berapa ramai dah?

Thursday, August 17

Kehidupan tahun 2017

Assalamualaikum semua :)

Tak sangka wujud lagi ye blog ni. Ingatkan dah pupus dimamah bumi. Dah lama betul tak update, ingatkan tak nak update sampai bila-bila tapi hari ni entah kenapa rasa nak update. Tahu tak ada siapa yang akan baca, but still aku nak buat kerja yang sia-sia ni. Well Huda kan. 

So, kehidupan tahun 2017. 

Terlalu banyak yang berubah jika dibanding dengan tahun-tahun sebelumnya. 

Dari segi kerja sama saja, Huda will be an Admin to the company forever and ever. Untuk aku upgrade diri aku, hmm nanti-nantilah tunggu masa yang sesuai. 

Dari segi relationship, Alhamdulillah. Akhirnya Allah temukan aku dengan Mohd Farid seorang lelaki yang entah dari mana muncul dan insyaallah akan disatukan. Tarikhnya bila? Tunggu confirm lah baru announce. Sekarang tarikh majlis kecil je dulu 16/9. Semoga dimudahkan. 

Perancangan Allah tu sempurna kan? Sejauh mana kita merancang, kalau Allah tak berkehendak tak akan selamanya kau dapat realisasikan impian kau. 

Terima kasih juga kepada masa silam yang banyak mengajar erti pahit manis kehidupan. Kepada Ayong & Ayu semoga korang juga bahagia dan disatukan ye. Aku suka tengok semua orang gembira. Dan akhirnya aku juga bertemu bahagia. 

Semoga segala apa yang kita rancangkan dimudahkan urusannya oleh Allah :)