berapa ramai dah?

Sunday, November 20

dilema

Seriously aku sekarang ni memang sangat dilema. DILEMA yang agak kritikal mungkin. -.-"


Dilema ni tak ada kait mengait dengan aku dilamar atau ada orang datang masuk merisik. Oh tidak. Itu lambat lagi. Tapi ni berkaitan dengan isu masa depan dan kerjaya. Ahh mungkin aku agak poyo untuk bercakap soal kerjaya. Tapi memang itu lah yang aku maksudkan pada saat ini.



Semuanya ada kaitan dengan entry aku sebelum ni. Hurm. Aku dipanggil untuk ke tapisan kedua TNB. Aku syak recruiters tu salah pilih. Tapi aku bersyukur sebab masih diberi peluang. Ni bukti :





Banyak benda yang aku fikirkan. Aku kena amik cuti lagi. Again and again. Urghh. Aku rasa annual leave aku tinggal 2 hari je kot. Then dah sampai sana nak stay dengan siapa? Aku kalau boleh memang tak nak susahkan orang. But I need to. Tapi untuk bulan ni aku agak bizi untuk siapkan segala kerja yang pending kat atas meja ofis nun. Urghh.


Perasaan dilema muncul bila aku terfikir macam mana if aku tak dipilih pada akhirnya. Guna banyak duit sudah tentu. Tapi ni lah yang dipanggil pengorbanan. Kejayaan tak kan datang bergolek bulat-bulat depan aku melainkan aku berusaha untuk dapatkan kejayaan tu.


So, apa pula pandangan korang. Harus ke aku pergi? Sila sertakan dengan hujah yang memberangsangkan.


Wednesday, November 16

PEP oh PEP


Akhirnya hari ni sifat malas untuk update blog berjaya ditepis. Big applause for me ^^,

So minggu lepas aku ada attend proses pemilihan peringkat pertama oleh TNB. Nah aku bagi in detail pasal program tu.

Nama :
Selection of PEP through Competency Experiential Learning (SPECIAL)
Tarikh
: 12 - 13th November 2011
Tempat : ILSAS, UNITEN Bangi
Rating utk makanan : Peh gile. 5 bintang aku bagi


Meh sini aku habak mai aktiviti-aktiviti dalam program ni memandangkan ada my friends yang nak tau kan. Tarik nafas dalam-dalam semua...Okie 1, 2, 3 GO!

Aktiviti untuk Sabtu petang memang jadi makanan aku lah kan due to aku ni memang jenis dari azali kepochi and love to make friends. Antara aktiviti yang aku kate sesuai sangat dengan perwatakan aku tu macam ni:


1) Question by Question
Kiranya macam cite spontan lah ni. Bila orang tanya kau, kau kena jawab balik tapi dalam bentuk soalan. Seriyes, otak aku macam lembab gile. Before this I thought senang tau menatang ni. Sekali bila dah try haha terasa diri ini sungguh noob.


2) Numbers don't Lie
Ah ni macam biasa je. Kau diberi satu nombor. And then bila nombor kau disebut kau kena automatically sebut nombor orang lain. If kau sebut nombor yang tak ada atau nombor untuk owner yang dah kalah maksudnya kau LOOSER. hehe. btw, aku champion dalam game yang ini.

3) Bangunan siapa paling tinggi dan kukuh
Buat struktur bangunan yang paling kukuh dan yang paling penting paling TINGGI dengan menggunakan 10 helai newspaper dan gam. Kumpulan kami champion jugak yang ni. =')


4) Bisik2 mesej kat telinga
Aha ape jenis title aktiviti aku bagi. Yang ni kene susun kerusi macam train then orang belakang sekali tengok gambar dekat faci and bisik ke orang depan bout structure yang perlu dibuat dulu. Then bila orang 1st dapat mesej tu die kena construct guna lego berdasrkan mesej yang diterima.



Bila aku dah melalui aktiviti-aktiviti ni aku fikir macam senang je. Nenek aku pon boleh buat kot. Malang sekali. Langit tidak selalunya cerah. Aktiviti malam tu dan ahad sangat mencabar minda dan iman. Haihh ceh.


5) Essay
Jawab soalan yang diberikan dengan menggunakan contoh worldwide dengan mengaitkan anatar teori dan praktikal. Essay ni need to do in English dalam masa 45 minit. Berasap otak aku bila aku tengok kawan aku ada insert According to Robert, E-Halal. Cetek betol pemikiran aku.


6) Business Proposal
Create satu organization yang menawarkan services kepada TNB dan services itu mesti berhubungkait dengan bidang tugas TNB. Lagi sekali aku kecundang kat sini. Aku tak tau weyh macam mana nak dapat modal untuk mula perniagaan.



7) Thinking a hat
Duduk dalam bulatan. Then setiap sorang akan diberi dengan tiga word. Start bina short story daripada word-word tersebut dalam masa seminit.. Dan present di khalayak ramai. Pressure. Terpelanting otak aku.


8) Washing Machine
Fikir cara utk memasarkan 10000 unit mesin basuh yang 2nd hand dengan cara yang paling berkesan disertakan juga dengan 2 minit iklan yang entah ape-ape. Hehehe. Btw, enjoy kot.


9) Presenting about Business Proposal
Ah aku memang tak pernah nak suka kalau bab-bab present ni. Memang bukan makanan aku lah.


Dah tu je la aktiviti yang dijalankan. Kalau rezeki aku baik, aku dipanggil lah ke second interview. Tapi itu kalau lah kan. Tapi yang datang program ni memang bukan calang-calang orangnya. Seriously. Semua dah macam ahli politik, Dato' Bandar dan sebagainya. So, mereka lagi layak aku rase. Hurm.


Dah tu je la pasal program PEP ni. Next year jom kite apply reramai. Bermaharajalela kat TNB tu. Syokk ooo.





Thursday, November 10

Boleh aku balik era 90-an ?



Hye ^^

Adalah sangat awkward dan annoying juga melihat blog yang tak semenggah ni. Sakit mata melihatnya. Haihh. Ah lupakan itu. Kembali dekat tajuk kat atas, boleh tak kalau aku nak balik zaman 90-an dulu-dulu? Makna kata zaman aku comel kiut kiut dulu.




Aku comel kan? Persoalan yang mungkin menyebabkan ramai manusia muntah darah dan akhirnya dijangkiti Hepatitis B. Ada kaitan ke masalahnya? Ah persetankan la dik non. Meh sini aku habaq mai kenapa aku nak jadi budak-budak lagi.



(1) Tak perlu ada masalah dalam otak


Yang ni sudah pasti. Makin dewasa macam ni makin berat tanggungjawab yang perlu dipikul. Sampai kadang-kadang aku rasa down sendiri sebab aku rasa aku tak larat nak pikul tanggungjawab tu. If compared to zaman sekolah, masalah akan timbul bila homework tak siap. Oh, heaven sangat zaman tu.



(2) Pergaulan bebas


kontroversi oi bila cerita bab pergaulan. Nanti timbul lah isu buang anak lak apa bagai. Maksud aku pergaulan bebas antara adik beradik. Ritual family aku, makin besar makin kurang rapat. Maybe sebab masing-masing dah ada life sendiri. Aku rindu nak main spider dengan abang aku. Walaupun dia jahat tapi dia pernah peluk aku tau. Terharu T____T. Sekarang rasa terharu tu akan muncul bila dia bagi duit, and lesap bila dia mintak duit. Oh dunia.

(tengok tu dia peluk aku. awwww)



(3) Hanya tau main main dan main



Zaman dulu-dulu kalau sape tak kenal permainan teng-teng, cop tiang, lubang tikus, lompat kai getah memang tak sah. Kesian kalau kau tak merasa benda-benda tu semua. Sumpah seronok main benda-benda tu. Asal balik sekolah je terus jumpa kawan-kawan sehingus laga-laga pipi sikit and teruskan bermain. Tapi tapi tapi...Sekarang tak boleh lagi. Bila dah besar gini sekali kau melompat, semua tempat diperhatikan. Oh kejamnya.


* * * * * * * * * * * * * * * * * *


Jadi kesimpulannya aku kalau boleh nak jadi budak-budak balik.
- Aku tak kisah aku kena gigit angsa masa nak gi tadika. Yang penting aku happy.
- Aku tak kisah pakwe sekolah rendah dulu belanja eskem 20sen je. Yang penting aku happy.
- Aku tak kisah tudung skolah agama aku kena getah sebab belah jantung pisang jiran aku yang konon-konon ada pari-pari. Yang penting aku happy.
- Aku tak kisah kena tukar lampin adika ku setiap satu jam. Yang penting aku happy.
- Aku tak kisah pakai kasut koyak-koyak sampai masuk air, pasir dan batu. Yang penting aku happy.


Walau apa pon hidup mesti diteruskan. Bergembiralah dengan hidup kau di kala 21 tahun ni Huda. Oh, memori.






Tuesday, November 8