berapa ramai dah?

Thursday, March 31

dahulu aku pernah darjah 1

apehal lah pulak aku ni teringat zaman-zaman lampau yang dah expired ni hah. mungkin aku jiwang? ooh no, tidak sama sekali.


masa darjah satu dulu, gua masih bodoh-bodoh alang. walaupun mak gua dah hantar gua masuk tadika perpaduan 2 tahun, tapi kebodohan itu tetap terserlah dan bersarang dalam diri gua masa tahun 1997. what happen mak? mak bagi susu apa kat gua? apa? nestum dalam tin yang berharga RM4.50? demmm.


gua masuk kelas 1 seroja. kelas ke-9 iaitu kelas last. sebabnya mak gua lah ni lambat daftar kan gua. tapi gua cool. gua teruskan jugak perjuangan gua sampai ke titisan darah terakhir *ooo hiperbola pulak


hari-hari gua dipenuhi dengan gelak ketawa dari rakan-rakan gua yang terbukti selekeh pada masa tu. ada yang hingus meleleh-leleh dan bila hingus tu sampai ke mulut, kawan gua dengan pantas keluarkan lidah dan menjilat-jilat hingus tersebut. werrkkk, jijik sungguh kawan gua.
nasib mak gua dah ajar cara nak jadi pembersih.


aktiviti masa darjah satu sangat penuh. salah satunya aktiviti menggosok gigi dekat tepi longkang. sungguh, masa tu konon-konon ni lah aktiviti paling best. aktiviti yang tak best bila kena beratur panjang-panjang untuk kena inject. apa function inject tu pon gua tak tahu. yang penting gua sihat sesangat-sangatnya pada saat ini.


tapi satu perkara yang harus gua tak boleh lupa masa tu ada pendidikan jasmani bersama cikgu salwani suwandi. tengah cikgu gua dok suruh cangkung dalam bulatan, gua ternampak sesuatu yang sungguh shiiittt sekali.


demmmm sungguh! masa tu, kawan gua tak bawak baju sukan, tapi cikgu suruh jugak dia ikot sama. sudahnya, dia cangkung sambil pakai skirt. masalahnya, kawan gua time tuh tak pakai spender! lu orang mesti tahu kan gua nampak apa bila orang pakai skirt tak pakai spender cangkung? dengan sikap gua seperti kaki retort, gua terus bangun report pada cikgu gua.


sejak hari tu, kawan gua ni pandang badi pada gua. pernah satu hari tu, dia bawak abang dia yang darjah lima. jumpa dengan gua, sungguh kecut gua time tu. lu pikir lu punya malu je lah kawan, gua? sejak hari gua nampak lu punya 'barang', gua rasa lost lu tahu. gelap hati gua. satu peringatan gua, sila pakai spender lain kali. =)


tu je gua nak cakap, kenangan darjah satu gua yang dah dicemar dengan unsur-unsur porno.