berapa ramai dah?

Wednesday, December 29

alhamdulillah




mesti tau kan, aku nak tulis pasal ape lak malam-malam macam ni? of coz pasal bola!


ok 1st of all (ececeh macam nak berucap, blah lah mangkuk!), rase bersyukur sangat Malaysia menang. mase game tadi tangan aku yang sejuk. mcam aku ni pemain bola, atau awek pemain bola atau family pemain bola, atau kawan pemain bola, atau kawan kepada kawan pemain bola, atau... ok enough with that! the fact is aku sedare pemain bola yang main malam ni. yang korang gile-gile kan tuh. sape? semua lah. sedara seislam. sedara jugak lah kot. kalau dorang amik kira sedara seislam mau tak cukup duit $100 000 tuh. hehehe


aku happy sebab tahun 2010 berakhir dengan kegembiraan. sangat happy dan perasaan aku ni adalah tulen yang tidak boleh di photoshop sama sekali.


1st dengan result sem 5 yang sangat best. alahai, padahal orang lain ramai dapat 4 pinggan, aku ni baru terkedek-kedek nak ke 1st class. tapi tak pe. aku tahu kemampuan aku, and keputusan kali ni sungguh tak disangka! kusangkakan GPA ku 3.31 rupa-rupanya *teeeeeeeet. rase bersyukur. alhamdulillah.

jangan tertipu dengan GPA aku. ramai yang dapat 4 pinggan.


2nd dengan kejayaan harimau malaya bawak balik piala suzuki 2010. walaupun sakit tekak menjerit tak sudah tapi aku tetap menyokong Malaysia. go, go! hasil daripada sukan tadi, pengajaran yang saya perolehi adalah jangan jadi penyokong yang double muke. kalau menang puji berbakul-bakul, tapi kalau kalah kutuk tak habis-habis. silap-silap sampai mati pon kekalahan tu tetap dikenang. jangan lah am tuh ea? adat game lah. ade menang, ade kalah. yang penting bermaruah.


kebetulan pulak time malaysia dapat goal dari safee sali tadi mak aku bole jerit suruh bukak pintu. orang tengah melompat-lompat gembira mak pulak potong stim. abang aku lah ni pandai sangat. bukan malam sangat pon tadi. yang kau kunci pintu buat ape? bengong kau. tak pasal-pasal mak naik angin.


tapi tadi mase Indon on their way to get 1st goal, ade perasan tak burung hitam terbang. dandan teros dapat goal tau. benci! mungkin kebetulan atau aku ni memang seorang yang berpikiran negatif. tapi tu lah hakikatnya. mase game badminton, butterfly. ni game bola, burung pulak. lain kali suruh lah gajah tua melintas ke ape ke. baru semua orang nampak proses-proses kejahatan tuh.


the 3rd one, baru jek dapat tau kat fb. perdana menteri umum jumaat ni cuti? sempena pasukan bola sepak menang lah ni. sporting tak sporting PM kite ni. aku tak tipu tau, aku pon tau dari site ni. tak caye pergi la check sekarang. tidak boleh tidak!


ape lagi kegembiraan eak? macam tu jek. tadi ayat aku macam setiap hari kegembiraan datang kat aku. tak ah! semua tu auta jek. biasalah ayat permulaan memang kena manis dan best. cikgu bm aku yang cakap kot. tak caye sudah! :P




p/s: dah gembira, jangan lupe sembah pada yang Esa okeyh!


>>>

No comments: