berapa ramai dah?

Monday, January 3

benda yang paling bosan bile naik sem

ape kaitan gambar dengan tajuk. macam tak ade kena mengena jek. bacelah sampai abis. baru faham. tak gitu? :P



tajuk entry ni mesti buat korang-korang yang terbace blog aku ni mengagak benda yang paling bosan kite kena buat kalau sem baru start.


mungkin jadual baru pack yang kena follow? assignment dah dapat? resume kena buat ( maklumlah sem last. jangan jeles eah) ? atau mungkin sebab-sebab lain. jawapannya ada pada diri anda. anda ada masa 60 saat untuk menyelesaikannya. eceh, dah macam program nabil si capang tu pulak. cakap pasal nabil kan, aku dah tak suke dia lah. aku lagi prefer johan dan zizan. lagi masyukk. hehe. out of the topic kejap. ok2 sile amik mood untuk tahu benda yang paling bosan....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ni lah. aku paling malas, bosan, menyampah bila kena pilih group untuk setiap subjek. setiap sem kot kena buat macam ni lah. yang malas tu bila nak pilih member lah. adat manusia kan. nak yang terbaik untuk diri sendiri. bile dah untuk diri terbaik of coz of coz la dapat buat yang terbaik untuk group tu. and then bile dah baik dapat lah carry mark tinggi. pastu baru boleh score untuk paper tu.



nak pilih member untuk buat assignment ni bukan senang. member-member lah tapi bila masuk bab group subjek memang kena seriyes. mase aku taip entry ni muke aku tengah seriyes tahap maksimum dah lah ni. dapat bayangkan tak?


mesti last-last nanti aku pasrah jek. lantaklah nak satu group dengan sape pon. janji aku dapat group. ni lah satu perkara yang langsung tak bagus tentang aku. malas sangat nak nerpikir! naik berkulat, berkarat otak tak digunakan. bile dah dapat group dengan ahli yang kurang rase tanggungjawab tu mulelah nak nanges. bukan nak nanges lagi. memang dah nanges dah pon. sudahnye terpaksa lah roomate aku ni dengar luahan hati sanubari aku yang tersimpan rapi di balik hati yang suci.


so, the conclusion is jangan malas nak berpikir kalau nak kebaikan tu datang dekat kite. noted! tapi sebenarnye ade satu conclusion lagi. kalau dah duduk dalam group tu jangan lah amalkan sikap free-rider. orang tak suke lah. kau buat kerja sambil lewa, last-minute, last-last markah kau same tinggi. untung same tinggi kalau lagi tinggi? tak ke sakit hati orang dekat kau. rase macam nak lumat-lumatkan kau jek pakai lesung batu. tak pon batu giling. ingat lah wey. 'one 4 all, all 4 one'. tak semestinye aku senyap atau kawan-kawan lain senyap tu maksudnye kiteorang iyekan jek perangai cam tuh. meluat lah. haha. emo tak. macam perfect je aku ni. tapi aku malas-malas pon kalau dah ade benda yang di'assign'kan kat aku. aku buat.


tu lah benda paling bosan. korang pon naik bosan jek kan bace. mesti nak tau aku maksudkan sape lepas ni. lantak anda lah. saya tak nak bagitau. tapi kalau ade yang terasa tu please ubah sikap. just be the best for ur team member lah. jadi bertanggungjawab sikit.


so, maksud gambar dekat atas tu, kalau buat kerja asal boleh, tak sempurna macam tu lah gayenye. terbengkalai.




p/s: kalau dah bagi kerja tu sila pastikan kerja siap sebelum atau tepat-tepat due date. jangan janji siap. sempurna lah sikit. eah?


>>>

No comments: