berapa ramai dah?

Wednesday, June 15

tabiat kita orang melayu - part 1


melayu memang unik. siapa setuju? hah? tak ada. okeyh nampaknya aku sorang je yang setuju dengan statement ni T___T. kepada yang melayu sila teruskan pembacaan. kepada yang bukan melayu bacalah kalau berminat (ok ayat macam aku blogger femes emes yang beratus2 orang akan like dan komen post aku walaupon baru seminit di'publish' spt face lift atau fatin liyana).


cube pikir ape yang korang suke lakukan sepanjang bertahun-tahun hidup. konfem, salah satu daripadanya mudah terikut-ikut atau mudah terpengaruh.



terikut-ikut ni boleh dilihat dari pelbagai aspek *a. samad said baca mesti menangis sampai hingus meleleh lantas dijilat. sampai macam tu sekali. okeyh perasan kejap. tapi aku aku tengok dari aspek bersenam, bersukan, beriadah, bersosial. senang cakap terikut-ikut dalam aktiviti yang boleh kuruskan badan.



satu
, bila tengok orang lain senam, timbul rasa niat hati nak senam jugak. dengan harapan ari ni senam, balik terus timbang and miracle berlaku 5 kg hilang dalam sekelip mata. okeyh tak apa. matlamat memang penting dalam merealisasikan sesuatu impian. memang betol. tapi asal balik senam, terus perg warung makan roti canai ape citer?



dua
, terikut-ikut dengan iklan kesihatan. 'satu sudu sudah cukup". kirenye kalau amik lebih dari 1 sudu kau dah dikire melanggar peraturan negara dan akan menjadi obes selama-lamanya. then, terikut lah dengan slogan tu. memang amalkan 1 sudu, tapi kalau boleh sebanyak-banyak tidak gula time nak cedok tu. apa citer?



unik kan melayu ni. aku pon amalkan beb. tabiat seterusnya dalam part 2 nanti. tataa =D

2 comments:

Ahmad Liwauddin bin Mardi said...

yang no 1 sebab konon nk kurus je kot.. hehehe

huda jamil said...

haha. betol la tu. sbb nak kurus.