berapa ramai dah?

Wednesday, February 29

wordless wednesday #


Wordless Wednesday yeow. Hari di mana keyboard akan menyalak sekiranya digunakan secara berlebihan. Btw, kat bawah ni gambar gambar destinasi yang termasuk dalam perancangan Cuti-cuti Malaysia aku. Lets start!


Pulau Pangkor
09 ~ 11 Mac 2012



Genting Theme park
Around April 2012. Yuhuuuu!!



Pulau Langkawi
30 ~ 04 Sept 2012



Langkawi Cable Car
Around above date. Martopo, meh try meh. :P



Ehem, teman gulahati konvo :P
Dalam bulan 9-10 gitu la.



Scholar's Inn, UTM Skudai
This coming March with Martopo. Oh yeh Oh yeah!




So Martopo, tak sabar gila nak berholiday dengan korang. Save the date yaa.




Mungkin nampak agak sedikit jakun ye di situ. Orang lain dah berkurun pergi. Tapi aku? Aku ni hanya mampu merancang. OMK. Kesian gilo. Sob Sob. But, ape pon sangat tak sabar okeyh. :D





Tuesday, February 28

mulut berbau tahi


Lama tak update blog papa hina kedana ni. Tu la dok melayan sedih yang konon-konon agak melampau memang macam tu. Dari seorang yang kasar kedaung when its come to love, yes, I will be so so so jiwang gila.


Okie, lets back to the main point, BAU
MULUT. Cube hangpa sume try bau mulut hangpa wangi atau busuk seperti tahi pada waktu ini. Cer try cer try. Kalau busuk tu diingatkan sila jangan bercakap dengan orang sekeliling ye or else kamu akan dikutuk dalam hati semahu-mahunya.



Macam ni situasi yang aku selalu kena tempuh hari-hari time bekerja. Dia ni sangat baik, sumpah baik. Tapi kebaikan dia ni sering tertutup atau dihalang dengan bau mulut sendiri. I'm not sure whether she brush her teeth or not every morning. Sebab bau memang haprak gila yang ampun.


Dari wujud rasa hormat kadang-kadang terlepas jugak kutuk dalam hati. Bila dia mula cakap dengan aku mulalah hidung aku dengan sendirinya akan kembang macam bunga bila tiba musim bunga. Langsung tak boleh hand lah wey.




So, bukan aku nak kata mulut aku wangi sangat . Tapi berwaspadalah dengan golongan seperti ini. Kau tidak akan berasa aman jika dekelilingi dengan golongan seperti ini. Bukan nak memburukkan tapi sebagai peringatan yang bau mulut ni sangat berguna kepada pembawakan diri :)



Akhir kata, jaga bau mulut masing-masing ye :)



p/s: Pernah tak time solat jemaah, saf rapat2 tiba ada yang sedawa bau pedas ke durian ke. Macam celaka bukan? :P






Thursday, February 23

psychological fact


"When a person cries and the first drop
comes from the right eye, it's happiness.
But when the first roll is from the left, it's pain"




Air mata. Ye air mata. Sangat senang nak terabur keluar. Kadang-kadang tak sempat nak selidik eye drop kiri ke kanan keluar dulu. Tapi malam ni belah kiri keluar dulu. Mungkin sedih kat situ. Mungkin.

and I really mean it.


Sunday, February 19

weekend di festival layang-layang




Selama 22 tahun hidup memang tak pernah sekali pon aku menetap dekat luar dari Johor. Baik sekolah atau pun universiti. Memang rasa-rasanya kahwin pon dengan orang Johor kot :P Okie, tu sangat tipu sebab Mr. Gulahati orang Pahang.


Tapi baru terasa diri aku NOOB gila sebab langsung tak pernah pergi pesta layang-layang tu weyh. Bukan jauh pun, setakat dekat Pasir Gudang tu je hah. Mungkin sebab aku ni jenis tak suka dengan hiburan so aku tak terdedah dengan benda benda ni semua. :P

Walau apa pon alasan aku tetap NOOB! -.-"



Oleh sebab yang demikian, pada minggu ini aku berjaya jejakkan kaki ke festival tu seyh! Lagi sekali BERJAYA. Gambar di bawah adalah sebagai bukti. Nah!



Err, cukup percaya tak dengan gambar kaki bercagu tu? Hehe. Nahhh. Another picture of mine :)



Terima kasih sangat sangat dekat Kimi sebab gambar yang kau amik ni sangat jelas dan AWESOME -.-" Boikot aku lettew.




Anak dara Pakcik Jamil yeoww! Jelas lagi bersuluh aku paling pendek.



Dua ketol adik yang beriya gila ajak pergi pesta ni. Padahal penat je pon lebih.


Senarai negeri, negara yang turut serta



Help! help! sesak nafas eden tengok orang ramai2. Need CPR right now :P



Versi burung hud hud



Ini awesome, ikan pari in da house!!!



Gotcha! Kenapa 'layang-layang' adik always terbang ni. Jeles lah :(



Toy girl. Digunakan untuk menghulur layang-layang. Haha



Nice view sebelum hujan turun dengan meriah



Pengakhiran hari yang awesome ni berkahir dengan hujan selebat lebat tidak yang memerlukan kekuatan fizikal dan metal untuk berlari secepat mungkin ke kereta yang park jauh gila dengan tempat kejadian. Phewww!



- THE END -


Thursday, February 16

sharing is caring ♥


Masa godek-godek dekat fb tadi, dari atas scroll ke bawah (siap older3 post lagi) and dari bawah scroll ke atas, ternampak satu phrase yang sangat membuat aku terkedu. And I think I should share this thing with my dearest friends right here.



Adat manusia, tidak pernah ada yang sempurna kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah. Jadi, bersyukurlah kerana kita masih diberi nafas untuk memperbaiki dan menginsafi diri dari perbuatan lampau :)





Monday, February 13

ke mana hilangnya mereka?


Tajuk entry lebih kepada menggalakkan anda untuk menghilangkan segala jenis kekaratan di kepala otak anda bagi mengingati segala apa yang terjadi pada zaman dahulu. Can you refresh your mind about all things that come across during our childhood? Cer pikir, cer pikir.


(1) Gula gula tarik



Siapa yang tak pernah jumpa gula gula ni memang patut rasa loser sekarang ni. Selalunya kedai pak haji depan sekolah akan jual gula gula ni dengan harga tiga posen tunai. Siapa yang paling panjang tarik tanpa putus akan dianggap sebagai hebat kebabom. Rasa masyuk berulam eksaited kalau dapat gula-gula ni.


(2) Sagun






sagun dan
cara makan







Haa yang ni yang ni!! Faveret aku. Asal balik sekolah agama mesti beli 2 batang. Biar mulut penuh dengan habuk putih. Janji nafsu aku yang gilakan sagun ni dapat dipenuhi. Cara makan memang mudah. Dongakkan kepala setinggi mungkin. Letakkan hujung sagun dalam mulut lantas ketuk-ketuk sehingga masuk ke mulut. Sedap wooo. Double loser bagi yang tak pernah makan sagun. Wahaha.


(3) Sate yang kecik kecik



Ponn ponn. Bunyi hon motor bila budak-budak bertempiaran keluar dari pagar sekolah. Tahu ape ni? Sate comel dengan kuah yang mabeles yummeh. Sebatang RM0.20, so selalu beli 5 batang terus. Kalau pakcik tu bagi kuah banyak lagi best. Bole gigit hujung plastik then hirup lah. Kalau mengalir sikit sikit dekat lengan tak apa. Baru kewl.




(4) Brick game



Feewit. Benda alah ni mai pakat ramai ramai beli dekat pasar malam dengan harga RM10. Tu pon kalau ada lagi kan. Gila berhantu benda ni. Sampai gaduh nangis2 sebab nak berebut. Balik-balik game susun batu bata tu jugak yang ekau main. Maklum lah dulu mana ada PSP, angry bird. Ni je lah pon hiburan hari minggu.



* * * * * * * * * * *



Erk. Tu yang mampu aku tuliskan. Banyak lagi game atau benda yang muncul masa zaman kecik kecik kita. Contoh game cop tiang, lubang tikus, galah panjang, makan pulak: roti canai tapi makan melalui lubang kat hujung plastik. (faham enggak)?


Tapi yang menjadi tanda tanya, ke manakah hilangnya benda alah tu semua? Mungkin budak sekarang terlalu maju untuk encounter dengan game-game pada zaman kita. Oh, memory. Aku sangat merindui zaman kecil selekehku.








Friday, February 10

family is everything ♥



Family. Word yang mudah tapi mempunyai maksud yang complicated di dalamnya. Sejauh mana kita lebihkan kawan kita tapi akhirnya dengan family jugak kita mengharapkan pertolongan. Yeah it's so true.


Contoh aku. Kalau dekat U dulu memang jarang gila call rumah konon-konon happy duduk U dengan martopo. Tapi bila in case emergency, tak ada duit ke apa dengan family jugak aku mintak tolong. And satu yang kena ingat. Bila kita mintak duit mak tak kan sesekali kata tak ada lah apa lah. Seboleh mungkin mak usahakan untuk sediakan duit yang aku mintak tu. So touching mak :'(




Seburuk mana pun kita family tetap terima seadanya walaupun kadang-kadang tu gaduh jugak. Adat. Darah daging sendiri, mesti pernah tersiat walaupun sikit kan? Tapi tu semua tolak tepi atas dasar keluarga, adik beradik.


Tengok gambar hoak atas tau family aku sangat besar. 7 adik beradik. 4 lelaki 3 perempuan. Macam ni punya ramai kalau gaduh syiok. Sulung gaduh dengan yang keempat. Ketiga dengan yang keenam. Last dengan kedua. Tapi macam tu lah indah. Gaduh tapi sayang.


Jadinya, apa point yang kukuh untuk kita tinggalkan family kita?





oh teruja semua nak kahwin


Salam Jumaat sayang-sayang semua :)

Aku ada persoalan. Dulu masa kecik-kecik kita tak kisah pon lantaklah. Tapi bila dah besar macam ni and ramai kawan-kawan dah nak ke arah itu baru kita akan rasa teruja, tergamam, terkejut dan tak sabar yeow. Cuba teka apakah itu?


The answer is pertunangan dan perkahwinan. Ye. Umur 22 tahun bagi aku adalah umur permulaan stress yang agak melampau. Sebab sana sini invitaition tunang dan kahwin sambil kita fikir bila pula turn kita.


Nak bukti? Nah. Amekaw.


Fokus dekat 4 & 12 hb


And mesej yang masuk di kala aku sedang saja membizikan diri dengan kerja pending:


" Salam..huda bizi ke (haah,aku tengah bz lah kot agaknya)..
nak tanya, ada alamat penuh geng martopo..
nak bagi kad jemputan. kalau ada emailkan dekat lin "




Kejam kan dorang kejam kan :P Kitew punyew turn bilew lagiey? (nokhorom, pui)


Okie entry lebih kepada kecelaruan perasann antara jelous dengan kusut sebab bank reconcile tak tally. Huhu. Anyway, selamat menjalani kehidupan baru my friends. Doakan aku juga sempat untuk melalui 2 alam ni eah alam perkahwinan. Hee :')


Eah nak tepek satu gambar curi. My bestie, one of martopo tunang masa 4hb tu. Cantik sungguh. Tahniah!


Senarai ikut tinggi :P : dana, ila, as, sazni, yaya



Ini pula, my dua pupu kawen. Umur sama, nama pon sama :)



Tuesday, February 7

teka teki teka tekuk


Zaman lampau sangat indah untuk dikenang bukan? Siapa yang hidup dengan hingus meleleh sampai ke mulut dan keluarkan lidah untuk menjilatnya pada tahun 90-an sila kembangkan hidung sekarang!


Siapa yang tak kembang hidung tu maksudnya anda terlalu muda dan juga boleh digelar berusia. Haha :D Dah-dah. Aku suka lari topic, jadi back to the right track, korang ingat lagi tak teka teki zaman kita dolu-dolu. Selagi cikgu tak masuk selagi tu berteka-teki dengan kawan. Habis penuh buku nota dengan lukisan Gred E korang kan.


Meh sini aku ingatkan balik, otak-otak hang yang dah rusting ni.



* * * * * * * * * * * * * *


(1) Sebelah kiri rumah Ali, sebelah kanan rumah Abu. Cuba cari mana berus gigi?

Ans: Dekat rumput. Rumput = berus, jalan= pemegang


(2) Apa nama lelaki yang terdapat dalam tubuh badan seorang wanita. Tak kisah lah perempuan tu cantik ke huduh ke. Cer teka cer teka.
Ans: Rahim


(3) Kotak apa yang tak boleh nak dingkat walau dengan apa cara sekalipun.
Ans: Kotak penalti


(4) Perginya terbang, baliknya berenang.
Ans: Joran pancing ikan.


(5) Kalau gajah naik kereta, manusia naik apa.
Ans: Naik heran la der.


(6) Hujan turun superman pon datang.
Ans: Hingus. Hujan tu hingus. Superman tu tangan. Sepantas kilat nak mengelap.


(7)
Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Ans: Donut. Keria pon boleh juga.


(8) Yang ni tragis. Masa dia hidup, kita nyanyi. Bila dia mati, kita tepuk tangan.
Ans: Lilin cake Happy Birthday


(9) Bila kita masukkan, dia tegang. Bila kita keluarkan, terus kendur.
Ans: Stokin


(10) Benda apa yang bila dicuci dia hitam, bila kototr dia putih?
Ans: Papan hitam.



Dah tu je la. Malas la nak taip bebanyak. Btw, aku suka main teka teki dengan budak noob. Berusaha nak cari jawapan tai sentiasa salah. Aku berbulu dengan orang yang sentiasa tahu the correct answer bila aku bagi soalan. Macam kena tikam belakang je rasa.




Thursday, February 2



Tiba tiba muncul satu perasaan halus yang mengtakan, "Oh bestnya pregnant dapat baby". Ni semua gara-gara tengok gambar kawan dah pregnant lah ni. Masak weyh masak. Dah parah sangat ke aku ni. Naluri keibuan dah datang, tapi duit belum ada di tangan.




Tipikal betul fikiran aku. Asal yang jadi penghalang untuk kahwin je mesti duit. Padahal ada macam-macam hal lagi. Contohnya, kau ni pandai masak ke? Pandai urut ke tak? Tau tak macam mana nak masuk dalam family laki kau? Nak amik hati mak mentua pulak apa cita? Kalau pak mentua ajak berbual kau tau ke macam mana nak sambung perbualan tu? Kalau mak abah laki kau tak suka kau macam mana? Fuuuuuuuuuuuuuuuu. Fuuuuuuuuuuuu. Fuuuuuuuuuuuuu. Banyaknya kena fikir. What the...



Jadinya, starting from now, aku kena lah ubah sikap dari satu ke satu supaya boleh jadi menantu yang disayangi, kakak ipar yang disukai, isteri yang dicintai. Woww, gila lah. Awie dalam sembilu, jiwang siot aku. Hahaha.


Tapi apa pon aku courious gila nak tahu macam mana rasa pregnant. Apa rasa kalau baby tendang, perut mengeras, baby dalam perut menggeliat, cakap2 dengan baby dalam perut. Conclusionnya, Parahnya aku.




Wednesday, February 1

wordless wednesday #



Untunglah, hari ni hari wilayah. Boleh bersenang lenang tengok tv sambil terkangkang dekat rumah. TAPI, TAPI TAPI...



Gambar kat atas jelas menunjukkan aku tinggal kat Johor Bahru. So?


Aku jeles TAHU? -.-"