semangat tak semangat la kan bile set jam pukul 5.45 pagi. awal gile lah. padahal gerak pukul 8 kot. aiseyh. kalau semangat macam ni masa nak gi kelas kan bagus. tak ade lah lambat masuk kelas.
and then alhamdulillah selamat pon sampai ke melaka. tapi tak boleh nak gerak mana2 lagi sebab tour guide duduk kubang kerian. lambat sikit sampai. hahaha. maaf, agak kasar di situ.
destinasi 1: taman botani
tempat first yang kiteorang singgah taman botani ni la. nampak seperti kami ni pencinta alam kan. ye betol. tak dapat dinafikan kami juga peminat zainal abidin yang sukakan persekitaran yang hijau.
destinasi 2: taman buaya
nama jek taman buaya tapi dalam ni ada taman2 yang lain jugak. contoh, taman reptilia, burung, rumah hantu dan sebagainya.
mula2 masuk taman tu kiteorang dapat tengok replika2 bangunan yang unik kat malaysia ni. mule lah time tu mood sayangkan malaysia.
pastu masuk rumah hantu yang save budget. walaupon masuk rm3 jek tapi menjerit macam haram. kesian yaya kena peluk ngan aku. sampai renyuk terbarai2 dah baju dia. aku memang sangat melampau. aku tak puas ati lah bile setiap antu yang terbang tu mesti melekat kat muka aku. kain tu busuk kau tau. entah dah bape lame tak basuh. jijik gila.
taman buaya. macam biasalah banyak buaya. tak kan babi hutan pulak kat taman tu. buaya2 tu langsung tak romantik. cube lah ganas sikit. ni duduk diam jek. bosan tau tak? sebab buaya malas aku pon malas nak masukkan gambo.padan muke!
masuk pulak tempat reptilia. sekejap jek. sebab busuk. kite orang suke kan kebersihan yang suci abadi. maklum lah pembersih kan.
destinasi 3: check in kat tuah homestay and MAKAN *maaf capslock menunjukkan sangat lapar time tuh!
badan melekit okeyh. so, kena fresh kan balik badan. solat jap kat tuah homestay. memang macam berbaloi jugak. sebab cantik, selesa and baru lah rumah tu. thanks akmal sebab carikan rumah yang murah lagi selesa.
destinasi 4: menara taming sari
tempat ni best jugak lah. macam lift cume benda ni boleh berpusing2 sambil tengok keseluruhan bandar melaka. mau pening kepala. nasib baik pusing tak laju. tapi bosan sebab lama sangat. i don't like it baby!
destinasi 5: dinner kat umbai
mengisi perot yang lapar memang perlu dalam kehidupan seharian. kite orang pilih umbai sebab konon2 macam popular la. sebab orang2 dok cakap umbai sedap, umbai sedap. tu yang kite try test, cube sedap ke tak. overall bole lah. satu yang pelik bila orang melaka makan ikan bakar dengan nasi lemak bukan nasi putih. pelik yeoow!
destinasi 6: river cruise
tau tak river cruise ni macam mane? kite akan dibawa naik boat yang sederhana besar and menyusuri sungai2 yang ada kat melaka tu. dari situ boleh nampak la warna-warni melaka. memang superb. cantik lah. korang bayankan bangunan2 yang ada kat sekeliling sungai tu dilukis and dihias biar pengunjung2 yang naik boat ni tak bosan.
destinasi 7: jonker walk
mase nak gerak gi jonker walk dah tak eksited dah. sebabnya, naik boat tu yang lembab macam membuai2. tu yang buat sume orang tertido tu. tapi gagahkn jugak lah. nak jugak tau jonker walk ni macam mane. tapi, tapi, tapi, sedih gile bile tengok tak ade sape pon menjual. ujan lebat. mana laku der. lupe sudah. nak wat camne amik gambo je lah.
(masa untuk balik homestay and mengorok)
destinasi 8: sarapan jap kat warong
kat sini jumpe shah and dana. dana tak dapat join semalam nya sebab laki dia ni dok sibok training bola sana sini. tapi tak pe lah. dapat gak hangout sesama esok nya.
destinasi 9: A-Famosa
sesampai je kat sini teros amik gambo. memang kebulur gambar agaknye. masing-masing post terhangat gila babengnye sambil berpikir mane satu nak jadikan profile picture fb. macam aku lah tu. naik2 atas jek. ujan turun lebat gila. terbatas sikit lah aktiviti berjalan. tapi aku langsung tak terhalang. siap pakai cermin mata kau!
destinasi 10: rasamas, tesco
banyak2 tempat makan sebab ape kiteorang pilih tesco? sebab kiteorang ada kupon buy 1 free 1. nak jimat punya pasal.
destinasi 11: melaka sentral
ni tempat last kiteorang singgah. sebab semua orang berpecah kat sini. as balik kl pukul 3. so, automatik akmal pon balik jugak. dana and shah lepas makan tadi teros gerak balik. dyan and faez pon same balik kota sebab dah malas nak jalan lagi. yaya ngan mirrul pon ikot jejak langkah dyan. so, tinggal lah aku, sazni, adik sazni, zana and her hubby, muiz. shopping tudung kejap and then balik lah.
penat jangan cakap lah. mau tegang sume urat. tapak kaki jangan cakap lah. kecut, sekecut tidak. mana taknya seharian pakai selipar basah. tapi overall best lah. sangat best. lagi2 bile lantoya join. so, next trip hope aku dah ada my mr. right. thanks kat semua yang involve dalam trip ni =)
anyway, thanks for reading my entry ^ ^
No comments:
Post a Comment