berapa ramai dah?

Tuesday, February 7

teka teki teka tekuk


Zaman lampau sangat indah untuk dikenang bukan? Siapa yang hidup dengan hingus meleleh sampai ke mulut dan keluarkan lidah untuk menjilatnya pada tahun 90-an sila kembangkan hidung sekarang!


Siapa yang tak kembang hidung tu maksudnya anda terlalu muda dan juga boleh digelar berusia. Haha :D Dah-dah. Aku suka lari topic, jadi back to the right track, korang ingat lagi tak teka teki zaman kita dolu-dolu. Selagi cikgu tak masuk selagi tu berteka-teki dengan kawan. Habis penuh buku nota dengan lukisan Gred E korang kan.


Meh sini aku ingatkan balik, otak-otak hang yang dah rusting ni.



* * * * * * * * * * * * * *


(1) Sebelah kiri rumah Ali, sebelah kanan rumah Abu. Cuba cari mana berus gigi?

Ans: Dekat rumput. Rumput = berus, jalan= pemegang


(2) Apa nama lelaki yang terdapat dalam tubuh badan seorang wanita. Tak kisah lah perempuan tu cantik ke huduh ke. Cer teka cer teka.
Ans: Rahim


(3) Kotak apa yang tak boleh nak dingkat walau dengan apa cara sekalipun.
Ans: Kotak penalti


(4) Perginya terbang, baliknya berenang.
Ans: Joran pancing ikan.


(5) Kalau gajah naik kereta, manusia naik apa.
Ans: Naik heran la der.


(6) Hujan turun superman pon datang.
Ans: Hingus. Hujan tu hingus. Superman tu tangan. Sepantas kilat nak mengelap.


(7)
Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Ans: Donut. Keria pon boleh juga.


(8) Yang ni tragis. Masa dia hidup, kita nyanyi. Bila dia mati, kita tepuk tangan.
Ans: Lilin cake Happy Birthday


(9) Bila kita masukkan, dia tegang. Bila kita keluarkan, terus kendur.
Ans: Stokin


(10) Benda apa yang bila dicuci dia hitam, bila kototr dia putih?
Ans: Papan hitam.



Dah tu je la. Malas la nak taip bebanyak. Btw, aku suka main teka teki dengan budak noob. Berusaha nak cari jawapan tai sentiasa salah. Aku berbulu dengan orang yang sentiasa tahu the correct answer bila aku bagi soalan. Macam kena tikam belakang je rasa.




6 comments:

Mira Maisara said...

suke soklan no 1.. mase kecik2 suka sgt wat uma cm tu then nama rumah tu mesti "ali" tak pon "abu"


*wahaha*

J.Syazwana said...

hahaha. suke semua teka teki. tadi sangat stress. baca teka teki ni semua hilang sikit stress. thanks :')

huda jamil said...

haah. betul2. kalau ade tiga rumah mesti guna ali, abu, atan. haha

huda jamil said...

most wc dear. awat stress2 ni. xmoh2. :)

Lynn Damya said...

hahaha best giler ! alah rindunya~~~ zaman2 kite dulu ye...nk ikutkan banyakkk lagi kan, hihik (n_n) bestnye !!!
lawak betul, hihi

huda jamil said...

haah kalau nak ikut mmg byk lagi. tk menyempat nak insert sume. hehe