berapa ramai dah?

Tuesday, July 2

ciri-ciri seorang martopo

Martopo adalah sejenis kumpulan yang terdiri daripada lapan orang perempuan yang mempunyai semangat assabiyah yang tinggi. Kalau boleh semua mahu dilakukan bersama berlapan selamanya. Tak kisah perangai kau macam mana janji bila bersama semua gila.


Bagaimanapun harus dibincangkan ciri-ciri martopo agar orang luar aware dengan kami aware dengan sifat semulajadi kami. Antaranya ialah:


1) Martopo ni dia tak kisah nak rosakkan tudung kau even kau macam nak gila pastikan tiada 'karipap' di sekeliling tudung. Kau lilin lah macam mana tudung kau tapi bila dah bersama dengan Martopo kau kena redha.




2) Martopo ni tak kisah dekat mana-mana mesti nak camwhore. Sanggup lari dari jauh semata nak masuk gambar. Even dekat situ ramai orang tak ada orang, yang penting kalau sorang dah keluar kamera memasing hulur kepala seboleh bolehnya nak masuk dalam frame.




3) Martopo suka mengelaskan antara ahli yang panjang dan ahli yang pendek. Contoh gambar kat bawah yang pendek dulu masuk gambar lepas tu baru yang panjang. Aku tak faham keperluannya di situ tapi itulah Martopo. Yang tak boleh tahan bila orang tu cakap dia tinggi tapi kami yang lain tak berapa setuju dengannya. Layankan jelah labu.




4) Sanggup panggil stranger semata semua nak masuk gambar. Moment katanya haruslah tebalkan muka. Bila dah suruh orang lain amikkan gambar kau kena redha muka kau macam mana untuk gambar itu di upload sebab tak kan nak suruh depa snap bebanyak kali unless depa memang your own photographer. 




5) Sanggup tinggalkan kerja yang penting semata untuk hangout bersama. Sebagai contoh Yaya, time kira OT/claim dia sanggup korbankan masa untuk kami dan akhirnya dia tersalah key in AL orang tu sebanyak 20 hari. Haa kau nampak tak risiko kawan dengan martopo? Sebab tu aku suruh beware. 


Sekian, nothing much. Tak adalah beza sangat kami ni banding dengan orang lain, tapi still nak cari geng yang satu kepala sangat sangat susah. Susah nak cari kawan yang suka kopak bibir, ketawa berbunyi seperti ong ong, setiap kali makan kuah percik kat tudung, ketawa sikit mesti nak nangis, gugur anak lepas solat, cubit kecik everytime everywhere dan kawan yang mempunyai speciality untuk amik gambar dari depan. 


Akhir sekali mari saya sertakan dengan sekeping gambar pada dua tahun lepas yang mempunyai keputihan melampau tahap dewa. Till then, bye. 




2 comments:

mia syamilah said...

_sedey huda ak bce pOst kO...huhuhuhu~

huda jamil said...

ILA! tak sangka kau masuk dalam blog aku. dah lama kita nak mengarut kan dalam blog huhu.