuan telah dilahirkan dan diberi nama Nur Syuhada Binti Abdul Jamil. maksudnye, hari ni lah kan? happy birthday dekat budak tu. may your dream come true budak!

tadi ade gak berbual dengan budak ni. dia kata banyak sangat benda yang dia kena buat bila umur dah mula masuk awal dewasa ni. macam bagus pulak budak ni kan. baru 21, dah beriye. tapi tu lah, aku dengarkan jek lah ape impian dia.




1st dia kata nak bantu family dia. nak ubah nasib or whatever. tengok je lah, budak ni tunaikan janji dia ke tak?







>>> tengok kat sebelah tu. budak ni kate kalau dia dah keje nanti, nak lah tolong adik dia yang cute tu (sambil mata ke atas, tangan ke dada) sambung belajar.


















lepas tu, nak support lagi dua ketol ayam kat sebelah ni. bestnye idop kau eak. lagi2 dapat kakak yang baik macam aku. lemak sangat!







ececeh. nak support segala. kalau tak kerja, nak support pakai ape kan. kena lah cari kerja dulu. lepas tu baru boleh berangan nak hidup mewah ke ape ke.




and last sekali, nak beli rumah besau and vios pink! lalalala. gedik di situ. tapi tu lah impian-impian budak ni for her future.

I wish all my dream come true! Insya-Allah!

Wednesday, March 2

memang seriyes nak kena lempang

nak kena lempang free tak? cube lah try pandang rendah kat orang lain. konfem kena. entry kali ni lebih berbau-bau kemarahan. aku marah ni! nampak tak? nampak tak?

perlu ke nak pandang rendah kat orang lain. atau dengan lebih spesifik nya lagi, perlu ke nak anggap student yang amik course management ni langsung tak berguna. bagi aku, memang tak perlu lah kan.


contoh macam ni lah. nak tunjuk bagus tak kena tempat:
* sila enlarge kalau nak faham.



















and ada banyak lagi lah si budak tu merepek meraban. tak tahu nak back up diri sendiri. so, merapu tak ade point. aku kat sini ketawa nak terkencing-kencing kau tau bace statement bodoh kau tu.

antara reason kenapa bidang management tak perlu dipandang rendah:-


(1) pernah tak nampak satu company tu tak ada deparment HR @ pentadbiran. mesti tak pernah kan. so, terbukti management agak penting kat situ.
(2) kalau cakap bidang engineering boleh masuk management, tapi management boleh ke? jawapannya, memang tak boleh. tapi sebab ape engineer nak apply bahagian management? dah tak laku sangat ke? atau nama je engineer, tapi skill hampeh.

(3) kalau nak harap orang teknikal handle bahagian management, macam mane nak hire pekerja? boleh ke hire someone berdasarkan soalan yang ditanya? tau tak pasal non-verbal communication, body language, eye-contact? so, terbukti lagi.
(4) boleh tak kalau ade masalah kat company tu macam downsizing ke settle dengan formula yang dah sedia ada? mesti tak kan. kenalah tengok faktor luaran, dalaman. so, management tau.


conclusion kat sini, setiap bidang yang ditawarkan ada kelebihan masing-masing. kalau nak cakap bidang management ni sampah, how about rezeki. rezeki orang lain-lain. even dia tak layak untuk jawatan tu, tapi kalau rezeki dia baik, dia akan dapat jugak kan. so, what?