berapa ramai dah?

Monday, December 19

cinta monkey




Pernah tak korang teringat balik cara-cara korang bercinta masa zaman sekolah dulu-dulu. Ada tahap jiwang yang boleh buat muntah hijau tak? Atau mungkin kalau kau cerita dekat orang akan menyebabkan orang kentut tak berhenti-henti?


Jom aku kongsi ape yang aku pernah buat dolu-dolu. Eheh :)


# Balas-balas surat guna kertas kajang. Takpon koyak buku latihan sekolah muka surat belakang. Ayat mesti kena power biar orang cair macam jeli kena matahari bila baca. *Oh jangan lupa, lipatan kena yang paling kreatif okie.


# Surat yang nak dihantar tu kena attached sekali dengan setepek bedak tabur. Biar wangi katanya. Konon-konon sewangi cinta semerbak kasih kita lettew.


# Pas-pas salam dekat kawan sekelas dia time rehat. Kalau boleh pas salam dekat 4-5 orang kawan dia. Baru lah si dia tahu kesungguhan hati kita.


# Bagi hadiah time ada Special Day kat sekolah. Contohnya, ex aku pernah bagi 10 batang lollipop masa Hari Lollipop. Haih, romantik nya. Nak makan pon takut. Hari-hari bawak gulla-gula tu dalam poket depan beg.


# Kira tahap peratusan cinta kau dengan dia. Makin tinggi peratus makin bahagia lah hidup kau di dunia. Haha


# Tukar-tukar gambar. Kalau boleh gambar yang cun gila babis la kita bagi. Baru ada feel nak tengok hari-hari. Tapi aku konpius. Dulu aku bagi ex aku gambar aku pakai baju sekolah tengah duduk dekat buai. Sumpah memang tak senonoh. Dengan kening tak sempat nak ratakan, pakai tudung belakang yang mungkin. Tapi ex aku still kata aku cantik. Dasar penipu weyh cinta monyet ni.


# Kalau yang duduk asrama, cara ni mungkin boleh digunakan. Dating dekat kantin asrama. Lagi ramai orang nampak kita dating, makin bangga lah kita.


gambar google tau ni



Tapi tu semua dulu punya cerita. Sekarang kisah-kisah dulu dah jadi kenangan and aku pon dah jumpa cinta baru yang bersifat lebih profesional dan kadang-kadang romantik. *Erk yeke? Harapan, semoga cinta terkahir berkekala. Aiceh. Amacam? Tekak dah sedia untuk keluar muntah hijau?


18 comments:

Nor Azam said...

sumpah ak x penah buat semua ni. haha

syazwana jamal said...

haha !
betul2.
pernah jugak buat camni dulu.
tak matang.
keh keh keh

huda jamil said...

@azam: sumpah kau tipu aku. tak kan la xpernah. peliks aku.

huda jamil said...

@sj: haha. zaman kecik2 macam ni lah baru seronok kan.

abg macho benci joshua said...

fuuu~

huda jamil said...

eleh abg macho macam rg tak kenal. jangan fuu sangat la. hehe

Nor Azam said...

sumpah x pernah.. ak lambat baligh.. mane pandai bercinta mase sekolah haha

huda jamil said...

berani kau bersumpah azam. haha. tak kan sikit pon tak pernah? sila mengaku. :)

mamat kacak tak suka joshua said...

saya pon tak penah.dah abes skola br ade rase.ekeke

huda jamil said...

yeke? yeke? yeke?

mamat wangi lagi hensem said...

yela.laen la awak.dr kecik smpai besar menggatal je.ekeke

huda jamil said...

itu fitnah. saya jarang menggatal. :( sesekali je la pon.

Unknown said...

haha kelakar kan mase budak2 dulu.. becinta lah sgt.. yg paling tak tahan yg buat surat letak bedak konon nak bangi wangi2 lah.. bhahahaa kelakar! and tak lupa juga pantun 4 kerat.. kahkahkah

huda jamil said...

haah. pantun yang wajib ada cani, "pecah kaca pecah, sudah baca harap bala". haha

SyasyaHaha said...

haha mamat n peah..tp i dulu joyah jer,lg kelasss kau nma.haha

huda jamil said...

u joyah, i jemah. hahaha

Lynn Damya said...

hahahahahaha, entry paling best !!!!
Sumpah aku teringat zaman2 dulu, haha :p aku stalker mamat yg aku suke, tp cinta xberbalas, haha :p btw cinta monyet mmg sengal, haha (>_<)

huda jamil said...

haha. aku pon dulu pena jd stalker. hampa gile. huhu