berapa ramai dah?

Sunday, December 30

what a stressful day

Tak pernah rasa stress macam bertimpa-timpa dan hari ni terjadi segalanya. Ohoohoo. Stress! Rasa macam nak menangis rasa hati kita. 



Nah aku bagi tau apa yang terjadi start dari pagi:



- Perjalanan ke Kota Tinggi nak attend Dyan's E-day. Dah 1/3 perjalanan kena patah balik sebab lupa bawak bouquet.


credit : syamilah's photo


- Salah jalan. Huda, anak Johor murtad. Jalan nak ke Kota pon tak pass lagi. Sampai ke Puteri Mart apa cerita.


- Balik dari majlis, jem sepanjang jalan. Kena tempuh 2 jem, 1 disebabkan accident, 1 lagi sebab orang buat jalan. Nak tar segala! Ambil masa dekat 2 jam dekat situ. Wuwuwu T__T


- Nak habaq, kereta kita ni jenis yang tak ada aircond, kete atuk la katakan. jadi bersauna sepanjang perjalanan. Kalau buat kurus tak apa, ni naikkan darah kita adalah.


- Petang tadi, tolong abah print surat Mesyuarat dia. Save dekat pendrive, gotcha! Sampai dekat kedai document tu corrupt!!! Why Why Why. Terpaksa patah balik rumah semula.


- Kali ke 2 pergi after maghrib, haa time tu baru dipermudah segala-galanya. Hari ni saja dah berapa kali si Kancil kena hon ponponpon. Orang pertama hon, Pak Mansur misai penuh.


- Stress kali terkahir, dah balik rumah baru perasaan seluar lupa nak zip. Halalkan makan minum anakanda yek Cik2 sekalian.


- STRESS YANG PALING STRESS: 


BUKU ASB HILANG. KAU TAU TAK DAH HUJUNG TAHUN NAK HILANG BAGAI???????


-

Wednesday, December 26

selamat datang 2013

Sekejapnya lah hai 2012 berlalu. Sila check kalendar, tinggal 5 hari je wei. 5 HARI. *tepuk tampar lempang pipi sendiri. Oh makkkkk, kita dah nak masuk umur 23 tahun. Tua dah. Umur remaja semakin menjauhi, umur dewasa semakin menghampiri.


Moh le review apa yang kita dah buat sepanjang tahun ni. Dengarnya masa 2011 ada azam baru untuk 2012. Tercapai ke tidak ye. Sila rujuk link ini untuk pencerahan bersama Garnier Light. 


1) Cari kerja bagus-bagus


 
Doakan kita ye untuk dimurahkan rezeki untuk hari hari mendatang. Sedang mencuba apply kerja di sana dan di sini untuk mendapat lebih pengalaman. Jangan mudah mengalah ya Huda! Sila berbakti pada parents dan adik-adik selagi umur masih ada. Sila Huda, sila.


2) Menjadi someone yang better

Eh ni azam sepatutnya untuk setiap masa dan ketika. Bukan untuk setiap naik tahun baru je. Ye, akan mencuba untuk mengubah diri menjadi lebih baik.


3) Kumpul duit beli kereta dan rumah

Haa ni azam tahun lepas-lepas yang tak masuk dek akal. Ada ke nak Vios TRD Pink. Ingat senang ke nak cari duitttt T_______T . Kita nak beli cikai-cikai pon menahan perut. *tapi tak kurus jugak! Rumah tu hold dulu lah. Bincang dengan bakal suami nanti. Ececeh




Yang ini azam tambahan bermula dari tahun 2013. 

1) Belajar MASAK

Masalah anak-anak muda sekarang. Kemain gatal nak kahwin bagai, siapa imam aku, siapa empunya tulang rusuk aku. Tapi bab masak punah seribu harapan. Aku la tu aku la tu. Sila mengaku. Jadi azamnye mahu belajar masak. Bukan setakat pandai buat dessert saja.


2) Sila kurus wahai badan

Impian dari zaman sekolah nak kurus. Sampai sekarang tak membuahkan hasil. Mana taknya azam langsung tak seiring dengan usaha. How come you want to be like Tyra Banks? How!



Banyak lagi impian. Kalau setiap satu kena mention dalam blog memang sampai anak darjah 1, 2, 3 tak siap siap. Anyway, semoga tahun 2013 memberikan 1000 atau lebih kebaikan kepada kita. Dan yang palin penting, usaha ke arah perubahan itu tidak pudar di tengah jalan, diucapkan kepada penulis blog ini yang sedang memakai baju Phuket dan seluar leopard printed serta rambut tocang di tepi di atas katil.


Sekian,
Huda Jamil, XOXO

 


 

Friday, December 21

aku ingin pergi jauh

Aku nak pergi jauh sejauh yang mungkin. Jauh dari segalanya, jauh dari yang sedia ada. Bukan aku tidak bersyukur tapi ingin memperbaiki. Yang buruk menjadi indah, yang tidak sempurna menjadi sempurna dan begitu juga sebaliknya.

Dah lama rasanya aku duduk Johor. Dari aku kecil, dibesarkan dan dimanjakan di Johor. Sekolah Johor, matrik Johor, U Johor, kerja pon Johor. Nasib Muhai orang Pahang kerja Damansara. Merasa jugak aku keluar dari Johor. Tapi sempat ke, *I wish sempat

Jika diberi peluang, memang ingin benar aku ingin hidup berdikari, berada di bawah penjagaan sendiri. Mampu atau tidak itu belakang cerita. Yang penting cuba. Semoga usaha aku membuahkan hasil. :'(



Wednesday, December 19

it is not related with RACE

Bekerja di company bawah naungan kaum C memang sungguh mencabar mental dan fizikal. Disuruhnya kita macam-macam. Bila tak dapat dibuat ditanya lagi itu dan ini. Pernah satu hari, air mata serta air hidung mengalir serentak.


Aku bukan bercakap atas dara perkauman. Aku cakap atas dasar perangai, hati budi dan perasaan. Oh ye tak adil untuk menyalahkan seseorang atas dasar contoh, "Cina memang badan busuk macam celaka". Bukan tu maksud aku. Sebabnya ada juga Melayu yang bau ibarat peluh terkepam di bawah bulu-bulu badan yang tebal. Get it?


Dulu ye, aku berfikiran macam tu. C itu tidak berperikemanusiaan. Tapi cuba hampa masuk dalam situasi aku, ini bukan jenis C lagi dah. Ni tak tau nak cakap, perangai dia serupa HAPRAK. Ingin sesuatu yang teliti dalam kerja hanya dengan mengarah, tanpa melihat dan ending hanya mahu result. Ketua apakah? 


Maksud aku, pernah je aku berkawan dengan C dan mereka baik, faham dan bekerjasama. Tapi yang sorang ni Ya Allah macam nak korek jerawat dia satu-satu. Keras kepala mengalahkan kelapa. Jadi, tak semua orang kita boleh label negatif atas dasar bangsa dan kaumnya, ini lebih kepada perangai. Cara pembawakan diri.


 Satu hal aku tak faham, macam mana gepren dia boleh faham perangai dia serupa tahi tu. Hurmm, wonder.


Wednesday, December 12

diari 12.12.12

Perlu ada entry menjelang tarikh, bulan dan tahun yang sama, iaitu 12.12.12. Awesome gila kan, tarikh ni. Tapi, aku masih menjalani kehidupan yang sama, di mana ke'awesome'an itu tiada bagi aku. 

 Tapi ada satu yang best

"Hari ni aku makan maggi tomyam jenama Mamee"



Oh itulah yang berlaku pada hari ini. Sekian.  

xoxo, H. 





Wednesday, December 5

sedih

Sedih. Terma yang semua orang tahu melibatkan perasaan dan air mata.
Mereka kata perkara sedih jangan dihebohkan.
Perkara gembira perlu dikongsi. 
Tapi apa kuasa aku, aku tak mampu =(

Aku tak mampu memendam perasaan sorang-sorang. Jauh sekali untuk aku bercerita.
Mengongoi menjaja kisah-kisah sedih.
Jadi blog pentas yang sesuai untuk aku mengahmbur segala yang terbuku.

Secara luaran, mereka gembira.
Riak wajah mereka menggembirakan semua yang di sisi.
Tapi jauh di sudut hati, mereka berada pada tahap sedih yang amat.

Diberi ujian dari awal perkahwinan, tetapi masih kekal hingga sekarang.
Di saat ujian semakin memberat, rezeki anak di atas bagi.
Indah pemberianmu, tidak terjangkau dek akal fikiran.

Atas dasar itu aku pasti. Kami pasti.
Di sebalik ujian yang diberi, pasti ada kemanisan di hujungnya.
Berserah kepadanya, berusaha dan percaya pada Qada' Qadar.
Pasti ada kebahagian suatu hari nanti. 


   

Wednesday, November 28

fakta duduk dan gemuk

Nama saya Huda atau nama penuh Nur Syuhada Binti Abdul Jamil. Baru sebentar tadi saja membaca tweet dari MedikTV agak terkejut juga saya. Tweet yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:



"Apabila anda duduk terlalu lama,tubuh anda akan menukarkan lebihan gula dlm badan menjadi lemak.Ini akan membuatkan anda njadi lebih gemuk"

&
"Duduk terlalu lama juga akan merosakkan saraf & sel-sel darah dan akan meningkatkan risiko penyakit diabetis dan masalah buah pinggang."


Hanya Tuhan yang tahu betapa terkejutnya saya baca tweet tu. Patutlah saya dengan tong ikan tak ada beza menjelang tahun 2013 ni. Hai kenapa lah saya baru baca fakta itu tahun ini. Kalau saya tahu sejak dari muda remaja mesti saya berusaha untuk menjadi secantik Tyra Banks sekarang. Oh sedihnya saya.


Maka saya perlu menggerakkan anggota badan saya. Update blog sambil menggelek pinggul ke kiri dan ke kanan itu sangat ohsem. Pinggul, sopannya saya. 


Ada sesiapa yang mahu mengenali saya? Tiada ke? Oh lagi lah double sedih saya. Tolong lah kenal dengan saya, saya kesepian. Ok saya mulakan, Hai saya Huda, 22/F/Johor. Awak? 


Mentang-mentanglah saya ni gems gems tak ada pon nak kawan dengan saya. Tunggulah bila saya sudah berbadan kerengga, pasti ramai yg mahu saya. 

 

Monday, November 26

realiti kehidupan

Hari-hari hidup yang saya lalui adalah sama. Tak berubah walau sekelumit pun. Masuk kerja pukul 8 maka setiap hari pukul 8 saya baru gerak dari rumah. Maklumlah saya kan bos, ehem terbatuk pulak. 

Saya sering memerhatikan orang di sekeliling saya. Kalau dulu ada roomate suke mengamlkan sistem perhati dan mengumpat. Sekarang hanya perhati je yang mampu saya lakukan. Tskk. Sungguh sedih rasa hati saya.




Antara pemerhatian yang saya dapat:

 1) Mood kerja saya akan serta merta jatuh merundum bila office mate saya yang berbangsa 'C' masuk ke ofis. Dengan mata sembab kulit berminyak saya kira beliau tidak mandi. Oh sungguh shit rasanya. Ibarat berak tak cebok. 


2) Kalau dekat jalan raya, antara kereta yang gengster saya dapat lihat ialah kereta Kancil, Kerani Kenari, Kelisa dan Viva. Mungkin saiz mereka yang kecil berdesup desup mencelah. Tak kurang tonjol-tonjol bontot kereta depan sebab slow mungkin. 


3) Sekarang kan musim kahwin. Jadi makcik-makcik akan membedil pasangan itu dengan tanya soalan sama ada kerja kerajaan ke tak. Saya tak faham apa yang mereka fikirkan. Bila perhati anak-anak mereka lagi tak jadi orang. Mungkin mereka concern, mungkin. 


4) Sejak beberapa bulan yang lalu saya ada apply2 kerja lain. Mana tahu ada rezeki saya dapat kerja KL. Dekat sikit dengan pak mat tempe saya. Tapi nak tau satu rahsia, semua yang saya apply semua tak sangkut. Saya dah kira tahap tak laku ke T___T


5) Saya perhati orang sekarang kalau kahwin mesti letak nilai hantaran yang pelik-pelik. Mereka kata sempena nombor special mestilah kena abadikan. Jadi saya pon nak macam tu. Hantaran berdasarkan umur. Kalau saya kahwin umur 25 tahun, jadi hantaran saya rm25k. Kalau bakal suami saya mampu, saya nak sentiasa postpone tarikh bahagia kami. Untung bagi pihak saya :D


6) Walaupun abah saya seorang tukang urut, saya tetap malu untuk mintak urut dari dia. Saya ni normal ke tidak? Saya tahu saya normal, saya malu sebab saya anak dara sunti kan.


7) Perhatian yang terkahir, saya boleh kategori diri saya sebab tak ada sifat intergriti dalam diri. Dekat ofis pon masih nak update blog. Betapa kurangnya ajaran saya kan.


Ok lah, saya penat menulis nak study facebook and twitter kejap. Baibai. 


  


 

Monday, November 19

kisah adik beradik

Bercerita soal adik-beradik memang tak pernah habis. Tambah dengan jumlah adik beradik yang ramai. Pening kepala ni hah nak faham setiap satu perangai. 




Sebagai seorang anak tengah aku agak bersyukur. Sebabnya aku boleh tau beza perangai antara dua generasi. Yang sulung dah mencecah umur 31 tahun manakala yang bongsu baru masuk 11 tahun. 20 tahun beza tu seems rare uolsss.


Time kecik-kecik dulu yes, aku rimas sebab ada adik beradik yang ramai. Sebabnya mak atau abah tak bagi full concentration dekat aku. Bukan aku sorang, yang lain pon merasa. Kasih sayang nak dikongsi 7 dalam masa yang sama macam mana lah. Mau botak kepala sang emak dan abah. 




 Tapi makin lama makin dewasa aku rasa hidup aku sangat sempurna. Dikurniakan emak abah yang kadangkala sporting, adik beradik yang gila membuat aku bangga dengan family sendiri. Mungkin sebab masing-masing dah besar, dah pandai pikir mana baik mana buruk. Kalau dulu bergaduh sajalah kami. Sekejap sekejap gaduh, nangis, ketawa. Tak ke gila nak melayan tu.


Walaupun kami berbeza dari segi bentuk tubuh badan, yang pasti aku bersyukur kerana family aku makin lama makin berkembang dari segi jumlahnya. Dari segi berat badan boleh juga dipertimbangkan. Insya-Allah kalau tak ada aral melintang, tahun depan bertambah seorang baby dan seorang abang ipar. How cool ^^





Pencinta family,
Huda Jamil. 

  

Tuesday, October 23

kuasa duit

Memang benar bagai dikata, duit bukan segala-galanya. Tapi SEKARANG segala-galanya memerlukan duit untuk terus survive. Haa ni yang terasa macam nak karok lagu 'I will survie' dengan confident tanpa menghafal lirik yang betul. 




Berbalik kepada duit, aku tak gemar bila drama-drama Melayu kerapkali mengatakan tak ada duit pun tak apa, janji kita bahagia berdua. Dengan cinta sejati kita yang abadi semua masalah boleh dihadapi. Boleh percaya? Kerat jari meh kalau ada yang dok angguk2 kepala tanda setuju.


Mungkin betul tapi tidak sepenuhnya. Duit masih memainkan peranan penting dalam kehidupan. Bak kata roomate aku dulu kalau tak ada duit boleh kata macam ni dekat kedai runcit,"Pakcik saya nak beli gula 1kg tapi saya tak ada duit. Yang ada cinta sejati kami je". Memang sah2 kau kena tendang melambung dengan pakcik tu. 


  Aku ada pengalaman kenapa aku kata duit tu penting dan berkuasa. Meh sat dengar cerita aku. Ceritanya bermula macam ni. Masa tu aku tingkatan 2, sekolah asrama. Kalau duduk asrama mesti tak sabar-sabar nak balik kan. Dan aku pon sama berperasaan begitu. Nak dijadikan cerita duit dalam wallet tinggal dalam RM2-3 je. Salah aku jugak, dah tau nak balik duit tak nak mintak dengan parents. Nak mintak kengkawan malu. Demm.


Ni contoh bas JM yg aku naik


Aku gagahkan juga nak balik ke JB walaupun aku tahu tambang dari Ayer Hitam ke Batu Pahat untuk seorang budak sekolah masa tu RM4.80. Berani mati bukan? Masa tu naik bas tabung. So sebab tambang RM4.80 aku masukkan je duit yang ada dekat aku satu set dengan duit syiling dekat tabung bas. Bila pakcik tu tanya, cukup tak aku terpaksa menipu dengan menjawab, "Cukup pakcik". Nasib aku baik, pakcik tu percaya dan bagi tiket bas dekat aku. Pheww~


Bila dah sampai stesyen bas Larkin, aku baru perasan yang aku akan hadapi satu masalah lagi. Disebabkan dalam wallet hanya tinggal agas dan unggas, macam mana aku nak call rumah untuk mintak orang pick up? Naik bas kena duit apatah lagi naik teksi. Mundar-mandir begitu lama dekat Larkin dan akhirnya TING aku dapat idea. ^^


Perlahan-lahan aku berjalan ke arah seorang makcik dengan muka yang kesian. Kalau korang ada time tu mesti masing-masing dah hadiah penampar dekat aku. Tak padan dengan perangai lahanat buat2 kesian pula. Aku susun ayat macam ni, "Assalammualaikum makcik, boleh tak mintak tolong? Saya nak pinjam 20 sen boleh,nak call rumah tak ada duit =( "   Macik tu kesian dan hulur 50 sen. Wink wink!!!


Haa itulah ceritanya, panjang lebar betul. Kesimpulannya, duit itu penting dan berkuasa. Tapi bila dah berduit tu bersedekahlah banyak-banyak. Semakin banyak anda beri, semakin banyak 'pulangan' yang akan anda dapat =)



 

 

Monday, October 22

bahana marah


Marah merupakan suatu emosi yang tidak dapat dielak oleh mana-mana pihak jika mereka berada dalam situasi yang tegang dan tertekan. Ada jenis manusia yang tidak menunjukkan kemarahannya, ada juga jenis yang suka mengeluarkan melalui perbuatan, kata-kata atau kedua-duanya sekali.





Kita akan berasa puas setelah meluahkan kata-kata yang adakalanya mengguris pihak yang mendengar. Bagi kita itu adalah satu pengajaran kepada mereka agar tidak mengulangi sesuatu yang menimbulkan kemarahan kita pada masa hadapan. Tapi sedarkah anda apa perkataan atau perkara yang anda luahkan ketika marah itu? Lebih kurang 50% daripada kemarahan yang diluahkan adalah dengan menggunakan kata-kata yang tidak patut atau tidak sengaja dikeluarkan. 


Jadi kewajipan kita adalah untuk mengetahui bahawa kadangkala kata-kata yang dikeluarkan adalah jauh lebih menikam jiwa dan sanubari seseorang itu. Jika perbuatan boleh dimaafkan tapi tidak dengan kata-kata. Kesannya memberi impak yang besar kepada pihak yang mendengar. 





Kesimpulannya, perihal kata-kata harus dititikberatkan. Walaupun hanya bercakap di atas angin, tapi percayalah kesannya akan dirasai sampai bila-bila. Anyway, kata-kata kat bawah ni sangat berkait dengan topik marah hari ni :)


"Bersabar dalam marah. Bukan semudah kata-kata. 
Lidah diam tidak berkata, tapi hati sedang membara" 
- santapan minda.




 

Thursday, October 18

perbuatan melambangkan perangai

Okay anak-anak hari ini kita akan belajar mengenai perbuatan. Perbuatan yang baik datang dari hati yang suci ye. Ternyata aku masih mengimpikan kerjaya sebagai guru bila dah besar gini. Persoalannya, kenapa aku tak lulus ujian MEDSI kat matrik dulu? Kenapa dan kenapa?


Itu mukadimah, main point merujuk kepada tajuk. Betul apa orang kata, bila seseorang itu memang diajar dari kecil untuk menjadi seorang yang baik, perangai dan perbuatannya pon akan turut serta baik. Makna kata, "kalau melentur biarlah dari rebungnya".


Jadi tak perlu bermuka-muka menjadi seorang yang plastik untuk menjadi perfect di mata orang. Sebabnya, kita tak akan menjangka setiap saat yang kita lalui masih boleh atau tidak kita menjadi plastik. Contohnya seperti dalam video bawah ni:



Video ni sebenarnya nak buat suprise dekat one of my bff (Asmyda), pakat time ni tepat 6 Dec nak post kat fb. So, buat video ni senyap-senyap, after balik kelas terus berkumpul dalam satu bilik. Tengah syok-syok buat muka comel annoying nak nyanyi lagu birthday, tiba-tiba si Asmyda ni menggatal ketuk pintu bilik. Haa sah-sah berlaku haru biru di situ. Masing-masing terkaku dan ada yang memikirkan macam mana tak nak buat dia terasa sebab terasing. 


Tapi cuba fokus pada aku (baju merah), dalam keadaan macam tu serta merta aku buat-buat tidur. Atas alasan apakah? Perbuatan itu menunjukkan yang aku langsung tak bertanggungjawab. Bila aku belek-belek balik, betul lah. Selama ni aku memang tak bertanggungjawab pun, sentiasa serahkan tugas kat orang lain untuk berfikir dan bertindak. See? Plastik tak akan kekal plastik. 


Kesimpulannya, untuk berlaku baik memang kena tanam dari hati. Kalau hati tu tak selari dengan perbuatan, macam ni lah jadinya. :P