berapa ramai dah?

Thursday, February 21

tahun baru umur baru

Dah dua bulan blog ditinggalkan. Nak dibuang sayang, nak menulis seringkali kecundang. Makanya terhasil blog seperti mayat yang tidak diundang ini. 


Jadi sepanjang dua bulan aku tidak menulis, hari ini akan aku compile segala-galanya. Hang nak baca hang baca, jangan muntah darah muntah hijau sudahlah. Eh ada ke orang nak baca. Boo sebaldi untuk kau Huda -.-"


Kita mula dengan peristiwa bulan 1, perkahwinan salah seorang anggota PEKIDA MARTOPO iaitu asmyda. Seorang yang cantik, kecil, halus tapi sayang. Dianugerahkan dengan kebolehan mencubit kecil. Itu disaster tahu, disaster. Nah gambar anak-anak ayam sekalian:



part cium dahi tu cium dahi. time aku nanti nak suruh cium tengkuk lah dalam masjid. boleh?

Yang kawen tu diri belakang tengah-tengah. Tapi kelihatan kesemua anggota Pekida melaram seperti semua pengantin


Secara tak langsung inilah mini reunion kami. Eh ditemukan dengan kawan-kawan gila tahap mental bukan senang. Ternyata dah dua tahun kerja perangai tetap sama. Bravo kawan!


Seterusnya event di bulan 2. Kawan office kawen, jodoh dari jauh Johor-Kelantan. Ternyata ia bukan satu halangan.

Ex officemate kawen. Ni kisah lagi best. Tak tahu bile nak kawen tiba-tiba kawen. Eh sila lah paham apa aku tulis.

Semoga berbahagia wahai sahabat yang dah kahwin & bertunang. Yang baru rancang pun tahniah. Eh semua lah tahniah.


Seterusnya, berkaitan dengan luaskan kuasamu. Bangganya jadi rakyat Johor, tak boleh nak diluah dengan kata-kata. Ye nama saya huda, saya berasal dari Majidi, JB. Wajib mention!


Sang adik pandai membodek kakaknya. Mula-mula nak mafla, aku beli. Nak tiket eh beli jugak. Nak sticker, tak boleh jadi aku pun nak jugak. Maka terhasil la minggu paling patriotik dalam diri kami. Balik tengok bola kol 12, abah suruh basuh tatu dekat muka. Malaikat tak masuk rumah katanya. 


Itu je lah pon apa yang berlaku within two months ni. Sikit kan aktiviti, sebab kite ni anak emak. Lebih banyak habiskan qualiti masa dekat rumah. Dan itu awesome, blergh.


Sekian,
anak emah a.k.a Puan Juliah.


2 comments:

J.Syazwana said...

gambar no. 2 tu melaram abes semua. hahahahaha

huda jamil said...

@j.syazwana : haa kan. tak kenal pengantin mana satu. :D