berapa ramai dah?

Wednesday, December 28

wordless wednesday #

Ini favourite saya. Yummy yummy :D !!!










Kesimpulannya, malam-malam cenggini kempunan pulak. Haihhh -.-


Tuesday, December 27

Adakah azam 2011 sudah tercapai?



Bila bosan dekat office dok belek-belek kalendar baru perasan sesuatu. Oh hey, tinggal 4 hari je untuk tamat tahun 2011. Sumpah, rasa sangat sekejap. Pejam celik pejam celik dah sampai penghujung tahun dah.


Persoalannya dekat sini, adakah azam 2011 korang dah tercapai? Jangan kan korang, aku harus tanya pada diri aku sendiri. Aku pon hampir-hampir lupa apa azam yang aku dah buat. Hahaha. Sangat tak guna bukan? Tapi aku beruntung sebab aku ada post dekat belog pasal azam aku *boleh nampak kegunaan blog kat sini. Kalau nak tau apa azam aku sila rajinkan diri ke entry INI dan INI =)





Secara keseluruhannya, aku masih belum dapat tunaikan azam tahun 2011 dengan sempurna. So jangan nak berangan sangat lah nak topup azam untuk tahun depan :P


Jadi azam untuk tahun ni perlu diteruskan dan dianjak ke tahun depan iaitu:

# Dapatkan kerja yang bagus-bagus dan akhirnya dapat bantu family dan adik-adik.

# Sila perbaiki diri sendiri untuk menjadi someone yang lebih better dari sebelumnya.

# Kumpul duit untuk kahwin (lambat lagi), beli kereta dan rumah. Walaupun tahun bakal berubah tapi nafsu ke arah Vios TRD Pink langsung tidak berubah :) I want u sayang!!! (dalam mimpi je lah yang mampu)




Okie, bagaimana pula dengan azam kome? Sudah tercapai atau belum? Sudah terlaksana dengan sempurna? Ehehi :')



Sunday, December 25

wanita dan air mata


Wanita dan air mata memang tak dapat nak dipisahkan. Sekeras-keras wanita itu pasti air mata akan menjadi peneman di kala sedih. *Amacam? Ayat boleh lawan penulis novel tak? Haha :P


Bagi aku, air mata memang dah sebati dengan diri aku. Cemeng, gembeng, sensitif dah selalu aku dengar dari mulut orang bila aku menangis. Weird. Aku boleh dianggap sebagai seorang yang ganas tapi masih terjerumus dalam kancah air mata.


Kadang-kadang benda yang tak sepatutnya aku nangis, aku akan nangis. Murah betul air mata aku. Kalaulah setitik air mata yang keluar kena bayar, memang konfem aku tak akan nangis since aku seorang yang KEDEKUT kan.


Contoh situasi yang membuatkan paras air di Johor berada di paras bahaya dek kerana air mata aku ialah bila tengok cerita melibatkan unsur kekeluargaan, persahabatan, perhubungan. Fuhh. Bengkak mata kalau layan air mata ni. Lagi satu peserta Masterchef terkeluar pon aku menangis. Haiyaa -.-"


Pada saat dan ketika ini, aku rasa tersangat sedih. Macam mati laki pon ada. Aku rasa down and aku selalu kata aku seorang yang Loser. But kenapa aku rasa down itu adalah rahsia. Please someone nasihat aku yang degil ni. Tak habis-habis merendah diri. Tau lah tinggi memang setakat 153 cm je.





Friday, December 23

kedekut itu perlu


Siapa kata manusia yang kedekut adalah manusia yang paling tak berguna dekat dunia ni. Kalau ada sila angkat kaki sekarang? Meh sini aku jotos kepala hangpa sorang-sorang. Mood terasa okeyh -.-


Kalau dulu masa belajar dekat u, langsung tak hirau pasal duit. Belanja segala apa yang kau suka. Bila duit dah agak-agak kering tak perlu risau. What you need is only TELEPHONE. Dan tak lupa juga kredit. Just call atau bagi SMS je senang mintak duit dekat mak, abah, kakak dan abang. Alasan kena bagi yang mantap-mantap beb. Baru lah orang kesian. Yuran naik lah, kena beli buku lah. Aku pernah buat semua tu kot. Haha


Tapi tapi tapi bila dah kerja gini, SUMPAH aku jadi sangat kedekut secara tiba-tiba. Aku pon tak tahu sebab apa. Tapi aku dapat rasa cari duit tu susah (tapi tak susah sangat since sempat on9). Tu lah the main reason kenapa aku boleh jadi kedekut.


kalau atm aku boleh peluk gini, lame dah aku buat -.-



Bagi aku kedekut tu tak salah malah boleh buat kita berjimat apa. Tapi jangan lah sampai duit gaji kau tak hulur-hulur sikit dekat orang tua. Jangan lah gitu. Kesian dorang. Walaupun dorang tak mintak tapi kita tahu kan tanggungjawab kita :)


Since korang dah tau aku ni dah mula berjinak dengan sifat kedekut, jangan lah mintak titew belanjew kew apew kew
(macam hagham). Hahaha. Motif? Eah kejap. itu gurau lah. Jangan seriyes sangat :P


Siapa-siapa yang dah kerja tu, korang ada tak rasa macam ni?




Wednesday, December 21

Ragam manusia apabila bermimpi

Topik hari ni berkaitan dengan mimpi. Aku pasti konfem dan sure mesti semua orang pernah mimpi kan? Tak selalu mimpi pon kadang-kadang mesti ada jugak.


Bagi aku sendiri, selama 21 tahun, dah macam-macam mimpi aku pernah alami. Kau orang nak mimpi yang mana satu? Sedih? Gembira? Marah? atau 18sx? Huu. Yang last tu no komen. Macam tak pernah je -.-


Meh sini korang bandingkan mimpi aku dengan korang punya. Ada tak yang sama.



Mimpi sedih
# Aku pernah mimpi gaduh with my abang sampai baling-baling pisau, gunting since tempat kejadian macam dekat kantin asrama. Sedar tak sedar aku menangis dalam mimpi tu and bila aku bangun air mata aku mengalir jugak secara realitinya . Siap sound effect lagi. Aku tau pon sebab kawan aku tanya macam ni, "Eah kau ada dengar orang nangis teresak-esak tak tadi?"


Mimpi gembira
# Ahh mimpi ni dah biasa sangat. Kita dok tersenyum sorang-sorang walhal dalam masa yang sama kita tidur. Weird kan?


Mimpi terjatuh
# Mimpi jenis ni paling tak boleh belah. Dalam mimpi tu kau selalunya akan berdepan dengan tangga yang tak rata, platform yang agak tinggi dan sebagainya. Then bila part nak terjatuh tu, kaki kau dengan segeranya akan refleks dengan apa yang terjadi dalam mimpi tu. Hasilnya, kaki terangkat lah, macam nak tendang pon ada jugak.


Mimpi kencing
# Aku tak sure korang pernah ke tak mimpi macam ni. Tapi aku secara jujurnya (aicehh -.-) pernah mimpi macam ni. Suasana dalam mimpi aku with my friends pergi laut. Once kami tengah mandi-manda dalam laut tu, aku rasa nak terkencing. Then aku decide untuk kencing je la since aku ada dalam laut kan. Tiba-tiba aku terjaga bila tilam aku basah. Demmmm.


Mimpi berjalan
# Ini mengigau ni.Tiba-tiba aku baguun tidur aku terus amik towel untuk mandi pagi sebab nak pergi sekolah. Padahal baru pukul 3 kot. Haihh. Paling haru bila tiba-tiba aku bangun terus pergi sapu kat luar rumah. Jangan macam nak menunjuk sangat lah kan yang aku ni rajin ^^


Mimpi berair liur basian
# Faham tak mimpi yang ni? Bila bangun tidur pipi kau kelihatan agak basah-basah dengan air yang likat. Huih. Air liur basi namanya tu. Mimpi tengah berenang ala-ala atlet. Korang pernah nampak tak orang yang pancut air guna mulut time dia naik dekat atas air. Haaa macam tu lah aku buat time dalam mimpi tu Habis lencun baju sebab air liur basi tu.


Mimpi berepisod
# Sumpah. Aku pernah mimpi tiga hari berturut-turut mengenai tajuk mimpi yang sama. Dah macam sinetron dah ni ah. Tapi maaf, aku dah lupa dah aku mimpi apa masa tu :P




Haa. Tu lah jenis-jenis mimpi yang aku pernah rasa. Korang pulak macam mana?




wordless wednesday #








Love u my friends!


Monday, December 19

cinta monkey




Pernah tak korang teringat balik cara-cara korang bercinta masa zaman sekolah dulu-dulu. Ada tahap jiwang yang boleh buat muntah hijau tak? Atau mungkin kalau kau cerita dekat orang akan menyebabkan orang kentut tak berhenti-henti?


Jom aku kongsi ape yang aku pernah buat dolu-dolu. Eheh :)


# Balas-balas surat guna kertas kajang. Takpon koyak buku latihan sekolah muka surat belakang. Ayat mesti kena power biar orang cair macam jeli kena matahari bila baca. *Oh jangan lupa, lipatan kena yang paling kreatif okie.


# Surat yang nak dihantar tu kena attached sekali dengan setepek bedak tabur. Biar wangi katanya. Konon-konon sewangi cinta semerbak kasih kita lettew.


# Pas-pas salam dekat kawan sekelas dia time rehat. Kalau boleh pas salam dekat 4-5 orang kawan dia. Baru lah si dia tahu kesungguhan hati kita.


# Bagi hadiah time ada Special Day kat sekolah. Contohnya, ex aku pernah bagi 10 batang lollipop masa Hari Lollipop. Haih, romantik nya. Nak makan pon takut. Hari-hari bawak gulla-gula tu dalam poket depan beg.


# Kira tahap peratusan cinta kau dengan dia. Makin tinggi peratus makin bahagia lah hidup kau di dunia. Haha


# Tukar-tukar gambar. Kalau boleh gambar yang cun gila babis la kita bagi. Baru ada feel nak tengok hari-hari. Tapi aku konpius. Dulu aku bagi ex aku gambar aku pakai baju sekolah tengah duduk dekat buai. Sumpah memang tak senonoh. Dengan kening tak sempat nak ratakan, pakai tudung belakang yang mungkin. Tapi ex aku still kata aku cantik. Dasar penipu weyh cinta monyet ni.


# Kalau yang duduk asrama, cara ni mungkin boleh digunakan. Dating dekat kantin asrama. Lagi ramai orang nampak kita dating, makin bangga lah kita.


gambar google tau ni



Tapi tu semua dulu punya cerita. Sekarang kisah-kisah dulu dah jadi kenangan and aku pon dah jumpa cinta baru yang bersifat lebih profesional dan kadang-kadang romantik. *Erk yeke? Harapan, semoga cinta terkahir berkekala. Aiceh. Amacam? Tekak dah sedia untuk keluar muntah hijau?


Saturday, December 17

Oh, awkward ke aku ?


Manusia dilahirkan pakej dengan sifat-sifat yang tersendiri sama ada sifat itu diwarisi atau dipelajari. Sama lah dengan aku since aku pon manusia
yang cantik.

Meh sini preview sikit sikap dan sifat aku. Adakah ianya awkward atau masih boleh diterima akal yang waras.


++++++++++++++++++++++++++++++++



* Aku boleh dikategorikan sebagai pendiam. Tapi bukan dalam jangkamasa yang panjang. Mula-mula kenal, orang akan kata aku sopan dan sangat berbudi pekerti. Tapi malang, bila dah lama kenal, orang akan kata aku sengal dan gedik. Are you serious?


* Bila berdua-duaan of course dengan kawan perempuan, aku akan dihurung persoalan. Aku sentiasa rasa orang tu mesti bosan dengan aku walaupun pada hakikatnya tidak. So, sebab tu dalam bebanyak perkara aku sentiasa libatkan ramai orang.


* Aku ada kamera tapi aku tak suka amik gambar. Oh itu sangat awkward.


* Bila time driving kelibat orang-orang yang sangat menjengkelkan seperti bawak kete slow time aku lambat pergi kerja, aku rela membebel dalam kereta macam Mak Munah instead of tekan hon.


* Aku malas berfikir. Even benda tu ada kitan dengan hidup dan mati. Selalunya aku cenderung utnuk suruh sape2 yang ada sebelah aku untuk fikirkan terutama Martopo. Haha. Padan muka korang, Btw, luv u!


Aku tak rasa cuma ini kepelikan aku. Ada banyak lagi yang tak terlist. Ada sapa-sapa nak tolong list out kan tak? Haha. Okie la, MasterChef sekarang. GTG. Baibai peeps ^^


Tuesday, December 13

PSP Annual Dinner 2011


Minggu lepas minggu yang sangat memenatkan atau tired bak kata omputih. Penat tak hengat. Dari hari Jumaat sampai ke Ahad jadual tersangatlah packnya.

First aku nak bercerita pasal Annual Dinner. Biasa lah hujung tahun kan. Wajib ada hari gilang gemilang macam Annual Dinner ni hah. Tapi persoalannya, gemilang ke? Hahaha. Tu yang kita nak tau kan.

Dah2 mood malas nak menaip segera kunjung tiba. Lets pictures reveal everything. Hehe :D


Penyambut tetamu


In one roof :')


Cepatlah sikit Jepun-Jepun berucap. Perut berkeroncong dong


Chicky Dance yang sangat haru. Bila si Jepun dah mabuk...



Nyum nyum nyum


Manisnya kurma ini. Uhuk, tersedak tekak I


Game yang dimainkan. Btw, yang susun cawan aku menang. Tapi dapat table lamp je. Demm.


Ini teman gosip I. Ngeh ngeh!


Haa macam tu lah perjalanan majlis. Banyak lagi gambar nak tunjuk sebenarnya, tapi tak terlarat la nak upload kat sini. Hehehe. Peringatan yang aku dapat bile wat social event macam ni, jangan dekat dengan Jepun yang tengah mabuk or else kau akan dirogol dari belakang. Haha. Oppss teeettttt!

Okie then, itu sahaja. Tataa ^^



Thursday, December 8

bila nak habis?

Phewwwwwwwww. Satu keluhan berat aku lemparkan di sebalik jendela di hujung ofis. Sambil itu, aku memerhatikan segunung Everest kerja yang pending di atas meja. Mual sungguh melihat kertas-kertas yang bertimbun itu.

Sampai bila? Persoalan yang sering aku tanya pada diri aku sendiri. Kerja dah macam orang besar yang bergelar senior ejekutip. Padahal hanyalah orang suruhan semata-mata.

Kalau dulu masa mula-mula masuk kerja sampai tertidur-tidur aku kebosanan. Ohh heaven! Tapi langit tidak selalu cerah. Sekarang meja aku sentiasa penuh dengan kertas-kertas haremm jaduunya.

SERIYES! Aku tak sabar nak tunggu tarikh 15 Dec ni. Sebabnya time ni aku sure aku yakin dokumen-dokumen penting bos aku yang nak expired dah diextendkan ke tarikh 3 tahun lagi. Kalau dia sorang tak apa. Ni dengan anak bini dia. Dasar Jepang yang mengamalkan budaya 5S. Eh apa kena mengena dengan 5S?


ni kat imigresen setia tropika. nak extent pas pengajian si Jepung



Ni dokumen-dokumen dia



Ni meja aku. Banyak kertas tapi maseh berfacebook. Wohoo.



Ni senarai dokumen yang aku perlukan utk apply MACS. Aku pun tak tau apa benda tu



Ni aku. Eyebag menunjukkan kerja banyak.


Ha tu yang aku cakap bila mahu abis semua keje. Dah tau keje banyak tapi still bukak facebook 247. Huhuhu. Pekerja yang cemerlang bukan?



Sunday, December 4

Jangan buat benda annoying depan aku

Annoying dalam bahasa ringkas membawa maksud menyampah. Jadi bagi entry ini, annoying dalam bahasa yang panjang adalah "Eah annoying gila kau ni, Kau jangan nak buat benda macam tu depan aku boleh tak"?

So, berdasarkan pemerhatian aku selama 21 tahun hidup, adalah beberapa benda yang aku sangat annoying yang boleh menjamin aku muntah hijau kalau kau buat depan aku. Antaranya...


(1) Makan berbunyi-bunyi

Apa perasaan korang kalau korang tengah makan dengan suasana yang aman damai tiba-tiba ada satu sound yang tak dijemput muncul. Cet cot cet cot bunyi dia. Bila kita pandang dia, dia cuma buat bodoh dan teruskan makan dengan tenang. Fuuu gila. Kau rasa hot ke makan bunyik2 ?




(2) Guna toilet pandai tapi basuh tak pandai

Okie yang ni sangat fuuu kuasa dua. Aku sangat menyampah bila aku dah tunggu lama-lama depan public toilet then bila turn aku poops sana sini. Tu tak tambah lagi bau hancing semerbak. Pelisssh la. Muka dah cantik tapi pengotor. Madefaker sungguh. Macam susah sangat nak tekan button flush tu. Shame on you dear.




(3) Cakap berdego-dego

Pernah jumpa orang macam ni? Jenis gebang kuat. Tak boleh kalah dengan sesiapa. Bila orang ada something, kau pon nak ada. Langsung tak tau kalah. Kau cakap lah gitu dengan aku, memang aku buat muka toye gila sambil mengiyakan apa kau cakap.




(4) Tergedik-gedik seperti ayam dengan niat menarik perhatian

Selalu gedik ni pompuan la. Lau laki yang gedik macam tak kisah sangat. Kalau pompuan dia ada macam hagham sikit. Hari tu aku ada jumpa dua orang pompuan naik tren cakap nak kuat. Ketawa mengilai bagai. Tau lah depan dia geng-geng brother yang pakai baju Mesia nak tengok Mas vs Bahrain malam tu. Tapi aku kesian tengok pompuan tu. Tak ada sapa pon lirik mata dekat dia. Lagi bf aku kata muka bukan cantik pon. Haha. Ni makan dia. Gedik sangat!




(5) Cakap tak serupa bikin

Haa benda ni memang paling annoying. Contonhya, aku annoying buat2 benda2 dekat atas. Pungpangpungpang kata geli lah annoying lah. Tapi end up aku yang buat benda ni. Memang langsung tak boleh dimaafkan. Tapi harap maklum aku tak macam tu. :D


entry ni dibuat dalam mood yang serius.



p/s: eah kalau ada orang sedawa time tengah solat berjemaah pon macam fuu jugak. lagi2 kalau baru lepas makan durian @___@