Monday, October 8
air muka
Setiap orang memang dilahirkan mempunyai air muka masing-masing. Jadi tugas kita adalah untuk menjaga air muka tersebut kerana air muka melambangkan maruah diri masing-masing. Akan tetapi tugas orang sekeliling diri juga bertanggungjawab atas tujuan yang sama. Saling menjaga air muka sangat indah bukan?
Bila mana dalam satu komuniti, kita dah cukup baik jaga air muka kita tapi tuptup kawan kita sendiri memalukan kita dengan cakap sesuatu yang agak memalukan di pihak umum apa perasaan kita? Tak ke rasa macam nak tibai kepala dia pakai baldi. Dalam hati, eh macam bagus pulak kau nak mengata aku kat depan orang lain.
Jadi, secara tak langsung perasaan negatif itu akan berlarutan dan seterusnya menjadikan hubungan yang tegang antara satu sama lain.
One thing la yang kita kena ingat, selagi kita jaga air muka orang, orang pon akan takut nak jatuhkan air muka kita atas dasar hormat. Adat manusia tiada yang sempurna. Jika berlaku kesilapan, tegurlah dengan cara yang sopan. Bak kata santapan minda,
"Walaupun kita betul, tidak bermakna kita layak untuk menghina orang lain yang melakukan kesalahan"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Betul.. berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata2 takut terguris hati org yg mendengarnya
kan mekar. kata2 ni mmg tak nampak. tapi sakitnya sampai ke sudah.
jaga hati org lain,insyaallah ALLAH akan jaga hati kita..jaga air muka org lain, insyaallah ALLAH sntiasa akan jaga aib kite..CHILL~
betul! sama2 menjaga kan itu indah.
Post a Comment