berapa ramai dah?

Friday, August 12

lelaki dilarang meludah !

:: gaya meludah seorang selebriti ::


Ondeway balik kerja tadi, nak dijadikan cerita. aku terfollow satu kereta putih wira yang sudah dimodified.


Ehem ehem. Gaya kereta macam hensem je. Lantas aku memecut kereta untuk melihat siapa gerangan driver yang memandu. Gaya pembawakan kereta yang agak macho seperti tangan disangkut di pintu kereta dan hanya satu tangan yang digunakan untuk handle stereng kereta memang sangat menarik, tertarik, dan teruja lah oke.


Walaubagaimanapun, kehenseman itu terjejas dalam SEKELIP MATA sahaja apabila lelaki yang hensem tadi tu meludah dari pintu kereta, Wadehek oi? Selekeh yang ampun. Dah elok-elok dah kau dipandang hensem oleh seorang wanita <<< wanita tu aku la =). Meludah pulak dia.


Jadi teori yang perlu dititikberatkan mulai hari ini, "Seorang lelaki itu adalah SANGAT tidak kacak selagi dia meludah merata-rata". Oke? Kepada lelaki di luar sana dan Mr. Gulahati as well, anda semua dilarang meludah merata-rata from now on. TAHU?





:: besar punya reminder ::



2 comments:

incek.loyer said...

tapi dah penuh air liur dlm mulut ni.

habis camna? :)

huda jamil said...

kalau penuh, telan balik. =)

xpon buang dlm belon smpy penuh.