berapa ramai dah?

Tuesday, July 16

komunikasi dan serius

Hari ni, 16/7/2013 baru aku faham kepentingan serius dalam berkomunnikasi. Tapi tak perlu lah kau serius 24/7. Cuma dalam waktu-waktu tertentu, keseriusan amat penting dan akan membantu kau menyampaikan mesej yang sebenar.


Serius seperti ini, grrrr!




Bukan bajet ayu seperti ini



Oh ye Zana, if you read this please take note dear!

Aku manusia paling happy pada saat ini sebab aku berjaya settle satu masalah besar gila babn yang berpunca dari ketidakseriusan dalam berbicara. Till then my friends. Selamat berbuka, bye!


Monday, July 15

pandangan mata kasar

1) Frankly speaking, aku benci duda kedai sebelah ni pandangan mata dia sangat gatal sangat miang sangat jijik sangat haram. Tapi hari tu kunci kereta aku tertinggal dlm kereta yg berkunci. Nak jadi cerita dia yang tolong aku. Moral: Tak semestinya dalam diri seorang manusia tak ada kebaikan langsung.


2) Naik bulan puasa benci dengan technician kat sini. Sebabnya makan minum sesuka hati tanpa sebab. Badan besar gagah tapi tak ada telur.


3) Rezeki dekat PJ tu agak buat hati aku berat seberat badan aku. Serius aku tak packing apa-apa padahal Isnin depan start kerja sana.


4) Benci dengan sifat suka melengahkan sesuatu. Aku juga macam tu tapi biasalah manusia keburukan orang lagi jelas terpampang dari keburukan sendiri. *ugly truth



Wednesday, July 10

resepi pop corn karamel semudah abc

Siapa suka pop corn angkat tangan angkat kaki! Aku memang suka gila popcorn sampai dulu boleh kata kalau pergi Giant mesti beli popcorn harga RM0.99, tapi sekarang dah naik harga RM1.20 kan kalau tak silap?


Sekali baca-baca resepi gila senang kacang hekeleh buat popcorn ni. Tak ada mesin pon boleh buat business kecil-kecilan rasanya. Apa pon ni resepi yang selalu aku guna:



Bahan-bahan:

1) 1 cawan jagung kernel (selalu beli kat giant satu pack RM2.20, 400g tak silap)
2) Marjerin secukupnya (lagi sedap berbanding guna butter sebab rasa masin sikit)
3) 1/2 cawan gula perang
4) 1/2 cawan gula biasa
5) 1 sudu kecil esen vanila
6) 1 sudu kecil baking powder


Cara-cara:

1) Masukkan marjerin lebih kurang 4-5 sudu dalam periuk.
2) Guna api sederhana, bila marjerin dah cair sepenuhnya masukkan jagung. pastikan permukaan jagung rata.
3) Tutup periuk dan kecilkan api.
4) Dalam peringkat 2-3 minit ni, selalu aku main mainkan api dia. Besarkan sekejap lepas tu kecikkan balik. Time api besar tu boleh dengar bunyi pop pop, lepas tu kecikkan api balik biar jagung tu tak hangus. Lepas tu besar kecik besar kecik sampai bunyi pop hilang.
5) Tutup api dan ketepikan periuk. 


Untuk karamel:

1) Cairkan marjerin secukupnya ke dalam kuali.
2) Masukkan gula perang + gula biasa ke dalam kuali. Guna api kecil hingga cair sepenuhnya.
3) Masukkan esen vanila dan baking powder.
4) Kacau sebati dan matikan api.
5) Campur gaul dengan popcorn tadi. Gaul bagi rata.
6) Anginkan popcorn bagi dia kering dan hasilnya rangup gila!


Nah ni hasilnya, tadaaa! Walau tak seindah seperti di Garret, asalkan dapat penuhkan perut dan jimatkan belanja cukuplah. 




Sila abaikan lembaga hitam itu. Selalu satu bekas ni guna satu peket jagung je, sedap dan berbaloi.




Kenkonon nak buat ala ala Garret Popcorn kan, makan lah kau sampai pengsan. Tak payah bazir berbelas belas cuma untuk popcorn. Tak berbaloi!




Sesuai untuk yang gila DIY, aku pernah buat masa kawen my kakak untuk goodies bag. Nice idea bukan? Murah tapi kau kena lah sumbang sedikit tenaga kau.




Ni aku buat untuk snack masa tengok bola. JDT kot yang main, haruslah fokus dengan makanan yang sedap eh?

Selamat mencuba kamu orang. Tak rugi tau. Till then, bye!


salam Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan diucapkan kepada semua ^^. Semoga kita berjaya memanfaatkan sebaik mungkin di bulan penuh kemuliaan ini. Jom renovate hati kita yang nampak cantik di luar tapi busuk, hitam, hanyir di dalam. 



Macam baru je sambut puasa dan raya tahun lepas, tuptup dah jumpa dengan Ramadhan semula. How time flies. Ada yang kata tanda-tanda kiamat semakin hampir ialah masa berlalu begitu pantas, bersediakah aku? 



Manfaatkan Ramadhan Huda, jangan dok layan nafsu fikir list makanan dan minuman yang perlu dibeli kat bazar tu. Kalau fikir pasal nafsu makan, memang tak akan habis sampai bebila. Tapi yang penting air katira Abu Bakar harus ada eh?

Selamat berpuasa uollls, iolls kat sini tak sabar nak tunggu buka. Till then, bye :D



Wednesday, July 3

new born: anak sedara pertama



Tanggal 2 Julai 2013, lahir seorang puteri mewakili generasi ketiga Jamil dan Juliah. Menunggu setelah hampir 5 tahun perkahwinan abang dan isteri. Kehadirannya diketahui beberapa hari selepas rumah mereka dimasuki pencuri. Rezeki Allah itu luas bukan? :')


Selamat melihat dunia sayang. Jangan kau risau dengan kekejaman dunia, tiap satu pasti ada kebaikan di belakangnya. Semoga menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibu bapanya. 


So what is your name boo, is it Kayla Sofea? K - Khairul, S - Suraya
Tak kisah apa nama awak, cikda selalu ada untuk awak kalau awak nak main masak-masak, pondok-pondok, balebi dan segalanya. 


Tak sabar nak tunggu awak besar! Till then, bye. 



Tuesday, July 2

ciri-ciri seorang martopo

Martopo adalah sejenis kumpulan yang terdiri daripada lapan orang perempuan yang mempunyai semangat assabiyah yang tinggi. Kalau boleh semua mahu dilakukan bersama berlapan selamanya. Tak kisah perangai kau macam mana janji bila bersama semua gila.


Bagaimanapun harus dibincangkan ciri-ciri martopo agar orang luar aware dengan kami aware dengan sifat semulajadi kami. Antaranya ialah:


1) Martopo ni dia tak kisah nak rosakkan tudung kau even kau macam nak gila pastikan tiada 'karipap' di sekeliling tudung. Kau lilin lah macam mana tudung kau tapi bila dah bersama dengan Martopo kau kena redha.




2) Martopo ni tak kisah dekat mana-mana mesti nak camwhore. Sanggup lari dari jauh semata nak masuk gambar. Even dekat situ ramai orang tak ada orang, yang penting kalau sorang dah keluar kamera memasing hulur kepala seboleh bolehnya nak masuk dalam frame.




3) Martopo suka mengelaskan antara ahli yang panjang dan ahli yang pendek. Contoh gambar kat bawah yang pendek dulu masuk gambar lepas tu baru yang panjang. Aku tak faham keperluannya di situ tapi itulah Martopo. Yang tak boleh tahan bila orang tu cakap dia tinggi tapi kami yang lain tak berapa setuju dengannya. Layankan jelah labu.




4) Sanggup panggil stranger semata semua nak masuk gambar. Moment katanya haruslah tebalkan muka. Bila dah suruh orang lain amikkan gambar kau kena redha muka kau macam mana untuk gambar itu di upload sebab tak kan nak suruh depa snap bebanyak kali unless depa memang your own photographer. 




5) Sanggup tinggalkan kerja yang penting semata untuk hangout bersama. Sebagai contoh Yaya, time kira OT/claim dia sanggup korbankan masa untuk kami dan akhirnya dia tersalah key in AL orang tu sebanyak 20 hari. Haa kau nampak tak risiko kawan dengan martopo? Sebab tu aku suruh beware. 


Sekian, nothing much. Tak adalah beza sangat kami ni banding dengan orang lain, tapi still nak cari geng yang satu kepala sangat sangat susah. Susah nak cari kawan yang suka kopak bibir, ketawa berbunyi seperti ong ong, setiap kali makan kuah percik kat tudung, ketawa sikit mesti nak nangis, gugur anak lepas solat, cubit kecik everytime everywhere dan kawan yang mempunyai speciality untuk amik gambar dari depan. 


Akhir sekali mari saya sertakan dengan sekeping gambar pada dua tahun lepas yang mempunyai keputihan melampau tahap dewa. Till then, bye. 




Saturday, June 29

update diri sendiri

Sekian lama aku meninggalkan dunia blog dan sekarang aku nak berpatah balik ke sini. Nak telus kat facebook memang tak boleh banyak hati kena jaga, dekat twitter pula semakin ramai di sana. Huda bongok, nak private sangat update lah personal diary kan. 


Banyak sangat yang berlaku dalam bulan 6 ni yang perlu aku kenang. Buat gaya point form sikit lah baru nampak macam teratur yedak. Bukan apa senang nak review balik apa aku merapu. 


1. First thing Alhamdulillah akhirnya setelah lebih 2 tahun aku grad dapat juga aku kerja baru dalam bidang HR. Walaupun aku tak minat sangat dengan HR ni tapi nak lah jugak kerja dalam bidang apa aku belajar dekat U, tak ada lah membazir kan. Dah lah PTPTN pun aku bayar macam haram emm. Dekat TNT aku dapat post HRD, haa kau dengan confident level parat buku lali nak handle training bagai. Satu platform yang sangat baik untuk aku increase self-esteem dalam diri. Alhamdulillah.



2. TNT ni dekat Petaling Jaya, so aku perlu cari bilik sewa dan menetap di sana. Walau happy ada juga rasa sedih tu. 23 tahun tak pernah stay luar Johor kot? So perasaan batak tu agak tebal. Tapi papepun "All is well". Misi nak cari rumah sedang berjalan, elak aku jadi gelandangan kat sana sudahlah. 

motif? anak Johor katanya.


3. Bulan 6 ni kekonon ulangtahun bersama dengan Muhai. Tak ada apa yang perlu disambut diwarwarkan cuma berharap kalau inilah jodoh kami maka permudahkanlah. 21/6 anni, 24/6 birthday dia. Tak ada benda yang aku bagi pada tarikh tersebut kecuali sebalang kuih. Ye aku memang hambar zzz.



4. Dan yang terakhir kekonon huda la ni nak diet bagai. Cuba lah kita tengok hasil dia raya nanti. Selalu memang tak pernah tercapai pun mission nak diet dari dulu lagi. Kali ni aku mengamalkan Atkins + zumba. Masalahnya sekarang cheat day aku lagi banyak dari hari diet cemana cerita?




Ok itu je lah pun update untuk hari ni. Till then, bye.


Tuesday, April 23

kata-kata boleh membunuh

Siapa yang kenal aku pasti tahu bagaimana aku. Dengan lebih tepat bagaimana mulut aku. Kata-kata tak terlepas dari sarcastic, mengutuk dan adakala tak tahu nak beza antara mulut aku dan segenggam cili padi.





Duhh.

I really hate this situation. The moment when I realized my words were so shit teruk.

Terkadang aku tak sedar kesan dari kata-kata aku. Oh Huda, kenapaaaaa :(





Benar lah bagai dikata, jangan bercakap jika tidak perlu. Ungkapan tu totally true. Sebabnya semakin banyak kita berkata-kata semakin banyak hati yang akan terasa. Semakin banyak hati terasa semakin kurang kawan di sisi semakin ramai yang membenci.


Kepada anda-anda, maaf dipinta. Mulut lagi pantas dari akal fikiran dan ini sangat membebankan. T__T



Monday, April 8

resepi muffin pisang

Aku terlalu suka dengan kek pisang. TERLALU. Sampai satu hari aku decide nak pakai kek pisang sebagai kek kahwin. Jimat dan sedap, nyums! Tapi tu harapan je la, hati je cakap nak kek pisang. Tapi mulut nak jugak merasa kek krim krim time kaweng ^^


Maka Sabtu lepas bermula pengembaraan membuat muffin pisang. Biasalah newbie di dapur, semua macam teragak-agak lagi. Tujuan up dalam blog bukan apa, cuma untuk jadi panduan diri sendiri pada masa depan. Biasalah, Melayu Huda mudah lupa.


Bahan-bahan:

250g tepung gandum
100g gula castor
50g gula perang
1 1/2 sk baking powder
1/4 sk garam
3-4 pisang (apa jenis pon boleh)
2 biji telur
100g mentega (cairkan dulu)
1/2 sk esen vanila


Cara-cara:

- Panaskan oven pada suhu 180-200 C selama 20 minit (ikut oven masing-masing)
- Gaul rata tepung, baking powder, garam, gula castor & gula perang.
- Dalam mangkuk lain, lenyek kan pisang. Masukkan mentega, telur dan esen vanila. Kacau guna whisk bagi sebati.
- Campur adunan pisang ke dalam campuran tepung tadi. Kacau guna senduk kayu. Tak perlu kacau lebih-lebih. Asal campuran sebati dah memadai
- Tuang adunan dalam muffin cup sebanyak 3/4 penuh. 
- Bakar selama 25 min dan keluarkan dari oven
- Rehatkan selama 5 minit dan ready untuk di ngapp!





Panduan:

- Masa campur adunan basah ke adunan kering, kacau lebih kurang 5-6 kali je. Sebab kalau sebati sangat tak jadi muffin yang gebu merekah dah, sebaliknya jadi bantat.
- Gula kurangkan sikit kot sebab rasa pisang dah agak manis
- Perlu letak pewarna sedikit, sebab 1st try warna agak pucat
- Hiasan kat atas muffin tu ikut sedap rasa, nak letak choc chips, choc rice, hirisan badam & pisang. Terpulang pada perut masing-masing.





Thursday, April 4

cara buat famous amos

Assalamualaikum. Hai cik adik hai cik abang, bersua kita kembali. Ni entri ke tiga untuk tahun 2013. Progress yang agak slow. Ibarat mengharap berat badan turun tapi dok taram makan mcD, KFC, bubur Sentosa & kepak madu dan seterusnya bersedih akan nafsu itu :(

Aku mengaku aku memang pesen yang malas masak, harap mak mertua pak mertua tak tahu aku ada blog picisan ni. Tapi aku suka baking ^^ Kira boleh buat topup topup kelemahan diri sendiri. 


Aku nak kongsi cara nak buat biskut yang ala ala famous amos yang aku buat sabtu lepas. Lupa pulaks nak salin dari blog mana. 


Bahan-bahan:

- 1 biji telur rebus (dilenyek sehingga halus)
- 200 gm tepung gandum
- 125 gm mentega (potong kecil kecil)
- 1 sudu baking powder
- 50 gm gula kaster
- 50gm gula perang
- 1 sudu teh esen vanila
- 150 gm chip coklat


Cara-cara:

1. Sebelum buat apa apa panaskan oven 180C.
2. Campur semua bahan di atas. Tak payah mengada guna machine, tangan kita masih mampu menguli dengan kemas :P
3. Tambah chip coklat dan gaul rata. Kalau suka banyak coklat, sila tambah. Jika tidak sila kurangkan.
4. Ambil sedikit adunan dan buat saiz bulat yang agak selesa di mata anda. Tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil.
5. Tekan sedikit menggunakan garpu ( nak nampak cantik)
6. Susun atas dulang yang dah disapu dengan butter.
7. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 180C. (ikut keadaan oven masing masing)
8. Dah masak, sila tunggu sejuk baru ngap :)


Tadaaaa...


Peringatan bahaya : Kalau coklat chip nak letak buuanyaakk, gula kurangkan sikit. Kalau tak potong kaki jawabnya.

Proportion kat atas ni hanya sesuai untuk ibu anak dua. Kalau adik badek ramai, sila double triple kan sukatan. Kalau gaduh alamatnya kuih ke mana telur rebus ke mana.


Yang bestnya bila guna telur rebus, kukis akan jadi lebih lembut tapi rangup. Haa nak tau cane, sila lah mengukis ye kawan-kawan. Sesuai untuk emak abah yang berpolident di luar sana :)


Monday, March 4

050313




050313


Genap 23 tahun aku menapak di bumi kepunyaan di atas. Masih banyak perlu aku lalui, masih banyak perlu aku pelajari untuk teruskan hidup. Hei, 23 tahun dah cukup besar + matang untuk buat keputusan sendiri. Tak suka bila dah ada komitmen dekat diri sendiri.


Walau aku ulang beribu kali berjuta kali, umur akan terus meningkat. Masa akan terus berjalan. Nak tak nak aku kena perbaiki diri aku. Harap masih ada sinar di mana-mana untuk aku meneruskan kehidupan yang lebih baik. 


Semoga tahun yang mendatang memberi pelbagai perkara positif. Semoga segala urusan dipermudah dengan hendaknya. Semoga keazaman dan kekentalan untuk kurangkan berat badan berjalan dengan jayanya. Semoga plan raya tahun depan menjadi dengan keredhaannya. Semoga aku berjaya menjadikan diri ini orang yang berguna. 


p/s: cuba tengok post kat bawah. ahli kumpulan Martopo dah pregnant. congrats to her ^^



Thursday, February 21

tahun baru umur baru

Dah dua bulan blog ditinggalkan. Nak dibuang sayang, nak menulis seringkali kecundang. Makanya terhasil blog seperti mayat yang tidak diundang ini. 


Jadi sepanjang dua bulan aku tidak menulis, hari ini akan aku compile segala-galanya. Hang nak baca hang baca, jangan muntah darah muntah hijau sudahlah. Eh ada ke orang nak baca. Boo sebaldi untuk kau Huda -.-"


Kita mula dengan peristiwa bulan 1, perkahwinan salah seorang anggota PEKIDA MARTOPO iaitu asmyda. Seorang yang cantik, kecil, halus tapi sayang. Dianugerahkan dengan kebolehan mencubit kecil. Itu disaster tahu, disaster. Nah gambar anak-anak ayam sekalian:



part cium dahi tu cium dahi. time aku nanti nak suruh cium tengkuk lah dalam masjid. boleh?

Yang kawen tu diri belakang tengah-tengah. Tapi kelihatan kesemua anggota Pekida melaram seperti semua pengantin


Secara tak langsung inilah mini reunion kami. Eh ditemukan dengan kawan-kawan gila tahap mental bukan senang. Ternyata dah dua tahun kerja perangai tetap sama. Bravo kawan!


Seterusnya event di bulan 2. Kawan office kawen, jodoh dari jauh Johor-Kelantan. Ternyata ia bukan satu halangan.

Ex officemate kawen. Ni kisah lagi best. Tak tahu bile nak kawen tiba-tiba kawen. Eh sila lah paham apa aku tulis.

Semoga berbahagia wahai sahabat yang dah kahwin & bertunang. Yang baru rancang pun tahniah. Eh semua lah tahniah.


Seterusnya, berkaitan dengan luaskan kuasamu. Bangganya jadi rakyat Johor, tak boleh nak diluah dengan kata-kata. Ye nama saya huda, saya berasal dari Majidi, JB. Wajib mention!


Sang adik pandai membodek kakaknya. Mula-mula nak mafla, aku beli. Nak tiket eh beli jugak. Nak sticker, tak boleh jadi aku pun nak jugak. Maka terhasil la minggu paling patriotik dalam diri kami. Balik tengok bola kol 12, abah suruh basuh tatu dekat muka. Malaikat tak masuk rumah katanya. 


Itu je lah pon apa yang berlaku within two months ni. Sikit kan aktiviti, sebab kite ni anak emak. Lebih banyak habiskan qualiti masa dekat rumah. Dan itu awesome, blergh.


Sekian,
anak emah a.k.a Puan Juliah.