berapa ramai dah?

Monday, January 10

ana raffali?


huh? ana raffali menang ke? rase cam membazir jek makan nasi goreng kampung+nes panas tadi semate2 nak tengok die menang. wadefakk wadefakkk. aku terpana, terkesima. ana balik dengan kemenangan, aku balik dengan kekecewaan. adil bukan? tanpe aku sedari, aku turut post benda yang sama dekat muka buku aku.



mungkin betollah lagu die ade maksud yang mendalam. tapi tak bole blah lah care die nyanyi. tergedik-gedik. macam haram jek. mintak maaf lah kepada sape2 yang minat si anak raffali ni yek. maklumlah setiap orang ade pendapat sendiri. malaysia kan demokrasi. tak salah rasenye. am I right viewers? ='(




tadi bile ana ditabalkan as juara, dandan kami the martopos balik dengan mulut terkumat-kamit mengumpat. tak puas ati katenye. tak pasal2 si ana dapat pahale free2. baik betol kan hati kami. kami tau. saje tak nak expose. malu aww aww!



ok insaf seketika untuk tidak mengumpat. disebabkan aku tak puas ati ni telah mendorong aku untuk ke new tab. lantas masuk ke laman en. google dan taip lirik lagu ingatkan aku. hohoi, ade lah. aku nak tau maksud lirik lagu tu. aku dok kutuk sane sini, kalau memang betol lagu ni ade value malu aku. mane nak letak muke seperti pinggan percuma jenama darlie ni? so, cari lirik dengan tujuan nak faham bukan minat. harap maklum okeyh.

ni hah lirik die. korang pon paham kan lah.


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Ulang Chorus

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

(sila nyanyi dengan gaya ana raffali)

ooo cam tu. tak paham aku ape kena mengena dengan sangkar pastu ade lelaki yang berlakon dalam cite 100 hari jadi tu menari beriye2. kau faham ke? biarlah jadi tanda tanye. jadi diva meletup pom pam lah die lepas ni. mesti ramai pakai baju cotton pergi kelas lepas kejadian ni. bukan setakat pegi kelas. pegi keje, shopping, kedai depan pagar rumah hatta nak melepas sekalipon pakai baju cotton. tengok je lah penularan virus ni. kakak2 kat paso malam tu mesti jadi jutawan pasni. bagus lah, saya suke! "ikot perubahan zaman lah", kate mereka yang terlibat.


>>>

No comments: