berapa ramai dah?

Monday, November 26

realiti kehidupan

Hari-hari hidup yang saya lalui adalah sama. Tak berubah walau sekelumit pun. Masuk kerja pukul 8 maka setiap hari pukul 8 saya baru gerak dari rumah. Maklumlah saya kan bos, ehem terbatuk pulak. 

Saya sering memerhatikan orang di sekeliling saya. Kalau dulu ada roomate suke mengamlkan sistem perhati dan mengumpat. Sekarang hanya perhati je yang mampu saya lakukan. Tskk. Sungguh sedih rasa hati saya.




Antara pemerhatian yang saya dapat:

 1) Mood kerja saya akan serta merta jatuh merundum bila office mate saya yang berbangsa 'C' masuk ke ofis. Dengan mata sembab kulit berminyak saya kira beliau tidak mandi. Oh sungguh shit rasanya. Ibarat berak tak cebok. 


2) Kalau dekat jalan raya, antara kereta yang gengster saya dapat lihat ialah kereta Kancil, Kerani Kenari, Kelisa dan Viva. Mungkin saiz mereka yang kecil berdesup desup mencelah. Tak kurang tonjol-tonjol bontot kereta depan sebab slow mungkin. 


3) Sekarang kan musim kahwin. Jadi makcik-makcik akan membedil pasangan itu dengan tanya soalan sama ada kerja kerajaan ke tak. Saya tak faham apa yang mereka fikirkan. Bila perhati anak-anak mereka lagi tak jadi orang. Mungkin mereka concern, mungkin. 


4) Sejak beberapa bulan yang lalu saya ada apply2 kerja lain. Mana tahu ada rezeki saya dapat kerja KL. Dekat sikit dengan pak mat tempe saya. Tapi nak tau satu rahsia, semua yang saya apply semua tak sangkut. Saya dah kira tahap tak laku ke T___T


5) Saya perhati orang sekarang kalau kahwin mesti letak nilai hantaran yang pelik-pelik. Mereka kata sempena nombor special mestilah kena abadikan. Jadi saya pon nak macam tu. Hantaran berdasarkan umur. Kalau saya kahwin umur 25 tahun, jadi hantaran saya rm25k. Kalau bakal suami saya mampu, saya nak sentiasa postpone tarikh bahagia kami. Untung bagi pihak saya :D


6) Walaupun abah saya seorang tukang urut, saya tetap malu untuk mintak urut dari dia. Saya ni normal ke tidak? Saya tahu saya normal, saya malu sebab saya anak dara sunti kan.


7) Perhatian yang terkahir, saya boleh kategori diri saya sebab tak ada sifat intergriti dalam diri. Dekat ofis pon masih nak update blog. Betapa kurangnya ajaran saya kan.


Ok lah, saya penat menulis nak study facebook and twitter kejap. Baibai. 


  


 

No comments: