Siapa suka pop corn angkat tangan angkat kaki! Aku memang suka gila popcorn sampai dulu boleh kata kalau pergi Giant mesti beli popcorn harga RM0.99, tapi sekarang dah naik harga RM1.20 kan kalau tak silap?
Sekali baca-baca resepi gila senang kacang hekeleh buat popcorn ni. Tak ada mesin pon boleh buat business kecil-kecilan rasanya. Apa pon ni resepi yang selalu aku guna:
Bahan-bahan:
1) 1 cawan jagung kernel (selalu beli kat giant satu pack RM2.20, 400g tak silap)
2) Marjerin secukupnya (lagi sedap berbanding guna butter sebab rasa masin sikit)
3) 1/2 cawan gula perang
4) 1/2 cawan gula biasa
5) 1 sudu kecil esen vanila
6) 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara:
1) Masukkan marjerin lebih kurang 4-5 sudu dalam periuk.
2) Guna api sederhana, bila marjerin dah cair sepenuhnya masukkan jagung. pastikan permukaan jagung rata.
3) Tutup periuk dan kecilkan api.
4) Dalam peringkat 2-3 minit ni, selalu aku main mainkan api dia. Besarkan sekejap lepas tu kecikkan balik. Time api besar tu boleh dengar bunyi pop pop, lepas tu kecikkan api balik biar jagung tu tak hangus. Lepas tu besar kecik besar kecik sampai bunyi pop hilang.
5) Tutup api dan ketepikan periuk.
Untuk karamel:
1) Cairkan marjerin secukupnya ke dalam kuali.
2) Masukkan gula perang + gula biasa ke dalam kuali. Guna api kecil hingga cair sepenuhnya.
3) Masukkan esen vanila dan baking powder.
4) Kacau sebati dan matikan api.
5) Campur gaul dengan popcorn tadi. Gaul bagi rata.
6) Anginkan popcorn bagi dia kering dan hasilnya rangup gila!
Nah ni hasilnya, tadaaa! Walau tak seindah seperti di Garret, asalkan dapat penuhkan perut dan jimatkan belanja cukuplah.
Sila abaikan lembaga hitam itu. Selalu satu bekas ni guna satu peket jagung je, sedap dan berbaloi.
Kenkonon nak buat ala ala Garret Popcorn kan, makan lah kau sampai pengsan. Tak payah bazir berbelas belas cuma untuk popcorn. Tak berbaloi!
Sesuai untuk yang gila DIY, aku pernah buat masa kawen my kakak untuk goodies bag. Nice idea bukan? Murah tapi kau kena lah sumbang sedikit tenaga kau.
Ni aku buat untuk snack masa tengok bola. JDT kot yang main, haruslah fokus dengan makanan yang sedap eh?
Selamat mencuba kamu orang. Tak rugi tau. Till then, bye!