berapa ramai dah?

Monday, August 1

puasa di zaman kanak-kanak

"puasa yang yok, pagi-pagi bukak periuk"


Puasa line-line umur sekolah rendah sangat mencabar dan penuh dengan dugaan yang selalunya berjaya membawa kanak-kanak ke arah kelaparan.


Sama lah juga pengalaman aku puasa masa kocik-kocik dulu. Mana taknya, kalau masa sekolah rendah kalau boleh semua buku ekau nak bawak. Sampai bongkok-bongkok haa badan nak bawak beg tu. Emak tak ada nya nak consider beli kan Easybag jenama SWAN yang aku sangat adore ='(


Sudahnya peluh jantan merembes keluar setiap kali pikul beg tu. Penat kemain lagi. Tapi aku masih sabar. Puasa kan mana boleh batalkan. Tapi tiba-tiba, dari ekor mata sebelah kiri terlihat kelibat budak darjah 1 (masa tu aku darjah 3) jinjing air sirap dalam plastik. Pehh.





Cepat-cepat aku pergi toilet. Tapi sebelum tu mintak lah permission dari teacher dulu. "Teacher, may I go to toilet?" dan teacher menjawab, "Yes, you can". Sesampai je kat toilet apa lagi, kumur mulut sehabis mungkin. Mak aku kata, kumur tak batal puasa sebab air tak masuk dalam tekak. Tapi kalau dah kumur berulang-ulang kali, jadahnya. Heee =D




Ahh perut aku masih lagi bunyi kriok kriok. Tapi aku pendam. Balik sekolah kebangsaan longlai dah. Mana lagi nak menapak gi sekolah agama. Tabahkan je lah hati mu wahai Huda Jamil. Allah tu suka pada orang yang sabar. emm itu ayat untuk bagi aku semangat.


Balik sekolah agama pukul 6 petang, aku tengok mak tengah sibuk dekat dapur. Aku pon menyapa emak sambil menjeling dekat lauk yang dihidang. Wahh ayam Upin Ipin (ayam goreng). Dengan muka tulus suci serta hati murni, aku capai seketul. Tak silap aku peha kot. Dandan pergi belakang rumah mentekadarah. Burrrp. Baru lah perut aku tak meronta-ronta.




Haaa nampak kan. Dugaan masa zaman kanak-kanak sangat hebat hingga kita sendiri tak dapat handle. Oke saje guna word kita, biar tak rasa bersalah sangat. Tapi sekarang tak lagi. Aku sudah boleh menepis segala anasir-anasir jahat. Yeeeha!


Kepada kawan-kawanku, puasa jangan tak puasa tau! ^^



6 comments:

AesyaZealous said...

haha berpeluh tang muke je..slmt berpuasa ;)

huda jamil said...

ehehe. nampak sangat peluh dibuat2 =)

selamat berpuasa jugak aesyazealous!

Un Phat Lee said...

yola tu boleh menepis segala anasir2 jahat.hakhak. :P

huda jamil said...

haha. sikit2 tu tergelincir jugak =P

Abu Huzaifah said...

hihi... nmpak pulak ayam goreng tu...

huda jamil said...

=)

bertahan bertahan. haha