berapa ramai dah?

Tuesday, March 10

live your life


Selamat hari lahir Huda yang ke-25. 

Umur makin meningkat menginjak ke suku abad, diharap perangai juga bertambah matang. So what have you done for the past 24 years Huda? Any good things that people will remember you? I guess no, but I wish no one will remember bad things about me :(

Bila dah masuk umur 25, soalan yang paling tak asing keluar dari mulut mak, adik-beradik, sedara mara dan kenkawan ialah BILA NAK KAHWIN? How can I know the answer kekakak dan kekabang! Hati ini masih rapuh untuk menilai cinta yang baru setelah cinta yang lama terkandas di tengah jalan yang dipenuhi dengan tahi lembu yang melepek kekerasan. 

Sekarang dah tiba masanya untuk aku memulakan hidup di luar norma kebiasaan. Bak kata mat salleh, "Live your life while you can". 

Aku nak belajar pergi travel secara backpack. Dengar pasal backpack mesti orang akan mengandaikan seorang Huda akan berjalan ke Ausie, Korea, Jepun dan sebagainya. Padahal first planning nak berjinak dengan negara sendiri dulu iaitu Penang dan seterusnya Perhentian.

Harapnya dipermudahkan jalannya untuk aku menjayakan misi di atas itu. Untuk kepuasan hati selagi masih bergelar khalifah di bumi. Nak meneroka keindahan ciptaan Allah. 

Dan the next hope is to find soul mate yang backpacker juga! Dreamy girl betul si Huda ni. Tapi nak kisah apa kan. Berangan tak salah selagi kita masih berusaha atas kudrat dan keep on berdoa. 

You guys tolong doakan aku juga. Moga-moga Huda bahagia dengan kehidupan yang dimilikinya.


With Love, 
Huda Jamil