berapa ramai dah?

Sunday, November 20

dilema

Seriously aku sekarang ni memang sangat dilema. DILEMA yang agak kritikal mungkin. -.-"


Dilema ni tak ada kait mengait dengan aku dilamar atau ada orang datang masuk merisik. Oh tidak. Itu lambat lagi. Tapi ni berkaitan dengan isu masa depan dan kerjaya. Ahh mungkin aku agak poyo untuk bercakap soal kerjaya. Tapi memang itu lah yang aku maksudkan pada saat ini.



Semuanya ada kaitan dengan entry aku sebelum ni. Hurm. Aku dipanggil untuk ke tapisan kedua TNB. Aku syak recruiters tu salah pilih. Tapi aku bersyukur sebab masih diberi peluang. Ni bukti :





Banyak benda yang aku fikirkan. Aku kena amik cuti lagi. Again and again. Urghh. Aku rasa annual leave aku tinggal 2 hari je kot. Then dah sampai sana nak stay dengan siapa? Aku kalau boleh memang tak nak susahkan orang. But I need to. Tapi untuk bulan ni aku agak bizi untuk siapkan segala kerja yang pending kat atas meja ofis nun. Urghh.


Perasaan dilema muncul bila aku terfikir macam mana if aku tak dipilih pada akhirnya. Guna banyak duit sudah tentu. Tapi ni lah yang dipanggil pengorbanan. Kejayaan tak kan datang bergolek bulat-bulat depan aku melainkan aku berusaha untuk dapatkan kejayaan tu.


So, apa pula pandangan korang. Harus ke aku pergi? Sila sertakan dengan hujah yang memberangsangkan.


No comments: