berapa ramai dah?

Wednesday, September 5

isu kahwin


Bila umur menginjak ke angka 23, masing-masing dah sibuk dengan plan masing-masing. Ada yang ingin bertunang, apatah lagi berkahwin. Sana sini dok post kat fb tarikh keramat mereka sedangkan aku. Ye aku. Masih tidak tahu hala tuju sebenar.





Bila berbicara tentang tunang dan kahwin, ianya seakan menjadi isu yang mudah dan boleh diselesaikan dengan hanya memetik jari sahaja. Perbualan di alam maya membangkitkan lagi imaginasi dan keinginan untuk melangkah ke alam itu.

Tapi, isu itu tidak semudah yang disangka. Banyak perkara yang perlu diselesaikan untuk memulakan hidup baru. Terima kasih berbilion kepada Martopo kerana menyedarkan aku. Aku hanyut terlalu jauh untuk mengimipikan sebuah perkahwinan.

Tolak isu persefahaman, pandai mengambil hati kerana itu wajib ada. Antara isu yang perlu dikupas atau dalam bahasa sarkastik yang perlu ada dalam otak setiap individu yang hendak berkahwin ialah:





1) Agama - Yang aku tahu agama kena kuat. Jangan fikir kahwin hanya untuk bersedap-sedapan. 

2) Duit - memang betul duit bukan segala-galanya. Tapi sekarang segala-galanya memerlukan duit. So, start saving now Huda.

3) Kereta - Bagi aku kereta merupakan item yang penting. Tak perlu nak susahkan hidup orang lain jika kita mampu memilikinya. Tak semestinya perlu yang baru, 2nd pun ok sekadar untuk tahap menstabilkan hidup.

4) Rumah -  Nak bina hubungan dah tentu kena ada rumah. Kalau kerja jauh dari kampung halaman for sure perlu rumah sewa. Tapi sampai bila boleh bertahan dengan sewa? Dalam tempoh yang singkat mungkin boleh di considerkan lagi.

5) Kerja - Tak perlu nak paksa diri untuk kerja yang kita tak mampu nak buat. Just stay with it. But kalau ada offer yang lagi bagus dan cerah untuk masa depan why not kita mencuba? 

6) Lokasi - Nak bina hidup dekat mana? Kehidupan yang low cost? High cost? Bergantung kepada tahap kegagahan wang untuk memilih lokasi itu.

7) Skill - Bagi pasangan, jangan fikir sedap saja. Yang lelaki kena pandai menjadi imam, dan boleh bawa keluarga ke arah jalan yang benar. Yang perempuan pula, jangan menggedik tak tentu hala. Belajar memasak, membasuh dan mengemas.



Itu sudah cukup membuat aku terbelit urat kepala tatkala memikir bila waktu yang sesuai untuk kami.

No comments: