berapa ramai dah?

Monday, October 31

kepuasan oh kepuasan


Kepuasan

::

Bagi aku kepuasan sangat sangat penting dalam macam macam perkara yang kita lakukan. Err maksud aku lebih kepada kepuasan dalam pekerjaan. Bukan kepuasan lain okie -.-"


Selagi kau tak rasa puas, selagi tu kau akan rasa malas, kuat mengeluh, muka serupa ayam dan sebagainya. Oh aku sedang cakap tentang aku. Ye, aku tengah ada dalam mood tak berapa nak puas sangat.


Pressure makin bertambah, task atas meja makin menggunung tapi wages still same! Wadehek! It is not about I yang suka tangguh-tangguh kerja but it's more bout management problem. Macam mana nak bagi pekerja loyal dengan company ni kalau ni lah cara utk kau jaga kebajikan pekerja.


Zaman sekarang kalau duit masyuk, oraang tutup mulut. Tapi kalau gaji tak asyuuk, kerja makin tambah, memang pekerja tak kan duduk diam lah kan. Alahai, meh sini biar aku jadi employer. Memang tak lah company tu nak membangun. Haha.


Oke, waktu lunch dah habis pulak. Pressure pressure pressure!



( p/s : nak tidur lah gini. )




Sunday, October 30

oke kau memang pandai. so?

Hye ^^


Masa kecik kecik dulu mak aku selalu pesan.
Belajar pandai pandai, nanti dah besar orang hormat kita . Aku yang tulus lagi suci time tu terus angguk kepala sebanyak 3 kali dan terus sambung buat homework -.-''


Tapi bila dah besar gini aku rasa statement mak aku tu tak cukup nak complete lah kan. Sebabnya bila dah masuk alam pekerjaan ( perghh dewasa gile aku. ahcemmm! ) jaduk betul. Lain khabar dari rupa.


Sebabnya one of my colleague memang pandai. Memang betul tak dapat dinafikan. Kau tanya lah apa2 gerenti jawapan yang memuaskan jadi makanan kau. Nak tanya bab masak, kereta, sparepart, kastam, shipping serah kat dia lah. Memang terbaik sungguh!


Tapi satu pe'el dia yang memualkan tekak aku bila dia ni BERLAGAK habis. Suka merendah-rendahkan orang tak tentu pasal. Oh hello? Kau ni memang spesis mamalia yang dikurniakan akal yang cerdik berbanding orang lain. Tapi kau langsung tak diberi greenlight untuk merendah-rendahkan orang lain. Kau mesti ingat segala apa yang kau ada sekarang milik Yang Satu kan.


Jadinya, main point aku kat entry panjang lebar gini cuma nak edit statement mak aku bagi sedap secukup rasa. Belajar pandai-pandai, bila dah pandai jgn lupa hormat orang. In return kau akan dihormati. Hah ni makan dia!


Oh, itu saja. Tataaa ^^




Wednesday, October 26

gua tension la der =(


Aku tension
Bila kena pergi kerja tanpa kerelaan


Aku tension
Bila aku tak ada kepuasaan dalam kerja yang aku buat


Aku tension
Bila kerja yang aku buat dengan hati tak ikhlas berakhir dengan mistakes yang shit sekali


Aku tension
Bila semua orang tanya aku kerja apa


Aku tension
Bila orang lain dah sibuk sibuk usha kereta baru sedangkan aku...


Aku tension
Bila mak aku keep on berleter sebab nak yang terbaik untuk aku


Aku tension
Bila aku tak tahu hala tuju hidup aku, kecelaruan mungkin


Aku tension
Bila aku apply kerja dekat jobstreet dan ending dengan senyap seribu bahasa


Aku tension
Bila tengok kawan kawan yang lain dah berjaya


Aku tension
Bila aku tak pandai nak speaking speakang





#AArgggghhh. Aku tension. Sekian#




p/s: kepada yang nak gelak atas kegagalan aku dipersilakan.





Thursday, October 6

dulu pelik sekarang rindu


Hello sayangsss (ada 's' sebab ramai)! Diam tak diam sangat, pejam tak lupa celik dah dekat half year kita grad kan. So happy bila tau korang berjaya dah. Ada yang sambung master, fast track PHD, jadi eksekutif and bakal menamatkan dunia bujang pun ada. But how can I know the all things happen in ur life rite? Hihihi. This is me.
to be a stalker.


But, the annoying moments come when I started to miss the old things we have been doing together ='( Usually I will miss things that dulu looks like pelik gonjol bengeng and sengal. Here I give some examples moments:



***************************

1) Makan biskut MILO

Actually it is not a biscuit. But when the sengal idea come from YAYA, I start to love it. Milo peket 3 in 1 digosok dengan menggunakan iron yang bersuhu tinggi. Tapi jangan lupa kain atau tisu for lapik or else plastik milo akan mencair. Sangat sedap bila serbuk milo dah keras. Kreatif bukan?




2) Berjam-jam bertapa depan gift machine


Do u know what is
GIFT MACHINE? Mesin yang mampu buat orang yang kaya menjadi miskin. Haha. So addict with this game. Selagi tak dapat bear yang terkoanting-kanting dalam mesin tu, selagi tu lah duit bertukar menjadi token.



3) Naik KANCIL dengan muatan melebihi had


Kancil mampu memuatkan sehingga 7 orang dalam satu-satu masa. Ini adalah fakta, dan tiada langsung unsur auta. Rindu oo nak bersempit-sempit dalam KANCIL weyh. Kalau difikir-fikir balik aku tak kisah naik 7 orang sekaligus sebab aku driver. Heee. Aku seronok bawak selesa duduk depan, korang macam kerang busuk benyek kat belakang. Really miss that moments.




Banyak lagi moments that I miss to do together again. Cant we be just like before? Huuu.