berapa ramai dah?

Thursday, August 17

Kehidupan tahun 2017

Assalamualaikum semua :)

Tak sangka wujud lagi ye blog ni. Ingatkan dah pupus dimamah bumi. Dah lama betul tak update, ingatkan tak nak update sampai bila-bila tapi hari ni entah kenapa rasa nak update. Tahu tak ada siapa yang akan baca, but still aku nak buat kerja yang sia-sia ni. Well Huda kan. 

So, kehidupan tahun 2017. 

Terlalu banyak yang berubah jika dibanding dengan tahun-tahun sebelumnya. 

Dari segi kerja sama saja, Huda will be an Admin to the company forever and ever. Untuk aku upgrade diri aku, hmm nanti-nantilah tunggu masa yang sesuai. 

Dari segi relationship, Alhamdulillah. Akhirnya Allah temukan aku dengan Mohd Farid seorang lelaki yang entah dari mana muncul dan insyaallah akan disatukan. Tarikhnya bila? Tunggu confirm lah baru announce. Sekarang tarikh majlis kecil je dulu 16/9. Semoga dimudahkan. 

Perancangan Allah tu sempurna kan? Sejauh mana kita merancang, kalau Allah tak berkehendak tak akan selamanya kau dapat realisasikan impian kau. 

Terima kasih juga kepada masa silam yang banyak mengajar erti pahit manis kehidupan. Kepada Ayong & Ayu semoga korang juga bahagia dan disatukan ye. Aku suka tengok semua orang gembira. Dan akhirnya aku juga bertemu bahagia. 

Semoga segala apa yang kita rancangkan dimudahkan urusannya oleh Allah :)


Saturday, August 22

Clingy

Baru aku tahu
Aku ni clingy juga ya orangnya?
Luar aje nampak kasar

Saturday, August 15

Terhalang

Sedang elok kau cipta angan-angan, datang satu bah yang meniup angan-angan itu pergi.

Katanya angan yang kau cipta itu salah, angan yang kau cipta itu sampah, dan angan yang kau cipta itu bakal merosakkan kau di kemudian hari.

Harus bagaimanalagi untuk aku menepis segala andaian itu. Dihimpit dengan perasaan di pertengahan itu sakit.

Diluah mati mak, ditelan mati bapa. Tapi jika aku biarkan, aku yang akan mati. Perasaan aku mati, hati aku mati.

Hanya satu yang mampu aku lakukan. Berdoa. Senjata paling utama.

Monday, July 6

Nonsense

Bila bercerita tentang harapan, apa harapan kau terhadap hidup dan diri kau sendiri?

Semestinya semua tentang yang baik-baik. Aku juga begitu. Mengharap sesuatu datang seperti apa yang kita impikan.

Tapi

Allah Maha Mengetahui. Dia yang merancang dan mengatur segala-galanya. Maka aku percaya pada perancangan-Nya.

Soal jodoh bukan pada tangan aku.

Jika kau jodoh aku, Allah akan permudah perjalanan kita. Tapi jika kau bukan pengakhir cerita cinta aku, aku minta maaf sebab menjadi penghalang pada jodoh sebenar kau.

Well, perempuan like me memang suka cerita negatif. Macam mana nak elak benda ni dari berlaku?

Ye, cuma ada satu cara. Husnuzon.

Tuesday, June 30

Harapan

Sejauh mana kau yakin sesuatu itu milik kau?

Jika kau terlalu yakin,
Tapi sudahnya gagal, kau akan kecewa
Kecewa pada tahap yang paling dalam

Tapi jika kau tak yakin
Mungkin peluang keemasan bukan lagi milik kau

Maka
Bersederhanalah
Jika sayang, hadkan
Jika rindu, hadkan
Jika marah juga, hadkan

Husnuzon, perancangan Allah itu yg sebaiknya.