berapa ramai dah?

Thursday, April 4

cara buat famous amos

Assalamualaikum. Hai cik adik hai cik abang, bersua kita kembali. Ni entri ke tiga untuk tahun 2013. Progress yang agak slow. Ibarat mengharap berat badan turun tapi dok taram makan mcD, KFC, bubur Sentosa & kepak madu dan seterusnya bersedih akan nafsu itu :(

Aku mengaku aku memang pesen yang malas masak, harap mak mertua pak mertua tak tahu aku ada blog picisan ni. Tapi aku suka baking ^^ Kira boleh buat topup topup kelemahan diri sendiri. 


Aku nak kongsi cara nak buat biskut yang ala ala famous amos yang aku buat sabtu lepas. Lupa pulaks nak salin dari blog mana. 


Bahan-bahan:

- 1 biji telur rebus (dilenyek sehingga halus)
- 200 gm tepung gandum
- 125 gm mentega (potong kecil kecil)
- 1 sudu baking powder
- 50 gm gula kaster
- 50gm gula perang
- 1 sudu teh esen vanila
- 150 gm chip coklat


Cara-cara:

1. Sebelum buat apa apa panaskan oven 180C.
2. Campur semua bahan di atas. Tak payah mengada guna machine, tangan kita masih mampu menguli dengan kemas :P
3. Tambah chip coklat dan gaul rata. Kalau suka banyak coklat, sila tambah. Jika tidak sila kurangkan.
4. Ambil sedikit adunan dan buat saiz bulat yang agak selesa di mata anda. Tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil.
5. Tekan sedikit menggunakan garpu ( nak nampak cantik)
6. Susun atas dulang yang dah disapu dengan butter.
7. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 180C. (ikut keadaan oven masing masing)
8. Dah masak, sila tunggu sejuk baru ngap :)


Tadaaaa...


Peringatan bahaya : Kalau coklat chip nak letak buuanyaakk, gula kurangkan sikit. Kalau tak potong kaki jawabnya.

Proportion kat atas ni hanya sesuai untuk ibu anak dua. Kalau adik badek ramai, sila double triple kan sukatan. Kalau gaduh alamatnya kuih ke mana telur rebus ke mana.


Yang bestnya bila guna telur rebus, kukis akan jadi lebih lembut tapi rangup. Haa nak tau cane, sila lah mengukis ye kawan-kawan. Sesuai untuk emak abah yang berpolident di luar sana :)


No comments: