berapa ramai dah?

Thursday, October 18

perbuatan melambangkan perangai

Okay anak-anak hari ini kita akan belajar mengenai perbuatan. Perbuatan yang baik datang dari hati yang suci ye. Ternyata aku masih mengimpikan kerjaya sebagai guru bila dah besar gini. Persoalannya, kenapa aku tak lulus ujian MEDSI kat matrik dulu? Kenapa dan kenapa?


Itu mukadimah, main point merujuk kepada tajuk. Betul apa orang kata, bila seseorang itu memang diajar dari kecil untuk menjadi seorang yang baik, perangai dan perbuatannya pon akan turut serta baik. Makna kata, "kalau melentur biarlah dari rebungnya".


Jadi tak perlu bermuka-muka menjadi seorang yang plastik untuk menjadi perfect di mata orang. Sebabnya, kita tak akan menjangka setiap saat yang kita lalui masih boleh atau tidak kita menjadi plastik. Contohnya seperti dalam video bawah ni:



Video ni sebenarnya nak buat suprise dekat one of my bff (Asmyda), pakat time ni tepat 6 Dec nak post kat fb. So, buat video ni senyap-senyap, after balik kelas terus berkumpul dalam satu bilik. Tengah syok-syok buat muka comel annoying nak nyanyi lagu birthday, tiba-tiba si Asmyda ni menggatal ketuk pintu bilik. Haa sah-sah berlaku haru biru di situ. Masing-masing terkaku dan ada yang memikirkan macam mana tak nak buat dia terasa sebab terasing. 


Tapi cuba fokus pada aku (baju merah), dalam keadaan macam tu serta merta aku buat-buat tidur. Atas alasan apakah? Perbuatan itu menunjukkan yang aku langsung tak bertanggungjawab. Bila aku belek-belek balik, betul lah. Selama ni aku memang tak bertanggungjawab pun, sentiasa serahkan tugas kat orang lain untuk berfikir dan bertindak. See? Plastik tak akan kekal plastik. 


Kesimpulannya, untuk berlaku baik memang kena tanam dari hati. Kalau hati tu tak selari dengan perbuatan, macam ni lah jadinya. :P


8 comments:

zarifahmr said...

haih la labu

huda jamil said...

labu pun mengeluh

Aida Omar said...

haha kelakar serta merta terus tidur eh? betul2.. semua org ada sifat baik cuma tak selalu amalkan dan tonjolkan mungkin. :)

huda jamil said...

haa tu la. sebab tak selalu amalkan tu yg kekadang lupa jugak.

♥ sitifarhana ♥ said...

kadang2 bukan kita tak bertanggugjwb pon..cuma tu la,tak sengaja..tak sengaja tak pe kot..eh boleh cmtu?haha

huda jamil said...

boleh kot. tapi tu la takut mata2 liar yg sentiasa nak cari salah got the point kan.

Haris Khairuddin said...

kelakar pulak tengok refleks camtu.. ;D

so.. berjaya x buat surprise tu? ke terkantoi..??

huda jamil said...

tak berjaya sangat pon. kena post day before bday dia sebab nak elak terasa hati. hehe