berapa ramai dah?

Thursday, May 19

10 perkara annoying yang harus dielak



intro yang annoying



setelah lebih 21 tahun aku hidup, hasil darpada pemerhatian yang dijalankan, akhirnya dapat lah aku membuat rumusan terhadap 10 perkara yang annoying dan harus dielakkan supaya orang lain tak rasa macam nak baling selipar Tat Sing bersaiz 10 1/2 ke muka anda =)


1) orang yang suka bergambar ni annoying tau tak? seriyes. lagi-lagi yang suka create album baru untuk gambar yang sama. padahal dalam satu album tu sume dalam kereta. cuma yang beza posisi kepala. kejap-kejap kepala lentok sangat, kurang lentok, tegak. jadah ape? selalu kat fb lah kan.


2) yang kedua ni lagi macam haram. sesiapa yang suka korek telinga pakai kunci memang annoying. tak kisah lah kunci rumah ke kereta ke motor ke. lagi annoying kalau korek telinga dekat luar dengan muka yang shetimmm gila. adoyai..


3) berak tak reti nak flush. hoii. speasis jenis ape kau ni. muka punya cantik, hensem. make-up, minyak wangi bertepek-tepek untuk nampak cantik. tapi. masya-Allah. apa ke jadahnya. harta sendiri pon tak reti nak jage. kau ingat ada amah nak settle bagi kau?


4) orang yang cakap nak besar. orang-orang macam ni memang patot dinyahkan dari muka bumi. cakap punyelah pungpangpungpang sana sini. tapi at the end, hasil tak ada, kau pulak hilang entah ke mana.


5) owner bagi kete yang segak dan di'make-up'. bunyi kete dia buat bulu semua naik beb. seram sejuk hah jadinya. ekzos vroom vroom bagai tapi bawak 60 km/j. kita ni dok tunggu bila dia nak potong. sudahnya, kete kancil yang 660 cc pon lagi laju. tak kena lah weyh.


6) anak-anak yang hantar mak bapak gi rumah orang-orang tua. apa alasan yang munasabah eak untuk kau orang buat macam tu. tak kisah lah kalau anak yang hantar pagi amik petang sebab tak ada sape nak jage time kat keje kan. ni,tinggal tak jenguk-jenguk ape cite? mak bapak boleh hah jaga anak sampai 10 orang. tapi anak nak jaga mak bapak sorang pon tak larat.


7) sudah semestinya. badak yang berlengging. tak ada perasaan ke kakak hoii. kaki bapak gajah, still nak pakai legging gak. kalau pakai baju labuh tak apa, tapi yang pakai tshirt separas bontot macam mana pulak? lagi tak boleh blah kalau badaj yang bertudung tapi berlegging. wadefak? ingat uptodate lah tu =)


8) orang yang mempelbagaikan ejaan suatu perkataan. aku=aqeww, buruk=buwoork, kita=titew, korang=kowankk. and semua jenis ejaan macam tu lah. kalau A. Samad Said mesti gugur teros janggut die tau? annoying sengal.


9) letak description gambar yang macam haram. contohnya, "sori ea korang aku tak cantik macam korang. tapi aku nak gak letak gambar aku". dengan harapan ada orang kate macam ni lah, "sape kate kau tak cantik? cantik je aku tengok".


10) annoying dengan orang yang suka update blog panjang-panjang penoh dengan tulisan. naik jenoh r orang nak membaca. lepas tu tak berinformasi pulak tu. salah satu dari blogger tu aku lah T___T. nasib aku sedar. kalau tak mau kena maki aku. haha


alooo. titew nampak gemokx la. sapa suwoh amik picca tyme lepas makan. gewaamm tau.
(ahaha. kalau aku cakap macam ni korang dibolehkan untuk muntah darah =_=)





2 comments:

Inspirationalefeks said...

hehe , xpe sikit je gemuk tu nmpk :P

huda jamil said...

haha. reflection dari description gamba. sengal =)