berapa ramai dah?

Tuesday, June 12

kritikan memang sakit

Siapa suka dikritik sila angkat kaki. Jangan angkat kaki sangat lah, even aku suruh angkat tangan pon gerenti tak ada siapa pon yang secara jujurnya suka dikritik. Betul bukan?


Bagi kita, apa yang kita buat sudah cukup buat orang sekeliling senang, dipuji, disenangi dan yang paling penting kita menjadi diri sendiri, tidak lah ctrl C lantas ctrl V orang lain.  Janji diri sendiri enjoy, bebas dan tidak terikat. Ok, itu betul. 





Tapi tup tup bila kita masuk dalam satu-satu komuniti masyarakat ada suara-suara busuk mengkritik dan menyindir dengan perbuatan kita. Kalau bukan secara terang-terangan barangkali secara tersirat seperti post di fb, twitter dengan menggunakan bahasa kiasan. Hati kental, batu dan hitam SAHAJA yang tak akan perasan post itu ditujukan untuk diri mereka.


Jadi jika itu ditujukan untuk kita apa yang harus kita lakukan? Melenting? Membalas semula post di fb/twitter/blog masing-masing? Bercerita dengan rakan-rakan dengan harapan mereka akan bersimpati dan sebagainya?


 

 
Memang betul, kritikan dan sindiran itu sakit dan perit untuk ditelan. Tapi, pernah cuba ambil masa sekejap untuk fikir kenapa orang lain berkata sebegitu? Paling tidak pon mesti ada sikit benarnya perbuatan kita menjengkelkan di mata orang lain.


Oleh itu, lepas ni kalau anda menerima post dan kata-kata berbaur sindiran, janganlah cepat melatah ye kawan-kawan. Ada baiknya kita muhasabah diri sendiri dulu. Ok blog ni seakan blog Fadzilah Kamsah parody by Huda Tan.


Renung-renungkan dan selamat beramal ^^,







6 comments:

J.Syazwana said...

kadang2 kritikan tu banyak membina. keh keh

huda jamil said...

betul lah tu kan. kritikan tak semua negatif :)

b e r i k e t e n a n g a n p a d a i k a n said...

cerita manusia ni kalau nak sedap, memang kena citekan pasal seseoarng kan? ko perasan x?

syafiqakarim said...

mmg mcm tu.kdg apa org ckp kita
kena ambil kire wpun menyumpah dlm
hati dgn cara dia.hahaha

huda jamil said...

@jimi hebat: cerita pasal manusia boleh ibarat macam ajinamoto dalam masakan. sedap tak hingat. jadi betul apa yg kau cakap jimi :)

huda jamil said...

@syafiqakarim: haah. geram memang. lagi2 kalau tegur secara depan2. tebal muka dibuatnya.