berapa ramai dah?

Monday, May 30

kerja vs belajar!


5 perbezaan yang paling ketara dalam life anda semasa belajar dan setelah bekerja.





waktu bangun tidur

(a) time belajar - bangun tido ikot waktu kelas. kalau kelas pukul 2, maka pukul 12 baru bangun.
(b) time keje - always kena bangun pagi seawal 6.15. melampau betul!

aktiviti yang dilakukan

(a) time belajar - bangun> on9> makan> movie> mengumpat> tidur> facebook> ehem2> mengumpat lagi> blog> zzzzzz
(b) time kerja - bangun> breakfast> kerja> kerja> kerja> kerja> kerja> kerja> kerja> on9> kiok

kadar penggunaan mulut

(a) time belajar - mulut dok pungpang setiap masa dan ketika. bising betol!
(b) time kerja - bising? nak kena pelempang ape?


jangka hayat mata terbuka

(a) time belajar - sentiasa boleh stay up. hari2 tidur 2-3 pagi pon tak ape. (yeke kau huda?)
(b) time kerja - jejak je pukul 11, mata dah berat seolah-olah sekumpulan setan tengan buat bungee jumping dekat kelopak mata.

duit poket

(a) time belajar - guna sehabis mungkin duit ptptn, jpa, fama (father&mother) tanpa rasa bersalah.
(b) time kerja - lagi rasa bersalah bila kite membazir duit hasil titk peluh kita. guna duit orang lain tak apa.

Friday, May 27

jom berimaginasi sebentar!

hoihoihoi. korang pernah berimaginasi tak? maksud aku dengan bahasa yang lebih mudah untuk difahami pada peringkat umur macam ni, "korang pernah berangan tak?"


of kosh pernah kan? meh sini aku nak ajak korang masuk dalam imaginasi aku pulak.

::
::
::

kalau lah rumah besar macam masjid...


cube kau bayangkan kalau rumah sebesar masjid. hebat kau tau!

> aku selalu bayangkan bila rumah aku macam masjid kan time nak lunch aku jerit dekat tingkat atas, "along, adik! turun makan. mama dah siap masak ni. chicken chop tau!" tapi aku tak faham. kenapa kalau kaya kena panggil mama, makan western. tak boleh ke panggil mak, makan sambal petai? kita kena ubah tradisi orang melayu sekarang. =)


Tuesday, May 24

1st day kerja!


just a quick update =)


oh yeah, oh yeah. dengar sini orang kampung *kalau orang bandar jangan baca! dengan ini diisytiharkan tadi 1st day aku bekerja. as kerani kat pcm steel processing sdn. bhd.


nampak macam senang tugas kerani tapi rupenya banyak benda nak kena settle. purchasing, receiving, admin + HR. kecelaruan tugas aku dibuatnye. haha. nasib baik semua just key in dalam sistem. kalau tak esok mungkin aku masih tido and bangun pukul 10 pagi macam selalu. sumpah lepas ni aku tak akan pandang rendah makcik and akak2 kerani kat luar. taubat aku!


kerja banyak tak apa lah kan. tapi yang merunsingkan aku sekarang ni, kedudukan meja aku betol-betol kat tengah antara bos 1 dan bos 2. kalau bos melayu tak apa. boleh jugak jadikan 'papagula'. ni Jepun hoii. Mr. Izawa and Mr. Fuji. huh? macam mana aku nak online? tension beb! kat sini aku ada lukis sikit pelan kedudukan aku (ceh sempat lagi? kata quick update?)




disebabkan tu company Jepun, kena lah kerja cara Jepun. Jepun kan jenis hormat orang sekeliling secara membabi-buta kan? opps. so, tadi before balik dengan senyuman yang lebar gila, aku melambaikan tangan kepada Mr. Izawa dengan mengatakan bye-bye bos! macam ni. and guess what? my boss daripada muka tegang macam kena asid terus senyum sambil lambai kat aku. wow! great culture is it?





aiseyh. tu lah serba sedikit pasal kerja aku ni, nanti next tyme kalau sempat aku upload pic ok? ari ni tak ada pic sebab tak kan 1st day kerja nak amik gambar segal? mau dorang syak aku spy company lain karang.
before aku stop merapu, aku nak gtau ni. aku rase aku ada can naik pangkat lah sebab...

1) kedudukan meja = bersebelahan dengan orang2 yang berkepentingan
2) lunch = makan dengan Mr. Er (General Manager)


sebab tu je pon. haha. rasa-rasanya boleh naik pangkat x? soalan bodoh bukan. baru sehari kerja harapan nak menggunung ke langit ^ ^




Sunday, May 22

cara hilangkan bosan =)




sekarang memang aku tengah bosan gila. jadi penganggur terhormat ni bukannya best kau tau? kena marah satu, lagi satu kesian hah kat badan sendiri. asyik makan, makan, makan. ada sape2 nak bagi aku keje tak? kejekan anak orang pon tak apa. aku sanggup, janji ada income maa =)


tapi aku ada cara untuk menghilangkan rasa bosan yang tertanam kat dasar hati tu. selalu aku buat aktiviti ni dengan adik aku je. cara-caranya ialah:


1)
main gesel-gesel kepala

pernah main? syok gila aku cakap kau. time gesel tu konfem rasa sheetim. ahaha. kalau adik aku tau apa tu shetimm konfem dia geli weyh. then, lepas gesel konfem kepala gatal.


2) main mati-mati

ni faberet aku. konon-konon adik aku penjenayah and aku orang yang teraniaya. bila masing-masih dah bosan mestilah kena mati kan? baru ada penutup. then adik aku buat-buat tembak aku, and aku buat-buat matilah. menarik?


3)
bukak semua media yang ada kat rumah

time bosan, aku akan bukak tv, laptop and komputer. bila tak tahu nak tengok mane satu then aku baca lah surat khabar? menarik bukan? surat khabar pon jangan amik yang latest punya. kalau boleh baca yang dah setahun, 2 tahun lepas, baru oldschool...


4)
as usual bukak astro channel 611 – 615

bab2 kartun memang aku no. 1. paling suka fairly odd parents, spongebob, kampung boy, hagemaru. tu baru sebahagian je tu. guess what, kadang-kadang aku dah hafal dah jalan cerita dia. betapa setianya aku.


5)
tukar nama dan pr0file picture di fb!

dah elok2 jadi perempuan, aku suke ubah fb aku jd jantan. hari tu ibrahim mamat. and sekarang pulak daniel karim. wadefak? seronok dowh kenakan orang! jangan risau. profile picture aku rembat dari google.


::
::






lagi satu, aku suka makan! bosan tak bosan aku makan jugak.


dah tu je lah kot the most obvious thing yang aku akan buat time bosan melanda. cepat lah dapat keje kan. kalau tak sapa nak bayar bil-bil yang tertunggak hasil daripada perbuatan aku ni. =)