berapa ramai dah?

Saturday, September 15

bawal vs selendang

Holla bercerita pasal tudung, aku hanya nak bincang mengenai tudung bawal dan selendang.


BAWAL
:

 

Tudung bawal bertone-tone ni sangat cantik


- Dari aku kecik lagi aku dah dihidangkan dengan tudung bawal versi mak nenek untuk pergi ngaji. You know time tu, pakai tudung ikat belakang dan tali kiri kanan gentel-gentel ikat kat atas kepala macam kain kapan. Just felt awesome with that trend during my childhood oke.


- Bila dah besar sikit, masuk asrama maka berbondong-bondong tudung bawal jenis yang murah beli sepuluh hinggit dapat dua. Masa tu mana wujud lagi selendang, pakai tudung bawal tu pon pesen butang bawah style budak asrama.


- Start remaja, pandai dah rembat tudung kakak aku yang dia kirim dari kawan dia dekat kelantan nun. Bawal no. 1 yang lembut siap manik hujung tudung buat diri begitu berharga time pakai. 




SELENDANG
:



Kalau tak dua tiga kali belit bukan selendang la namanya


- Akan tetapi start masuk Uni, mula mengada-ngada nak try selendang. Berbelit sana berbelit sini. Fashion kan, mestilah terikut-ikut. Oh rasa macam menjadi seorang perempuan yang sangat cantik dan digilai bila pakai camtu.

- Time kerja la ni pon sama, lebih prefer selendang dari tudung bawal sebab kemalasan untuk bangun pagi dan menggosok tudung bawal sangat menjadi-jadi dan tak dapat dibendung lagi.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Dari hari ke hari, bulan ke bulan sang gulahati keep on cakap pakai bawal lagi simple tak nampak meriah sangat. Lagi pulak muncul tudung-tudung bawal terkini yang sangat pandai tarik keinginan untuk keluarkan duit membuat aku berubah hati. Sighh -.-"


Maka pada hari ini, aku berjanji dengan sepenuh hati, aku akan start balik pakai tudung bawal. Aku rela bangun pagi pagi gosok tudung dari pakai selendang toleh kiri dan kanan seperti robot dan setiap masa tangan kena merayap di sekeliling selendang untuk memastikan kesemua jarum peniti berada di tempat masing-masing. Lagipon kalau pakai bawal aku nampak agak
comel selesa =) 



Conclusion, bawal WIN!!!


5 comments:

mia syamilah said...

_ak pOn da bawal je pkai g kje...mls da nk belit2...lgpOn..kje ak nie bkn dOk Opis semate2....

huda jamil said...

kena kalau pakai selendang, stock sampai. tak banjir leher kau kalau nak mengangkat tu. hehe

♥ sitifarhana ♥ said...

prefer bawal..sebab kalau aku pakai slendang, sejam kemudian, butang kat leher beralih arah ke telinga..sadis rasanya..ahaa

huda jamil said...

tang butang berpindah randah tu aku setuju sangat!

Archeen said...

jom like page fb HIJAB WHOLESALES..kami menjual pelbagai koleksi selendang half moon,selendang satin, selendang chiffon skirt maxi dan palazzo.. custom made warna, ukuran dan bentuk juga disediakan..bole beli helai2 atau borong murah2..<3
http://www.facebook.com/HijabWholesales