berapa ramai dah?

Monday, May 16

selamat hari guru!


16 Mei 2011, selamat hari guru semalaysia!


Hari Guru! kalau kat sekolah dulu, setiap tahun mesti ada sambut Hari Guru. tapi bila dah habis sekolah, tak da maknanye nak sambut hari-hari macam tu lagi. pandai-pandai kau lah nak hargai jasa dan pengorbanan cikgu kau macam mana.


so, kat sini lah kita boleh nampak kegunaan blog. boleh luahkan segala apa isi hati. kalau luah kat fb, mau jadi bahan ketawa, gelak, jenaka jek.


sempena hari guru ni, saya Nur Syuhada Binti Abdul Jamil ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada semua guru-guru yang telah mengajar saya (terutamanya guru-guru di tadika kemas, skmb, smksg, kmj dan utm) sehingga jadi saya yang sebegini rupa. atau lebih spesifik lagi, Huda yang sopan santun, lemah lembut, pemurah, penyayang dan sebagainya.


terima kasih atas jasa kalian semua. tanpa kamu siapalah kami. aku rasa kalau cikgu2 tak berkeras paksa aku belajar mungkin aku dah ke laut sekarang. siap dah sampai laut china selatan mungkin. *aiyoo, hiperbola!


oleh sebab itu, terima kasih cikgu@lecturer. jasa and tak dapat dibalas dengan kata2. hanya kejayaan yang dapat dihulurkan. selamat hari guru to all of u!






No comments: