Hye ^^
Masa kecik kecik dulu mak aku selalu pesan. Belajar pandai pandai, nanti dah besar orang hormat kita . Aku yang tulus lagi suci time tu terus angguk kepala sebanyak 3 kali dan terus sambung buat homework -.-''
Tapi bila dah besar gini aku rasa statement mak aku tu tak cukup nak complete lah kan. Sebabnya bila dah masuk alam pekerjaan ( perghh dewasa gile aku. ahcemmm! ) jaduk betul. Lain khabar dari rupa.
Sebabnya one of my colleague memang pandai. Memang betul tak dapat dinafikan. Kau tanya lah apa2 gerenti jawapan yang memuaskan jadi makanan kau. Nak tanya bab masak, kereta, sparepart, kastam, shipping serah kat dia lah. Memang terbaik sungguh!
Tapi satu pe'el dia yang memualkan tekak aku bila dia ni BERLAGAK habis. Suka merendah-rendahkan orang tak tentu pasal. Oh hello? Kau ni memang spesis mamalia yang dikurniakan akal yang cerdik berbanding orang lain. Tapi kau langsung tak diberi greenlight untuk merendah-rendahkan orang lain. Kau mesti ingat segala apa yang kau ada sekarang milik Yang Satu kan.
Jadinya, main point aku kat entry panjang lebar gini cuma nak edit statement mak aku bagi sedap secukup rasa. Belajar pandai-pandai, bila dah pandai jgn lupa hormat orang. In return kau akan dihormati. Hah ni makan dia!
Oh, itu saja. Tataaa ^^
No comments:
Post a Comment