berapa ramai dah?

Tuesday, April 23

kata-kata boleh membunuh

Siapa yang kenal aku pasti tahu bagaimana aku. Dengan lebih tepat bagaimana mulut aku. Kata-kata tak terlepas dari sarcastic, mengutuk dan adakala tak tahu nak beza antara mulut aku dan segenggam cili padi.





Duhh.

I really hate this situation. The moment when I realized my words were so shit teruk.

Terkadang aku tak sedar kesan dari kata-kata aku. Oh Huda, kenapaaaaa :(





Benar lah bagai dikata, jangan bercakap jika tidak perlu. Ungkapan tu totally true. Sebabnya semakin banyak kita berkata-kata semakin banyak hati yang akan terasa. Semakin banyak hati terasa semakin kurang kawan di sisi semakin ramai yang membenci.


Kepada anda-anda, maaf dipinta. Mulut lagi pantas dari akal fikiran dan ini sangat membebankan. T__T



Monday, April 8

resepi muffin pisang

Aku terlalu suka dengan kek pisang. TERLALU. Sampai satu hari aku decide nak pakai kek pisang sebagai kek kahwin. Jimat dan sedap, nyums! Tapi tu harapan je la, hati je cakap nak kek pisang. Tapi mulut nak jugak merasa kek krim krim time kaweng ^^


Maka Sabtu lepas bermula pengembaraan membuat muffin pisang. Biasalah newbie di dapur, semua macam teragak-agak lagi. Tujuan up dalam blog bukan apa, cuma untuk jadi panduan diri sendiri pada masa depan. Biasalah, Melayu Huda mudah lupa.


Bahan-bahan:

250g tepung gandum
100g gula castor
50g gula perang
1 1/2 sk baking powder
1/4 sk garam
3-4 pisang (apa jenis pon boleh)
2 biji telur
100g mentega (cairkan dulu)
1/2 sk esen vanila


Cara-cara:

- Panaskan oven pada suhu 180-200 C selama 20 minit (ikut oven masing-masing)
- Gaul rata tepung, baking powder, garam, gula castor & gula perang.
- Dalam mangkuk lain, lenyek kan pisang. Masukkan mentega, telur dan esen vanila. Kacau guna whisk bagi sebati.
- Campur adunan pisang ke dalam campuran tepung tadi. Kacau guna senduk kayu. Tak perlu kacau lebih-lebih. Asal campuran sebati dah memadai
- Tuang adunan dalam muffin cup sebanyak 3/4 penuh. 
- Bakar selama 25 min dan keluarkan dari oven
- Rehatkan selama 5 minit dan ready untuk di ngapp!





Panduan:

- Masa campur adunan basah ke adunan kering, kacau lebih kurang 5-6 kali je. Sebab kalau sebati sangat tak jadi muffin yang gebu merekah dah, sebaliknya jadi bantat.
- Gula kurangkan sikit kot sebab rasa pisang dah agak manis
- Perlu letak pewarna sedikit, sebab 1st try warna agak pucat
- Hiasan kat atas muffin tu ikut sedap rasa, nak letak choc chips, choc rice, hirisan badam & pisang. Terpulang pada perut masing-masing.





Thursday, April 4

cara buat famous amos

Assalamualaikum. Hai cik adik hai cik abang, bersua kita kembali. Ni entri ke tiga untuk tahun 2013. Progress yang agak slow. Ibarat mengharap berat badan turun tapi dok taram makan mcD, KFC, bubur Sentosa & kepak madu dan seterusnya bersedih akan nafsu itu :(

Aku mengaku aku memang pesen yang malas masak, harap mak mertua pak mertua tak tahu aku ada blog picisan ni. Tapi aku suka baking ^^ Kira boleh buat topup topup kelemahan diri sendiri. 


Aku nak kongsi cara nak buat biskut yang ala ala famous amos yang aku buat sabtu lepas. Lupa pulaks nak salin dari blog mana. 


Bahan-bahan:

- 1 biji telur rebus (dilenyek sehingga halus)
- 200 gm tepung gandum
- 125 gm mentega (potong kecil kecil)
- 1 sudu baking powder
- 50 gm gula kaster
- 50gm gula perang
- 1 sudu teh esen vanila
- 150 gm chip coklat


Cara-cara:

1. Sebelum buat apa apa panaskan oven 180C.
2. Campur semua bahan di atas. Tak payah mengada guna machine, tangan kita masih mampu menguli dengan kemas :P
3. Tambah chip coklat dan gaul rata. Kalau suka banyak coklat, sila tambah. Jika tidak sila kurangkan.
4. Ambil sedikit adunan dan buat saiz bulat yang agak selesa di mata anda. Tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil.
5. Tekan sedikit menggunakan garpu ( nak nampak cantik)
6. Susun atas dulang yang dah disapu dengan butter.
7. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 180C. (ikut keadaan oven masing masing)
8. Dah masak, sila tunggu sejuk baru ngap :)


Tadaaaa...


Peringatan bahaya : Kalau coklat chip nak letak buuanyaakk, gula kurangkan sikit. Kalau tak potong kaki jawabnya.

Proportion kat atas ni hanya sesuai untuk ibu anak dua. Kalau adik badek ramai, sila double triple kan sukatan. Kalau gaduh alamatnya kuih ke mana telur rebus ke mana.


Yang bestnya bila guna telur rebus, kukis akan jadi lebih lembut tapi rangup. Haa nak tau cane, sila lah mengukis ye kawan-kawan. Sesuai untuk emak abah yang berpolident di luar sana :)