berapa ramai dah?

Monday, November 19

kisah adik beradik

Bercerita soal adik-beradik memang tak pernah habis. Tambah dengan jumlah adik beradik yang ramai. Pening kepala ni hah nak faham setiap satu perangai. 




Sebagai seorang anak tengah aku agak bersyukur. Sebabnya aku boleh tau beza perangai antara dua generasi. Yang sulung dah mencecah umur 31 tahun manakala yang bongsu baru masuk 11 tahun. 20 tahun beza tu seems rare uolsss.


Time kecik-kecik dulu yes, aku rimas sebab ada adik beradik yang ramai. Sebabnya mak atau abah tak bagi full concentration dekat aku. Bukan aku sorang, yang lain pon merasa. Kasih sayang nak dikongsi 7 dalam masa yang sama macam mana lah. Mau botak kepala sang emak dan abah. 




 Tapi makin lama makin dewasa aku rasa hidup aku sangat sempurna. Dikurniakan emak abah yang kadangkala sporting, adik beradik yang gila membuat aku bangga dengan family sendiri. Mungkin sebab masing-masing dah besar, dah pandai pikir mana baik mana buruk. Kalau dulu bergaduh sajalah kami. Sekejap sekejap gaduh, nangis, ketawa. Tak ke gila nak melayan tu.


Walaupun kami berbeza dari segi bentuk tubuh badan, yang pasti aku bersyukur kerana family aku makin lama makin berkembang dari segi jumlahnya. Dari segi berat badan boleh juga dipertimbangkan. Insya-Allah kalau tak ada aral melintang, tahun depan bertambah seorang baby dan seorang abang ipar. How cool ^^





Pencinta family,
Huda Jamil. 

  

No comments: