berapa ramai dah?

Saturday, May 14

aktiviti bg hari2 terakhir di utm!


semalam, jumaat bersamaan dengan 13 Mei 2011 tepat pukul 6.15 p.m aku bergerak keluar dari utm. keluar untuk selama-lamanya dan hanya akan menjejakkan kaki ke sana pada hari konvo nanti. sedih memang tak ingat lah.


jadi orang yang last balik memang beban betol. dalam geng martopo ada 8 orang, so untuk menghadapi 7 martopo yang lain untuk berpisah memang azab. menangis tak ingat. lagi2 untuk berpisah dengan my dear roomie. sampai drive pon menangis ape cite pulak kan. ahaha.


anyway, entry ni tak nak sedih-sedih dah. asyik sedih je kan. kite review balik aktiviti-aktiviti yang kita lakukan before balik =)




sepetang bersama dr. honey

melepak dengan dr. honey a.k.a our academic advisor seronok jugak kan. tapi sayang dah last sem macam ni baru nak berapat, bermesra dengan dr. sepetang lepak dengan dr. best jugak. tak sangka dr. layan bergambar dengan kiteorang yang gila-gila ni. anyway, thanks dr. for that day. we're so happy + kenyang too! ^^




kayaking with classmate

after hangout dengan dr. honey, teros salin-salin baju untuk berkayak pulak. dah nak habis sem baru nak sentuh permainan tu. padahal orang lain dah naik jemu dah tunggang binatang tu. kesimpulannya, happy jugak. tak ada lah takut sangat main kayak ni. tapi tangan sakit macam ape. he3. thanks kawan2 especially napi, martopo, akim, azam, pentol, bib, jamilah, and geng anati bcoz meriahkan lagi hari2 last kami.



sambut birthday for all martopo for the last time

ok, belah malam pulak, kami the martopo celebrate bufday sesama for the last time. lokasinya, tak ade lah jauh. dekat tasik utm jek. tapi, kegembiraan memang bukan alang-alang kepalang lah kan. syokk oo. lepak sampai 2-3 pagi. thanks martopo atas kerjasama anda!




hangout ber'8' ketika masih bergelar student

cehh. caption tak macam nak kena penampor pulak kan. tapi tu lah hakikat. so enjoy on that day because hari rabu tu hari last bagi kami berkumpul ber'8'. sebabnya hari khamis sazni akan terbang ke sarawak. so, need to guna masa dengan sebaiknya dengan main bowling, karaoke, makan2 kat stulang, lepak danga bay and bergambar depan pintu utm. u know what martopo, i really miss u when i typing this entry ='(



mencekik dengan en. sharil + lepak

tak sangka pulak hari khamis keluar. ni sume gara-gara en. sharil a.k.a pesyarah OD kami. he decide to belanja us pizza. what a good news for us because kitaorang lapar sangat time tuh. thanks sir!. after that, kami tengok movie, makan cocok-cocok kat taman u dan terus bergambar sampai pengsan. he3 ^^



hurmm. lepas ni dah tak ada dah lagi nak lepak2, hangout, gila2 macam ni lagi. kebarangkalian ada tapi tak mungkin sama masa kita student kan. so, after this kerja pulak, need to be matured lah dear. no more air2 mata ni. kena train diri supaya tahan dugaan dan cabaran.


baru 2 hari tak jadi student, bosan bukan kepalang lagi. rindu jangan cakap lah. martopo+kawan2 lain. nanti next time kita jumpa lagi eah? janji? good luck in your future! may all your dream come true my friends.






2 comments:

Anonymous said...

wish u good luck in ur future too and i believe will will meet v each other soon in coming convo.....miss u all^^

From: stella

huda jamil said...

stella, thanks 4 da wish. hope our friendship never end!!