berapa ramai dah?

Friday, July 20

gelagat bila puasa menjelma

Ya Allah rasa bersyukur sangat dipertemukan semula dengan bulan Ramadhan. Kalau dulu masa kecik-kecik mesti rasa tak suka. Betul-betul tak suka. Sebabnya bila puasa mesti tak boleh makan tak boleh minum. Tapi bila dah 22 tahun besar macam ni, perasaan tu dah lain pulak. Tak sabar!




Bila puasa masing-masing dah pasan angan-angan dah. Selain nak puasa diberkati ada juga niat lain yang telah dipasang. Contohnya aku sendiri la. Tak sabar tunggu puasa sebab dapat sikit nak diet. Mengimpikan bertubuh langsing dengan kebaya nyonya pendek di hari lebaran,memang tak boleh blah. Hakikatnya, haram jadah, makin gemuk ada lah. Biasalah time berbuka nafsu makan macam hantu. 




Lagi satu bila puasa menjelang, makcik serupa mak jemah pon pasang angan-angan iaitu mengumpul sebanyak mungkin maklumat yang PENTING dari anak-anak sedara mereka. Biasalah anak-anak dara macam kita ni kena siap sedia bila disoal macam peluru berpandu. Kerja apa? kerja dekat mana? gomen ke swasta? bila nak kahwin? bila nak tunang? Urgh. So bersiap sedia lah kita dengan jawapan yang terbaik ok ^^



Tak lupa angan-angan anak-anak kecil. Beraya di rumah sedara-mara untuk kumpul duit raya sebanyak mungkin. Tak lupa rumah jiran juga. Jiran kepada jiran kepada jiran dan juga kepada jiran. Itu sarcastic pada siapa yang tak tahu. Aku pon dah training dekat my adik untuk collect duit raya dekat rumah flat. Berbaloi. Contohnya:


1 rumah = RM 0.30
1 aras = RM 0.30 X 10 rumah
1 blok = RM 3 X 7 tingkat
Total = RM21

Kalau ada 7 blok, sehari boleh dapat berapa? 
$$$$$$$$




Angan-angan pelajar di IPTA/IPTS juga tak kurang hebatnya. Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Mesti korang nak pergi bazar kat U tu time dah nak buka kan? kan? kan? Sebabnya nak dapat free, lauk lebih dengan harga murah. Aku tahu kerana aku juga pernah bergelar student satu masa dulu. 










Angan-angan aku ada lagi. Untuk seminggu terakhir aku dan siblings aku sudah merancang untuk berjalan di luar Angsana, lebih spesifik di lorong jualan kuih raya. Dengan hanya membawa sebotol air masak, aku jamin korang boleh kenyang dengan perut yang happy :) Hanya itu impian aku.
 




Haa banyak lagi gelagat time puasa ni. Korang pulak acaner? Apa-angan-angan yang dipasang. Hehe :)  Lupa nak wish, selamat berpuasa semua!


16 comments:

mia syamilah said...

_hahahaha~
nk g bazar utm la...
nk cri ayam penyet....
ehh !! nk cte angan2 ak...
angan2 ak....
nk buke aym pnyk slme 1 bulan...
mcm kt utm dlu...
hehehe~ ^^ v

huda jamil said...

nasi ayam penyet la satu2nya makanan yg mengenyangkan dgn harga berpatutan. pastu pergi kelas sume tgn bau sambal belacan. haha

Boni Kacak said...

ok. apa2pun, selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak.. semoga ramadhan kali ini akan memberi keberkatan kepada kita semua.. amin

mia syamilah said...

_lapar aym penyet lak...
aduhhh!!!

huda jamil said...

okie boni, selamat berpuasa kepada kamu juga :)
semoga puasa kali ni memberi sejuta makna dan keberkatan#

huda jamil said...

@ila : pdn muke kau. sapa suruh ckp pasal ayam penyet tetengah hari buta ni. haha :D

♥ sitifarhana ♥ said...

hudaaa..selamat berpuasa jgkkk...nak tgok si slim ni pakai kbaya pndek raya nti okey? haha

huda jamil said...

haha, jgn ada harapan la kan nak slim. tak sempat punya atau kata lain mgkn x berjaya. hehe

muhsin.aminudin said...

dah besar ni duit dpt kurang. :(

huda jamil said...

haah. bab duit tu tak boleh nak dinafikan.

nak guane, redha itu pasrah . hehe

tirahzairi said...

xsbr nk mkn bskut raya..hehe

huda jamil said...

kan kan kan, nak kuih semprit! :D

cinta siswi said...

waa.. nk mkn tart nenas..huuu

J.Syazwana said...

diet hoi diet.
biar tampil ramping di pagi raya.
walla. hahaha

syafiqakarim said...

nafsu makan melampauuuu

huda jamil said...

@cinta siswi : wah melting pulak bila dgr tart nenas. slurpp! hehe

@j.syazwana : jgn diseru tang diet tu, entah ke mana dia menghilang. hehe

@syafiqakarim : memang sgt sgt sgt melampau!