berapa ramai dah?

Tuesday, June 21

21 jun 2011



hey, that day is today. what so special with this date huh? ^_ ^V

from now on, my status is not single anymore. officially is in a relationship with some1.

perasaan gembira yang sangat menggunung ni jangan lah ada sesapa yang kacau or else gunung tu akan runtuh dan mendatangkan keburukan. heh? tak paham T____T

to my mr. gulahati. i really in luv with u.
(tiada gambar gulahati disediakan)

ok cukup. tak nak jiwang dah. =)


mr. gulahati.



Sunday, June 19

tabiat kita orang melayu - part 2



hari tu aku dah perjelaskan satu tabiat melayu dalam part 1.


seterusnya, tabiat melayu yang tak boleh nak blah ialah sentiasa rasa tercabar. ok tercabar. maksud aku dalam bahasa yang kurang sedap untuk didengar macam ni:


"asal orang ada, kau mesti nak ada jugak!"



percaya atau tidak tu lah budaya kita. jangan nak cebik-cebik bibir sambil kembang kempis hidung nak menafikan statement aku ni. betul apa. nak bukti? ni hah.


situasi 1 : di ofis


pekerja A : kau tengok seman tu. nama je exec, tapi pakai laptop company.
pekerja B : aku da lame je perasan cume tak nak cakap je. takut orang kate aku mulut longkang pulak.
pekerja A : aku yang balaci ni pun, ade 1 laptop kat rumah.

***datang pekerja C mencelah ketika mengumpat***

pekerja C : haah kan. kat rumah aku ada 3 laptop!
pekerja A + B : jadah ape kau ni! *#*#%^$!^#


see? see? sentiasa rasa tercabar. tercabar yang lead kepada perwatakan yang negatif. kalau tercabar dalam perkara yang bagus itu tidak menjadi masalah dong. bisa diurus.


tu baru 1 situasi. macam mana pulak dengan situasi santau sane sini sebab rasa tercabar? tak bagus kan. contoh, si lijah yang hanya berkelulusan spm mengahwini duda kaya beranak 2. atas dasar jeles, si minah gadis ranggi di kampung lijah terus menghantar pelesit kepada lijah sehinggalah minah berjaya menawani hati si duda itu.

ok, settle part 2. tunggu tabiat yang seterusnya dalam part 3. tataaa.




mungkin kah?


mungkin ke ini? persoalan yang mungkin tiada jawapan sehinggalah kita betul-betul mengalaminya. ok, huda menggedik bila cakap pasal benda-benda haram jadah ni. haha


tapi, if what am I thinking is true, wahaha, i'm feel so so happy =)


Wednesday, June 15

tabiat kita orang melayu - part 1


melayu memang unik. siapa setuju? hah? tak ada. okeyh nampaknya aku sorang je yang setuju dengan statement ni T___T. kepada yang melayu sila teruskan pembacaan. kepada yang bukan melayu bacalah kalau berminat (ok ayat macam aku blogger femes emes yang beratus2 orang akan like dan komen post aku walaupon baru seminit di'publish' spt face lift atau fatin liyana).


cube pikir ape yang korang suke lakukan sepanjang bertahun-tahun hidup. konfem, salah satu daripadanya mudah terikut-ikut atau mudah terpengaruh.



terikut-ikut ni boleh dilihat dari pelbagai aspek *a. samad said baca mesti menangis sampai hingus meleleh lantas dijilat. sampai macam tu sekali. okeyh perasan kejap. tapi aku aku tengok dari aspek bersenam, bersukan, beriadah, bersosial. senang cakap terikut-ikut dalam aktiviti yang boleh kuruskan badan.



satu
, bila tengok orang lain senam, timbul rasa niat hati nak senam jugak. dengan harapan ari ni senam, balik terus timbang and miracle berlaku 5 kg hilang dalam sekelip mata. okeyh tak apa. matlamat memang penting dalam merealisasikan sesuatu impian. memang betol. tapi asal balik senam, terus perg warung makan roti canai ape citer?



dua
, terikut-ikut dengan iklan kesihatan. 'satu sudu sudah cukup". kirenye kalau amik lebih dari 1 sudu kau dah dikire melanggar peraturan negara dan akan menjadi obes selama-lamanya. then, terikut lah dengan slogan tu. memang amalkan 1 sudu, tapi kalau boleh sebanyak-banyak tidak gula time nak cedok tu. apa citer?



unik kan melayu ni. aku pon amalkan beb. tabiat seterusnya dalam part 2 nanti. tataa =D

Tuesday, June 14

what goes around, comes around


macam keramat je kan, pepatah omputih ni "what goes around, comes around". hoii, jangan lah sesekali nak try test cube me'realize'kan pepatah ni. buruk padahnya.


sekali kau dah buat jahat dengan orang, kau mesti tanam dalam-dalam kat kepala tu. so, in case bila kau pulak yang terkena jangan nak mengada-ngada, merengek-rengek, mintak simpati kat orang. please jangan nak berlagak macam kau orang yang paling suci yang tak pernah buat salah ok.


if situation like this happen to you, jangan salah kan orang lain sayang. ingat apa awak dah buat. bukan makin nak burukkan keadaan dengan mengadu domba dekat orang lain yang secara asasnya, langsung tak tau apa2 yang berlaku.


whatever it is, kita manusia memang selalu melakukan kesilapan. sekarang masing2 dah tau salah masing2 kan. aku mintak maaf dengan apa yang terjadi and berkawan macam dulu. tapi tu kalau u accepted my apology. but, kalau kau yang tak nak then oklah. just follow your direction my dear =)



Thursday, June 9

sumpah, rasa bersalah giler


sebelum mula, ingin aku ingatkan. aku masih P atau pengor bahasa panjangnya sebelum kamu, kamu dan kamu membuat pelbagai assumption. tehee.




sampai sekarang masih terngiang2 apa aku dah buat dengan orang tu. kesian dia. masa depan dia macam mana? mungkin ke lepas kejadian tu, dia terpaksa menanggung malu seumur hidup. sumpah, aku tak sengaja.


rasa bersalah bersarang dalam jiwa raga aku yang murni seminit 1/2 lepas kejadian tu. sumpah aku tak sengaja pegi langgar lecak tepi jalan tu. aku baru nak halang lecak tu. tapi malang, lincah pulak si lecak menyimbah baju kau. aku tak nampak kau+lecak tu+lambat pergi keje, wuwuwu T____T


situasi yang agak sama tetapi berlainan mengikut citarasa



so, after kejadian tu kau macam mana? ke sampai sekarang kau dok pungpang menyumpah aku? sampai hati. btw, aku tak pernah kenal kau. kalau kenal, mungkin aku dah belanja eskem sunday mcD singgit tu. tapi, aku tak kenal kau. so, aku mintak maaf melalui alam maya je lah ea. tau? sori ='(


dalam hal ni, aku ke yang bersalah?




Wednesday, June 8

penangan nora elena!




aku konpem sume orang tau nora elena tu apa. mungkin dari 10 tu cuma 1 je lah yang tak tau and yang tak tau tu aku bajet dia duduk zaman penjajahan jepun. gila tak layan nora elena! shuwiiittt sungguh =D


tapi, adat lah cerita sume nak best (kalau tak best sape nak tengok?). adoi. tak logik pon ada gak. tapi buat tutup mata je lah kan semua. mentang2 lah aaron si badan ketak ketuk tali kecapi tu yang berlakon. meleleh.


antara benda yang tak logik bagi aku hasil discussion panjang bersama rakan2 fb, aku simpulkan bahawa:


(1) inspektor amir. wataknya hanya minum milo ais di warong atau merayau ke sana sini. eah kamon lah. dah 19 episod kot masih minum air milo kat warong. kalau gitu free keje polis, gamaknya lepas ni ramai yang apply job polis.


(2) mak nora. dandan terus tak sakit bila dapat bermenantukan menantu 50k. fuhfuhfuh. mungkin sebab sempurna sangat tu yang baik teros sakit. anyway, kuna, perbaiki lah lakonan anda. ikot skrip sangat. pak ali lagi pandai main intonasi tau.


(3) seth tan. aie. tau la ceo. tido pon pakai jeans? hehe. ooh lupa asal usul pulak.


(4) dila kawan nora. kerja di kedai buku dan duduk rumah sewa yang besar seorang diri tanpa housemate. weird?


(5) ceo kepada 5 orang pekerjanya. dan dikenali di sana sini. tak bizi pulak tu.


(pst: perasan tak kesilapan teknikal kat atas?)






Wednesday, June 1

zaman budak yang tragis





sempena hari susu sedunia ni aku nak kabo sikit dekat hang cerita-cerita babi eah basi yang orang dok hot berkata sana sini. pasal ni hah: adinda kiut yang macam baby tunggal ni, kecik2 dah pandai seks.


wah budak-budak sekarang kan (nasib baik aku budak zaman dulu). kalau kita kecik-kecik datang sekolah tak ada cerita lain. balik-balik, "eah, semalam bapak kite belikan ding dang. banyak tau mainan terbaru kite. semua best tau. cume yang tak best kopok lemau je kat dalam tu".




tapi budak-budak sekarang mana main dah dengan ding dang ni hah. datang-datang sekolah mula2 tengok cermin dulu, contact lens ade ke tak. then kaki silang dengan tangan sibuk mengulik kuku sambil bercerita macam ni, "I suka lah dengan mamat tu. badan dia ketak u ollsss. poket pon tebal. sedap tau dapat peluk dia. I paling suka time dia pegang tangan I kiss pipi I. sweet kan?".


beza sangat oi. ok kalau back to kes si adinda ni. in fact, memang lah ramai anak dara yang dah pecah dara sebelum tiba waktunya. faham kan? tapi yang aku pasti tak perlu expose ok pasal kesilapan masing-masing. makin dibanggakan ada lah.


satu benda aku tak paham, baru 14 tahun dah main sedap. nanti dah besar dah tak ade benda sedap lagi dah nak main. time tu menjajau lah kau nak rasa afrika pulak. mencabar mungkin. heyy, setakat spender dengan bra mak kau belikan baik tak payah. =D


so, dekat sini niat aku bukan nak mengata tapi sama2 beringat. kita manusia memang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan kan? semoga kesilapan itu disedari dan memohon kemaafan dari AllahS.W.T...