berapa ramai dah?

Wednesday, December 5

sedih

Sedih. Terma yang semua orang tahu melibatkan perasaan dan air mata.
Mereka kata perkara sedih jangan dihebohkan.
Perkara gembira perlu dikongsi. 
Tapi apa kuasa aku, aku tak mampu =(

Aku tak mampu memendam perasaan sorang-sorang. Jauh sekali untuk aku bercerita.
Mengongoi menjaja kisah-kisah sedih.
Jadi blog pentas yang sesuai untuk aku mengahmbur segala yang terbuku.

Secara luaran, mereka gembira.
Riak wajah mereka menggembirakan semua yang di sisi.
Tapi jauh di sudut hati, mereka berada pada tahap sedih yang amat.

Diberi ujian dari awal perkahwinan, tetapi masih kekal hingga sekarang.
Di saat ujian semakin memberat, rezeki anak di atas bagi.
Indah pemberianmu, tidak terjangkau dek akal fikiran.

Atas dasar itu aku pasti. Kami pasti.
Di sebalik ujian yang diberi, pasti ada kemanisan di hujungnya.
Berserah kepadanya, berusaha dan percaya pada Qada' Qadar.
Pasti ada kebahagian suatu hari nanti. 


   

3 comments:

cinta siswi said...

jangan sedih2 dear.. even org lain xde dgn kita.. ALLAH slalu ade dgn kite.. :)

huda jamil said...

thanks siswi. mmg itu yg sy selalu ckp kt dri sndr :)

Cornelia Waldorf said...

Jemput join, http://blalalableh.blogspot.com/2012/12/bloggership-giveaway-by-fatini-irdina.html. Hadiah terlalu hebatt Pendrive 4GB + USB 4 port + Lomo Aquatic + RM20 + Bloglist January 2013