berapa ramai dah?

Saturday, January 8

makan sampai terbelahak


eah aku ade blog rupenye.
*ayat seumpama perli tapi versi manis sikit sebab dah lama tak update hatta jenguk sekalipon.


tajuk post kali ni nampak macam memualkan. agak-agak ada macam semual tempat parking KSL city tak? dengan parking yang sempit dan curam cukup membuatkan pengunjung yang datang bersumpah memang menyesal jejak kaki kat situ. kalau boleh memang langsung tak nak kenal lah. sampai macam tu sekali kan kemualan KSL city. siapa yang buat building tu kalau bace blog aku ni mesti bunuh diri teros dengan lagak ngeri macam dalam blog orang ni. tetttt.


tapi post aku kali ni bukan nak cakap pasal KSL city ke blog ngeri tu ke. tapi aku nak post pasal ari tu kiteorang gi makan kat seoul garden. seoul garden yang dimaksudkan terletak dekat CS depan eskalator. korang carik la sampai lebam. mudah-mudahan jumpe lah. tu pun kalau hati bersih. kalau tak bersih jangan cakap seoul garden, silap-silap CS pon korang tak jumpe. ^^


kat depan seoul garden (taken by abang amik order)


papepon sebelum start cite sile bagi kredit dekat sazni. sebab die lah kiteorang makan kat sini tau tak? kalau die tak beriye-iye mau kite masuk kedai ni. sebab kan ermm macam scary jek nak cakap. sebab, sebab harga die mahal! kalau die ajak last-last sem macam sem lepas mau mati idop semula tak ade sape yang nak ikot. especially aku lah yang hidup untuk saving. berjimat tu perlu wooo. tapi kalau ade discount sila abaikan term jimat tu okeyh.


bagi korang memang tak mahal tapi bagi aku yang keluar duit ni agak mahal lah kot. tak pernah seumur idop aku makan sampai rm37.40 sekali makan bagi satu kepala. rase macam nak hentak kepala kat dinding pastu pengsan. semata-mata tak nak kuar duit cam air lah. hahaha. tapi dengan selambar mak gayah kami pon masuk kat tempat yang dihajati dengan muke engkek (sombong). semua buat muke macam orang bajet kaya padahal dalam hati tu sume kate cam ni, "abis duit aku. kalau makan McD 4 kali lepas ni. lagi2 time mcvalue lunch lagi murah....". ecececeh nak menafikan pulak. betol ape aku cakap kan.


bile dah bayar then baru dapat duduk. mase tu aku baru tau yang seoul garden ni mengamalkan sistem makan sampai terbelahak. maksud aku makan sampai kenyang. selagi kau tak kenyang, makan je lah ape yang ade. tak ade sape lah nak halau kau. so, demi nak memastikan ape yang kiteorang bayar tu setimpal dengan harga seperti yang dinyatakan, kiterorang pon menjenguk lah menu-menu yang disediakan. lantas dengan segera amik pinggan isi semua lauk yang berkenan kat hati.



mase soup tengah menggelegak


agak2 dah penuh pinggan masing-masing sibuk merebus lauk sendiri. kire cam yong tau fu lah. tapi ni kire kau yang rebus sendiri. dia sediakan dapur, tomyan and soup. pandai2lah nak hidup.



pic ni diambil mase tengah merebus makanan. kau nak ape? hotdog, ketam, udang, fishball, meatball, segale ball semua ade. nak yang berat? ayam rempah, steak manis, ayam biase, daging dan sebagainye pon ade. tak kenyang lah? jangan risau nasi pon ade. makan lah sampai lembik. semuaaaaaaaaaa ada! *sebenarnye dah abis makan kot. tak sure lah. errkk.




tengok tu! round 1 dah complete sedia untuk round 2 dan seterusnya. kena makan sampai abis dulu baru boleh amik baru. sebab kan dalam restoren tu tertampal sana sini yang cakap pembaziran makanan akan dikenakan bayaran sebanyak rm5. what the fish kan. sape yang rela bayar kau. lebih baik abiskan.


bile tekak macam dah muak jangan risau lah. ade desserts lah. antara senarai desserts yang dibaham cendol, ABC, aiskrim siap kacang-kacang kau. cendol dengan abc tu bukan kosong tau. semua buah yang selalu ade dalam abc ade dekat situ. so, depends la. kalau kau suke makan kosong, kau buat lah cendol or abc kosong. kalau suke yang ada isi yang boleh buat kasik terangkat kau buatlah yang banyak isi. senang cerita kan? buatlah macam yang kau bayangkan. silap-silap kalah abc kampung melyu and cendol mat zain sentosa tau kalau kite buat sendiri. but wait, heyyy air pon boleh refill lah. air gas ade air nestle pon ade. just pike sejenak dan buat keputusan drastik untuk basahkan tekak.



ni hah! cendol yang aku makan ni sedap tau. mau meleleh air liur kat keyboard tengok aku makan. cepat lap! nanti rosak pulak. cendol ni hasil buatan ank dara yang suci. sape lagi kalau tak aku ngan diyana. ade ciri-ciri menantu mithali kott.



ais krim yang ni pon aku yang buat tau. cantik tak? biasalah budak pernah keje. mestilah kena pandai buat ais krim comel2. hahaha. amacam? teransang tengok pic ni? ade rase macam esok nak tahan bangla jual ais krim calong yang pakai motor tu tak? hahaha.



dyan nampak tudung jek bole tak?

haa tu dia. muke dah bole senyum bile perot sudah penoh

makan selagi larat dana..

kalau solat ade khusyuk macam ni tak? :)

ila senyum yaya masam. konpius lah

ni mase kiteorang makan-makan. muke nampak happy je kan semua. nak pandang kamera pon macam tak sempat sebab perlu makan dengan kuantiti yang setimpal dengan harga. kalau bole amik gambar 1, 2, 3 snap! okeyh dah. macam tu jek supaya masa tak banyak terbuang :)


korang nak tengok tak hasilnye? ni hah? hasil pinggan yang telah digunapakai oleh martopo selama lebih kurang 2 jam. banyak giloos. lagi2 pinggan kat tempat diyana. nampak badan jek kecik tau die ni tapi nafsu makan macam mak mah. hahaha. just kidding.

macam satu family besar dari atok ke cucu yang makan. banyak gile lah

macam dah letak gambar ni kat atas. hahaha. buat ade2 jek lah.


mase kiteorang kenyang gile si sazni ni masih boleh masak steak lagi, tambah 2-3 kali, abc, ais krim segala. mak aii. perot stokin lah kau. mane kau letak makanan2 kau. heee. tapi dalam situasi ni aku faham. $$$. tau duit tak penting. tapi sekarang duit adalah segala-galanya.


bile dapur dah sejuk, tomyam dah tak menggelegak ape yang kiteorang harus buat? tak paham-paham lagi ke? blah lah wey. orang lain pon nak makan jugak kat sini. hehehe. anyway, walaupun mahal tapi bagi aku sangat berbaloi-baloi. ingat celcom je ke ade. ni hah summary ape yang aku makan:


fishball, meatball, hotdog, ayam rempah, fishball lauk, ketam and segale ape yang ade kat situ- 1 pinggan (penuh tanpa space langsung)

air mangga - 4 cawan penuh

cendol kosong - 2 mangkuk

aiskrim+kacang - 2 mangkuk

so, totalnye agak memadai dengan harga yang dibayar. conclusion nye, macam nak pergi lagi lah. hahaha. best weyh abiskan duit pt. macam makan gula2 kapas. langsung tak terasa. duit keluar, ptptn boleh tanggung. tapi lemak kat badan sape nak tanggung? kau ke?



sebelum balik tu baru kiteorang faham maksud tulisan ni. berbaloi-baloi! sekian saja cerita sy. tajuk yang paling betol bagi entry ni ialah sepetang bersama martopo!




p/s; kredit kat yaya and ila martopo coz gambar-gambar yang di snap. maklumlah si blogger ni tak ade kamera lagi. nanti bile dah ade kite snap bebanyak okeyh?


>>>

No comments: