berapa ramai dah?

Thursday, September 13

trip martopo : langkawi


Hello enibadi home? Helloo. Laungan dikuatkan maka timbul bunyi gema sebanyak tiga kali, "Hello, helloo, hellooo". Terdengar bunyi sang cengkerik, "Krikk, krikkk".

Oh macam tu la keadaan usang blog ni. Dah tak ada hati nak update. Kemalasan tu seakan beranak pinak dengan cepatnya. Nak delete blog sendiri sayang, maka jadi lah entry yang berbasa-basi ni.

Straight to the point, saje nak post entry berkaitan dengan trip kami, Martopo ke Langkawi. Korang tahu macam mana perasaan holiday dengan bff sejak dari uni dulu. Perasaan dia sangat sangat sangat awesome wei! Di sebalik awesome tu terselit rasa jakun sebab tak pernah pergi jauh2 dengan kawan-kawan sejak dari kecik lagi. Anak manja mungkin -.-"

Nah aku sajikan dengan gambar-gambar yang bukan datang dari DSLR tapi hanyalah dari kamera Fujifilm yang sedang menunggu tarikh luput.


sebelum buat apa-apa, penuhkan keinginan perut terlebih dahulu



kami group A di airport. group B bertolak 5 jam kemudian. rasa macam kena cerai talak 1 bila pisah-pisah cenggini. From left As, myself, Sazni



jangankan muka, kaki pon nak inteprem jugak. =) eh ni before naik flight




tadaaa! alhamdulillah we were here! teruja, nak menangis sambil peluk pilot pon ada. tapi kenapa perlu pilot -.-"




kepada group B, kami dah sampai. anda bila lagi? From left: Zana, Dana, Yaya, Dyan



turun-turun je masing-masing dah ingat tanggungjawab sendiri: booking kereta 2 hari untuk 7 orang. kalau boleh mintak murah-murah sangat dan of course priority diberikan utk kete auto. girls rule huh? 0_o



Settle bab kereta, kita terus ke Chenang resthouse. Oh pasir, laut, awan semuanya indah. Lupa habis stress kerja yang menimbun.




Sesampai je kat Langkawi, perut sekali lagi memanggil untuk diisi. Tapi servis yang diberikan agak low. Walaupun tempat perlancongan, Langkawi masih menghadapi masalah yang simple iaitu order setengah jam kemudian baru sampai walaupun tak ada sebutir customer pon pada petang itu. Weird.




 Lepas makan, salin baju, solat, gedebush gedebush terus gi pantai. Maka terhasil lah seni dari Asmyda sementara nak menghabiskan masa. Yeah it's all about us. Martopo ^^



Tukang amik gambar ni abang pulau yang kulit dia gelap gelap gila. Memang rentung habis lah. Tak pe bang, kulit rentung tak pe, janji hati putih kan. ;)




Masa yang ditunggu-tunggu. Kehadiran mereka. Oh baru rasa complete cenggini. Gambar kat atas terjadi apabila dua roomate yang lama sudah tidak berjumpa. Gilos!






Yeah happy dapat jumpa, dapat gosip, dengar cerita, gelak sana gelak sini. Already miss that moment ='(



Sebelah malam again, makan dan makan setelah penat meneman mak jemah sekalian mencari selipar yang murah tetapi cantik. Standard nak demand. :P



Malam tu kami tidur macam sardin, siap kena mengiring lagi semata-mata untuk minimize space yang sedia kecik. Mahu Alzheimer tangan sebab tak tahu nak letak dekat mana bagi selesa. Jam baru tunjuk pukul 10. Mustahil bagi ibu-ibu ayam seperti zana, huda dan yaya untuk tidur awal. Bising tak tentu hala sehingga kena sound dengan kakak kawasan a.k.a sazni. mahu kecut tali pusat gua time tu. Pheww.




Esok pagi siap bangun pagi-pagi sebab nak kena pergi Island Hopping. Pukul 9 dok terpacak tepi jalan sambil tunggu van datang pick up.



Time naik bot rasa seperti naik kuda. Nasib tiada aksi Gangnam Style yang terhasil. Gambar ni diambil oleh seorang mamat Singaporean yang sangat wow di Pulau Beras Basah. 



Souvenir dari Island Hopping. Rupanya pakcik tu amik gambar untuk print kat pinggan ni. Ingatkan nak tunjuk kat anak laki depa bakal-bakal menantu yang comel lote ni. Huu melepas~


Belah petang pulak sewa basikal dengan niat untuk pusing satu pulau Langkawi. Entah ke mana hilang niat tu, lepas satu round semua kepenatan. Sewa tak agak sampai 5 jam jemah oi.



Esok paginya, siap-siap sarapan dekat kedai abang separuh wanita lantas menderu ke Gunung Mat Cincang, pengalaman sungguh naik Cable Car. Tak ada lah takut mana rupanya.


bukti saya di puncak. Siap mata tak boleh bukak dek sinaran matahari. Pergh ayat~




Padtu gi mana eh. Mungkin pergi Telaga Air Hangat. Air dia memang betul suam-suam, rasa macam nak rendam kaki. Tapi banyak pula tumbuhan hijau yang agak euww euww kat dalam tu.


Seterusnya di sini. Harapan pemandangan indah ingat kan boleh nampak the whole Langkawi. Rupa-rupanya semata-mata airport. Hanya boleh nampak kapal terbang mendarat, terbang. Last-last aku tengok muka dia, dia tengok muka aku.





Malamnya, setelah penat kami ber'banana boat' dengan abang pulau yang pendengki, kami makan besar. Thanks to Dana and Zana. Semoga rezeki kamu bertambah-tambah ye. Oh ya, cite pasal banana boat teringat Zana. Pengalaman manis sungguh Haha :D


Hari Isnin, masa untuk shopping minyak gamat, kain batik, kain pelekat, chocolate. Masing-masing sibuk dok beli present untuk parents sendiri, parents in law. Perlaburan yang tak sia-sia untuk masa depan kan. Btw, masa ni dekat Beras Terbakar.



Asal gambar pecah :( Sebab tak nak bagi nampak riak sebab shopping banyak lebih budget mungkin. Yang plastik biru tu Shopping dekat Idaman Suri. Pinggan, mangkuk, kuali semua ada dan dijamin murah GILA.



Tak Langkawi lah tu selagi tak amik gambar dekat bawah naungan sang helang walaupun panas time tu memang tahap microwave.



Opps satu kejadian. Dyan kena alahan. Habis satu badan kena gatal-gatal. Dandan pergi klinik mintak injection. Jadi tak kira gembira macam mana pon, pasti ada duka.  Harap-harap Dyan dapat claim la tu dengan company dia :P



Awana Parto Malai. Hotel yang sangat popular di kalangan artis. Yeke? Sebab aku baru tau hari tu. Oh noob Huda. 




Sebelah malam, kami duduk tepi pantai sambil berteman air laut dan angin yang nyaman. Tujuan kek simbolik sebagai sambut 4 tahun ulangtahun persahabatan kami. Kalau tak masuk UTM memang tak kawan lah kita kan :( Ni yang rasa nak nyanyi lagu UTM sambil tangan kanan kat bahu ni!



Finally, hari yang kami tak nak tunggu tapi terpaksa hadapi juga, perpisahan. Sedih meh, bila dah hangout macam lupa daratan last-last kena balik duduk office menghadap kerja yang sama setiap hari. Senang kata working life sangat Errrrr -.-"






Conclusionnya, trip kali ni memang best! Tak kisah trip mana pon as long kami berlapan itu dah lebih dari cukup. Thanks Martopo for being my friends. After ni kumpul duit untuk gi Sabah pulak. Harap semua ada siap pakej dengan Lantoya sekali. Who knows kan time tu ada yang dah ada baby. Kan as kan? Kan Dyan kan? Kan Zana kan? =D




Sekian, terima kasih.

Huda Jamil,
Penulis tak berbayar.




2 comments:

mia syamilah said...

_aah kn huda....bby dOrg...pas 2..kO jge ea...hehe~

huda jamil said...

haha, xpasal aku yg kena jaga. aku nye baby sape nak jage. kau? hehe