berapa ramai dah?

Wednesday, December 26

selamat datang 2013

Sekejapnya lah hai 2012 berlalu. Sila check kalendar, tinggal 5 hari je wei. 5 HARI. *tepuk tampar lempang pipi sendiri. Oh makkkkk, kita dah nak masuk umur 23 tahun. Tua dah. Umur remaja semakin menjauhi, umur dewasa semakin menghampiri.


Moh le review apa yang kita dah buat sepanjang tahun ni. Dengarnya masa 2011 ada azam baru untuk 2012. Tercapai ke tidak ye. Sila rujuk link ini untuk pencerahan bersama Garnier Light. 


1) Cari kerja bagus-bagus


 
Doakan kita ye untuk dimurahkan rezeki untuk hari hari mendatang. Sedang mencuba apply kerja di sana dan di sini untuk mendapat lebih pengalaman. Jangan mudah mengalah ya Huda! Sila berbakti pada parents dan adik-adik selagi umur masih ada. Sila Huda, sila.


2) Menjadi someone yang better

Eh ni azam sepatutnya untuk setiap masa dan ketika. Bukan untuk setiap naik tahun baru je. Ye, akan mencuba untuk mengubah diri menjadi lebih baik.


3) Kumpul duit beli kereta dan rumah

Haa ni azam tahun lepas-lepas yang tak masuk dek akal. Ada ke nak Vios TRD Pink. Ingat senang ke nak cari duitttt T_______T . Kita nak beli cikai-cikai pon menahan perut. *tapi tak kurus jugak! Rumah tu hold dulu lah. Bincang dengan bakal suami nanti. Ececeh




Yang ini azam tambahan bermula dari tahun 2013. 

1) Belajar MASAK

Masalah anak-anak muda sekarang. Kemain gatal nak kahwin bagai, siapa imam aku, siapa empunya tulang rusuk aku. Tapi bab masak punah seribu harapan. Aku la tu aku la tu. Sila mengaku. Jadi azamnye mahu belajar masak. Bukan setakat pandai buat dessert saja.


2) Sila kurus wahai badan

Impian dari zaman sekolah nak kurus. Sampai sekarang tak membuahkan hasil. Mana taknya azam langsung tak seiring dengan usaha. How come you want to be like Tyra Banks? How!



Banyak lagi impian. Kalau setiap satu kena mention dalam blog memang sampai anak darjah 1, 2, 3 tak siap siap. Anyway, semoga tahun 2013 memberikan 1000 atau lebih kebaikan kepada kita. Dan yang palin penting, usaha ke arah perubahan itu tidak pudar di tengah jalan, diucapkan kepada penulis blog ini yang sedang memakai baju Phuket dan seluar leopard printed serta rambut tocang di tepi di atas katil.


Sekian,
Huda Jamil, XOXO

 


 

7 comments:

kak nora said...

assalam, salam perkenalan dari bunda

Siti Nurhayati Dollah said...

Semoga terus berjaya dan dapat mencapai impian tahun 2013. ;)

huda jamil said...

kak nora: wassalam kak, selamat bkenalan :)

yati: trimas ya!

Cik Tanpa Nama said...

wahhh kite pown nak beli kete jugak..one of my azam around this 5 year..means sis beli dulu la nt..hehe

huda jamil said...

mintak2 dipermudahkan urusan beli kereta tu :)

Sarah Mohd Saleh said...

hehehe.same la kte gatal kemain nak kwen tp masaknya ke lauttt.hihi

huda jamil said...

kite same!!!!!!!!!!!!!!!!hehe