berapa ramai dah?

Wednesday, November 28

fakta duduk dan gemuk

Nama saya Huda atau nama penuh Nur Syuhada Binti Abdul Jamil. Baru sebentar tadi saja membaca tweet dari MedikTV agak terkejut juga saya. Tweet yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:



"Apabila anda duduk terlalu lama,tubuh anda akan menukarkan lebihan gula dlm badan menjadi lemak.Ini akan membuatkan anda njadi lebih gemuk"

&
"Duduk terlalu lama juga akan merosakkan saraf & sel-sel darah dan akan meningkatkan risiko penyakit diabetis dan masalah buah pinggang."


Hanya Tuhan yang tahu betapa terkejutnya saya baca tweet tu. Patutlah saya dengan tong ikan tak ada beza menjelang tahun 2013 ni. Hai kenapa lah saya baru baca fakta itu tahun ini. Kalau saya tahu sejak dari muda remaja mesti saya berusaha untuk menjadi secantik Tyra Banks sekarang. Oh sedihnya saya.


Maka saya perlu menggerakkan anggota badan saya. Update blog sambil menggelek pinggul ke kiri dan ke kanan itu sangat ohsem. Pinggul, sopannya saya. 


Ada sesiapa yang mahu mengenali saya? Tiada ke? Oh lagi lah double sedih saya. Tolong lah kenal dengan saya, saya kesepian. Ok saya mulakan, Hai saya Huda, 22/F/Johor. Awak? 


Mentang-mentanglah saya ni gems gems tak ada pon nak kawan dengan saya. Tunggulah bila saya sudah berbadan kerengga, pasti ramai yg mahu saya. 

 

Monday, November 26

realiti kehidupan

Hari-hari hidup yang saya lalui adalah sama. Tak berubah walau sekelumit pun. Masuk kerja pukul 8 maka setiap hari pukul 8 saya baru gerak dari rumah. Maklumlah saya kan bos, ehem terbatuk pulak. 

Saya sering memerhatikan orang di sekeliling saya. Kalau dulu ada roomate suke mengamlkan sistem perhati dan mengumpat. Sekarang hanya perhati je yang mampu saya lakukan. Tskk. Sungguh sedih rasa hati saya.




Antara pemerhatian yang saya dapat:

 1) Mood kerja saya akan serta merta jatuh merundum bila office mate saya yang berbangsa 'C' masuk ke ofis. Dengan mata sembab kulit berminyak saya kira beliau tidak mandi. Oh sungguh shit rasanya. Ibarat berak tak cebok. 


2) Kalau dekat jalan raya, antara kereta yang gengster saya dapat lihat ialah kereta Kancil, Kerani Kenari, Kelisa dan Viva. Mungkin saiz mereka yang kecil berdesup desup mencelah. Tak kurang tonjol-tonjol bontot kereta depan sebab slow mungkin. 


3) Sekarang kan musim kahwin. Jadi makcik-makcik akan membedil pasangan itu dengan tanya soalan sama ada kerja kerajaan ke tak. Saya tak faham apa yang mereka fikirkan. Bila perhati anak-anak mereka lagi tak jadi orang. Mungkin mereka concern, mungkin. 


4) Sejak beberapa bulan yang lalu saya ada apply2 kerja lain. Mana tahu ada rezeki saya dapat kerja KL. Dekat sikit dengan pak mat tempe saya. Tapi nak tau satu rahsia, semua yang saya apply semua tak sangkut. Saya dah kira tahap tak laku ke T___T


5) Saya perhati orang sekarang kalau kahwin mesti letak nilai hantaran yang pelik-pelik. Mereka kata sempena nombor special mestilah kena abadikan. Jadi saya pon nak macam tu. Hantaran berdasarkan umur. Kalau saya kahwin umur 25 tahun, jadi hantaran saya rm25k. Kalau bakal suami saya mampu, saya nak sentiasa postpone tarikh bahagia kami. Untung bagi pihak saya :D


6) Walaupun abah saya seorang tukang urut, saya tetap malu untuk mintak urut dari dia. Saya ni normal ke tidak? Saya tahu saya normal, saya malu sebab saya anak dara sunti kan.


7) Perhatian yang terkahir, saya boleh kategori diri saya sebab tak ada sifat intergriti dalam diri. Dekat ofis pon masih nak update blog. Betapa kurangnya ajaran saya kan.


Ok lah, saya penat menulis nak study facebook and twitter kejap. Baibai. 


  


 

Monday, November 19

kisah adik beradik

Bercerita soal adik-beradik memang tak pernah habis. Tambah dengan jumlah adik beradik yang ramai. Pening kepala ni hah nak faham setiap satu perangai. 




Sebagai seorang anak tengah aku agak bersyukur. Sebabnya aku boleh tau beza perangai antara dua generasi. Yang sulung dah mencecah umur 31 tahun manakala yang bongsu baru masuk 11 tahun. 20 tahun beza tu seems rare uolsss.


Time kecik-kecik dulu yes, aku rimas sebab ada adik beradik yang ramai. Sebabnya mak atau abah tak bagi full concentration dekat aku. Bukan aku sorang, yang lain pon merasa. Kasih sayang nak dikongsi 7 dalam masa yang sama macam mana lah. Mau botak kepala sang emak dan abah. 




 Tapi makin lama makin dewasa aku rasa hidup aku sangat sempurna. Dikurniakan emak abah yang kadangkala sporting, adik beradik yang gila membuat aku bangga dengan family sendiri. Mungkin sebab masing-masing dah besar, dah pandai pikir mana baik mana buruk. Kalau dulu bergaduh sajalah kami. Sekejap sekejap gaduh, nangis, ketawa. Tak ke gila nak melayan tu.


Walaupun kami berbeza dari segi bentuk tubuh badan, yang pasti aku bersyukur kerana family aku makin lama makin berkembang dari segi jumlahnya. Dari segi berat badan boleh juga dipertimbangkan. Insya-Allah kalau tak ada aral melintang, tahun depan bertambah seorang baby dan seorang abang ipar. How cool ^^





Pencinta family,
Huda Jamil.