berapa ramai dah?

Thursday, November 10

Boleh aku balik era 90-an ?



Hye ^^

Adalah sangat awkward dan annoying juga melihat blog yang tak semenggah ni. Sakit mata melihatnya. Haihh. Ah lupakan itu. Kembali dekat tajuk kat atas, boleh tak kalau aku nak balik zaman 90-an dulu-dulu? Makna kata zaman aku comel kiut kiut dulu.




Aku comel kan? Persoalan yang mungkin menyebabkan ramai manusia muntah darah dan akhirnya dijangkiti Hepatitis B. Ada kaitan ke masalahnya? Ah persetankan la dik non. Meh sini aku habaq mai kenapa aku nak jadi budak-budak lagi.



(1) Tak perlu ada masalah dalam otak


Yang ni sudah pasti. Makin dewasa macam ni makin berat tanggungjawab yang perlu dipikul. Sampai kadang-kadang aku rasa down sendiri sebab aku rasa aku tak larat nak pikul tanggungjawab tu. If compared to zaman sekolah, masalah akan timbul bila homework tak siap. Oh, heaven sangat zaman tu.



(2) Pergaulan bebas


kontroversi oi bila cerita bab pergaulan. Nanti timbul lah isu buang anak lak apa bagai. Maksud aku pergaulan bebas antara adik beradik. Ritual family aku, makin besar makin kurang rapat. Maybe sebab masing-masing dah ada life sendiri. Aku rindu nak main spider dengan abang aku. Walaupun dia jahat tapi dia pernah peluk aku tau. Terharu T____T. Sekarang rasa terharu tu akan muncul bila dia bagi duit, and lesap bila dia mintak duit. Oh dunia.

(tengok tu dia peluk aku. awwww)



(3) Hanya tau main main dan main



Zaman dulu-dulu kalau sape tak kenal permainan teng-teng, cop tiang, lubang tikus, lompat kai getah memang tak sah. Kesian kalau kau tak merasa benda-benda tu semua. Sumpah seronok main benda-benda tu. Asal balik sekolah je terus jumpa kawan-kawan sehingus laga-laga pipi sikit and teruskan bermain. Tapi tapi tapi...Sekarang tak boleh lagi. Bila dah besar gini sekali kau melompat, semua tempat diperhatikan. Oh kejamnya.


* * * * * * * * * * * * * * * * * *


Jadi kesimpulannya aku kalau boleh nak jadi budak-budak balik.
- Aku tak kisah aku kena gigit angsa masa nak gi tadika. Yang penting aku happy.
- Aku tak kisah pakwe sekolah rendah dulu belanja eskem 20sen je. Yang penting aku happy.
- Aku tak kisah tudung skolah agama aku kena getah sebab belah jantung pisang jiran aku yang konon-konon ada pari-pari. Yang penting aku happy.
- Aku tak kisah kena tukar lampin adika ku setiap satu jam. Yang penting aku happy.
- Aku tak kisah pakai kasut koyak-koyak sampai masuk air, pasir dan batu. Yang penting aku happy.


Walau apa pon hidup mesti diteruskan. Bergembiralah dengan hidup kau di kala 21 tahun ni Huda. Oh, memori.






10 comments:

MERAH said...

Salam, tringat plak zaman kecik2, memang dunia rasa macam takde masalah.yelah dah kecik tak da tggjwb lg ye dak.ape2 pun, memang dunia tak leh nak bputar ke blkg smula dan ape yg kite blh buat hanyalah meneruskan kehidupan dgn sehabis baik.kerana ada tujuannya manusia itu dihidupkan oleh Allah di atas muka bumi ini.hee :)

huda jamil said...

setuju dengan awak merah. kita memang tak boleh nak patah balik kan. ape pon hidup mesti diteruskan :)

Botak said...

memang seronok kalau dapat pergi ke masa lalu., boleh betulkan perkara yang kita siakan., tapi benda tu mustahil., hidup mesti diteruskan..

huda jamil said...

betul botak. hidup mesti diteruskan. :)

Khairi Fakhri said...

haha selamat meneruskan hidup :) #tetibe je

huda jamil said...

keyri, haha. kamu pon same. selamat meneruskan hidup ;)

mr.curly said...

cumelnye die mase kocik..tp dh besau skg lg cumellll..hikhik

huda jamil said...

aww. terharu i mr curly. hehe. mase kecik sgt terjal. selekeh abis.

kacang said...

comel lah kamu=)

huda jamil said...

awww. haha. miss peanut comel juge :)