berapa ramai dah?

Sunday, July 31

kisah kentang, keladi dan keledek

family outing di hari minggu. cool right? dah lama tak spend masa dengan family. konon-konon sume bizi lah tu. padahal melepak saje dekat rumah. tak on9, tido, tak tido, makan. patotlah...


tapi saya bukan nak bercerita ari ni saya gi mana, shopping apa, dengan sapa, bape banyak kos yang digunakan. tak. langsung tak. saya nak cite pasal kentang, keladi dan keledek. ada sape2 kat sini kenal ke ape perbezaan antara 3 menatang tu? sumpah, saya langsung tak tau apa beza dorang. omagad rasa saya bukan perempuan tapi hanyalah pondan yang berpakaian seperti perempuan. tssk T__T




dah tak kenal menatang tu satu hal. ada hati nak buat popiah gulung esok wey. konon-konon nak insert keledek as one of the ingredient lah kan. saya, kakak and adik duduk terpacak lama kot dekat situ. belek punya belek tak kenal jugak mana satu keledek. pikir sehabis mungkin dan akhirnya, ""tinggg"". mentol keluar dah dekat otak belah kiri! apa lah susah nya. amik je lah, then timbang. after timbang kan ada pelekat harga kat plastik tu. brilliant tak kami? brilliant bukan?


mula-mula saya. dengan muka konfiden saya amik bentuk yang panjang and hasilnya tertulis dekat tag harga 'SWEET POTATO'. ahh tak bole jadik ni. saya nak keledek bukan nak potato. then my adik pulak. amik yang bentuk bulat pulak. sudah. kenapa 'SWEET POTATO' jugak. entah-entah akak timbang tu tau apa niat kami. huh. sudahnya, misi untuk beli keledek tergendala. how bad.

kesimpulannya, perempuan memang kene kenal mana satu keledek, mane satu keladi. bukan kena lagi, tapi WAJIB. untuk tidak menjatuhkan air muka Abdul Jamil dan Juliah, balik dari Giant tadi saya terus search google image.
"ouh. yang tu rupanya keledek" =)


anyway, selamat berpuasa to my readers ^^


(p/s: sengkuang macam mana pulak? dussyh =.=' )


cerita pagi dengan air liur basi


badan saya sangat sistematik. dia tahu untuk merajuk apabila saya tidak berdisiplin. contohnya, saya suka makan banyak, dan badan saya terus merajuk. gemuk macam apam makcik kiah lah jawabnya. tapi sekarang sebab tak tidur sebelum 2 pagi, lantas badan serta mata saya paksa saya untuk terus berjaga.


dear blog, nasib baik saya ada awak. kalau gulahati tak tidur lagi, saya boleh berkongsi cerita dan seterusnya berangan bersama dengan dia. tapi huda, boleh ke? bukan tadi kredit awak tinggal RM0.00 ke. oke, itu sangat demm.


lepas 2 bulan abis study, sumpah. saya berani sumpah sambil memuncungkan bibir sehingga menyentuh hidung, saya rindukan martopo. siang tadi berkesampatan nak jumpa dengan diaorang but not all of martopo. only 4 from johor. ingatkan masing-masing dah matang. eah tak jugak lah. kami masih dengan perangai kami yang pantang melihat lens kamera. pasti terjojol-jojol tertebeng-tebeng muka kami. =)





cerita seterusnya pada awal pagi ahad ini adalah berkaitan dengan mr. gulahati. saya sayang cinta rindu macam nak nangis beserta mmuah dekat dia. nasib baik dia dah ada dekat rumah which means that dia dah tak boleh nak on9 dah. ini bererti dia tak akan baca entry saya ni dan insiden muntah hijau tidak akan berlaku selepas baca ayat jiwang rusted ni.


saya tahu awak tengah tidur krooh krooh sambil air liur mengalir dengan nada perlahan dekat bantal tu. tak apa lah dear. sweet dreams. mimpikan saya. ahaa. saya tak maksudkan wet dreams oke lah tu. masih di dalam batasan yang perlu diketahui umum.


we declared as sweet couple, ceh couple je sebenarnya sebulan yang lepas kan sayang (21/07/11). awak tahu dalam masa sebulan tu, I try to love you semampu yang mungkin. dan saya berjaya. kalau setiap pagi saya tak dapat dengar suara awak, mesti saya macam cacing kepanasan tapi masih boleh buat kerja. then, bila lunch hour pulak saya wajib sms awak tak pon through fb jika out of credit.


pendek kata, saya dah pandai mengadu setiap masalah saya dekat awak walaupun pada awalnya, saya sedikit kekok. maklumlah dah lama saya menjanda and awak sunting saya jadi bunga paling 'besar' dalam hati awak =') (terharu tahu?). you know what dear, kalau jodoh kita kuat, saya nak hidup dengan awk. fullstop. ehehe.


buat sementara ini, itu je lah kisah yang saya boleh kongsikan dengan blog saya.



Sunday, July 24

bahana taik hidung

apa korang faham dengan maksud taik hidung. oke seperti selekeh sangat aku ubah dari taik kepada tahi untuk sepanjang entry ni.




tahi hidung adalah sejenis tahi yang dihasilkan oleh hidung dengan melalui berbagai-bagai proses osmosis serta fotosintesis. amacam pengetahuan aku dalam sains. terbaik bukan. =)


as usual, manusia akan mengorek hidungnya bagi mengeluarkan tahi itu di mana-mana sahaja dengan syarat kondisi hidung tak basah time tu. or else, ia akan menjadi melekit-lekit macam gam uhu. iyeww. hahaha.


tapi pernah tak korang berdepan dengan situasi yang tersepit maksud aku macam ni. korang ada something urgent nak tanya dengan kawan kau atau rakan sekerja kau. dengan semangat kau toleh kat dia, dia tengah syok korek hidung dengan gaya yang cukup bersungguh-sungguh. mungkin tahi tu dah masuk angin then keras lah itu tahi lantas menyukarkan proses menggembur isi bumi.


demmmmmm. memang malang nasib kau kalau berhadapan dengan situasi macam tu. nak tegur malu, tak tegur next time dia buat lagi. macam diluah mati emak, ditelan mati bapak. so kau kemam je lah biar kau yang mati =D





Saturday, July 23

apa kau orang akan buat kalau...


oh yeah. aku benci dengan wiper belakang kereta aku. seriyes.

"demmmm. celaka betul. macam mana boleh jadi macam tu? aduhai, MALU kuasa infiniti la gua macam ni der"


yang kat atas tu lah monolog dalaman antara aku dengan diri aku. apa yang kau orang akan buat kalau drive kereta dengan wiper belakang tak turun? macam superman bukan? kalau kereta vios TRD pink yang macam tu tak ape. orang macam terpana sikit. ni kancil putih dengan nombor pendaftaran JDR***. alahai. ='(


ni lah makhluk putih tu. dia yang bersalah. fullstop. ceh. =D


patotlah semalam kereta kiri kanan dok pandang aku tak sudah-sudah. aku ingat dorang jeles aku drive sambil tangan kiri pegang roti gardenia cokolat namposen tu. paling bacin pon aku fikir dorang nak usha aku ke ape ke. rupe-rupenye. WIPER BELAKANG TAK TURUN!!!!!!!!! butthurt aku lah.


aku perasan pon time tu sebab nak isi minyak. meter minyak dah sampai kurang dari E dah. keluar kereta, bayar, time nak isi tu. time tu la. ye time tu aku baru PERASAN tentang isu ni. jauh jugak lah aku bawak kancil superpower tu. adalah lebih kurang 15 minit perjalanan dengan 2 trapiklike merah. OMG. tak terkata. rasa macam 'dah jatuh ditimpa tangga'. dah lah lambat pergi kerja, dapat pulak malu. haisssyhh.


dear kancil, bila time aku guna kau ada je yang jadik kan. hari tu tersimbah lecak dekat mamat indon yang nak pegi keje. haaaa. ting! (sambil mentol kuar kat kepala belah kiri time ni). mungkin ni balasan. oke, aku terima T___T


kesimpulannya, semalaman aku tak ada mood. mesti orang lain dok bercerita. yang kak minah kak senah pungpangpungpang dengan rakan seoffice. si ayah bercerita kepada si anak dan cerita ni akan disampaikan kat keturunan yang seterusnya. demmm lagi sekali.


Tuesday, July 19

sangat buntu kuase infiniti

b4 start: nak search buntu, tapi buntut pulak yang keluar. tssk.



sumpah aku sangat buntu right now. buntu dengan hala tuju hidup aku. terlampau banyak persoalan yang timbul and aku sendiri tak dapat nak jawab persoalan tu. one of it macam ni lah,


"how is my life 5 years from now?"


huuih. panjang betul aku mengeluh. actually ini bukan lah problem yang besar bombombang yang boleh sampai nak bunuh diri. cuma kadang-kadang tu ada la jugak rasa downsyndrom down dengan kawan2 lain yang masa depannya macam dah nampak. aku punya masa depan jangan cakap. memang lagi teruk dari kabus tahun 1997. langsung tak nampak apa2 =(


tak bole ke kita tak payah pikir. duduk rumah je macam mam besau. tak bole ke? tak bole ke? tau2 je ada orang datang merisik, bertunang, kawen. time dah kawen tu pulak orang gaji ada lah lebih dari 10 orang. tiap satu buat keje masing-masing. omaigad HEAVENNNNNNN gila. hey huda, stop dreaming like mat jenin la. mat jenin pon ada labu2 nya. ekau apa ada? (eah aku ada muhaimin murad la! kau ada? kau ada? =D )


masa gamat macam ni pon, aku boleh main2. aku kadang2 tension dengan diri aku ni. tapi nak buat macam mana. itulah aku. aku memang itu lah. hey, aku memang macam tu. hey, hey! oke yang ini mengarut, tak paham T__T




yang penting aku buntu yang amat sekarang ni.


Monday, July 11

sumpah rindu




rindu kemain lagi. siap bersumpah2 segala. tapi seriyes, pada saat dan ketika ini aku sangat rindukan martopo, my gila bestfriends forever ever after.



martopo, sekarang baru masuk 2 bulan. belum lagi 2 tahun akan datang. entah kita still rapat macam dulu lagi ke tidak. tengok je lah sekarang. masing-masing dah dengan hidup masing-masing. makin lama makin jauh. next 2 years, mungkin dah ada yang kawen, tunang. hermm, lagi lah jauh kan? ='(




setiap kali aku pergi balik keje, aku selalu dengar lagu padi: sahabat selamanya. sumpah, aku teringat korang gila!





baru aku rasa, the sweetest, best moment yang pernah aku rasa adalah bila kita lepak, mengumpat, bercerita, menangis, lepas perasaan dengan korang. truly from bottom of my heart you are my best friends ever after. aku tak akan lupa kenangan kita selama 3 tahun kita berkongsi hidup.










then sekarang air mata aku sape nak tolong tahan ni. haaa. penat lah nangis. tak mo lah tengok gambar korang lagi. buat hati rindu je. heeee. martopo, bila kita dapat jumpa ber8 kan. tak sabar =)



Sunday, July 3

blog wajib usha : blogger 3 serangkai


kau nampak word wajib tu? maksudnye memang WAJIB la untuk kau masuk blog-blog ni setiap kali kau on9. betul, aku tak tipu ni. boleh dianggap seperti kau "melanggar undang2 on9" kalau kau tak singgah sedas dua kat blog dorang.


pehh. sampai macam tu sekali kan obsesnya aku. aku pilih 3 blogger ni sebab dorang punya entry haou liou betul. tu tak tambah dengan relationship dorang kat fb yang seakan-akan menjalin hubungan terlarang. haha. oke itu gurau. maksud aku. blogger2 ni walaupun tak kenal tapi rapat bukan main lagi. tu la yang bagusnya pasal dorang.


oke2. cerciter cerciter.

>
>>
>>>


1. ayeem ayam




bagi aku, blog dia memang best. sebab nya dia selalu sajikan entry2 yang kaya dengan penggunaan unsur2 khurafat. oke bukan khurafat tapi penggunaan teknik grafik yang sangat wow2. tengok header die. di sebalik gambar yang suci terselit 1001 makna oi.


tak caye? cube try alihkn seluar makhluk ayam berhidung kembang tu. nampak ape ye? =D


>
>>
>>>


2. faiz tapit



kalau tadi ayam, ni kite masuk blog lembu pulak. mOoooOooo. blog ni bole tahan dari segi penceritaan. lagi2 entry pasal lembu yang die dok gebang kat blog die tuh. aku follow kot. aku bayangkan si faiz ni betol2 SEORANG lembu yang educated lantas sentiasa menghapdet setiap apa yang terlintas. wow!


btw, header ni ayeem yang create. hebat mung ayeem. aku try picit2 mamary glands lembu tu kot2 keluar susu. tapi aku hampa. =)


>
>>
>>>


3. hamzah ian




dan yang terakhir adalah hamzah. lagaknye kalah seorang artis. asyik bergambar dengan artis. kejap2 lisa la, liyana jasmay la. hampir-hampir aku salah teka. aku ingatkan terbang tinggi-tinggi yang bermotifkan otomen ni awal ashari punye. rupenye hamzah ian yang punye.



"ape pon perbezaan ketiga2 blog ni
yang penting setiap kali on9,
aku akan usha dan serbu blog ni dulu.
sebab die best.
lucah kot pemikiran blogger 3 serangkai ni.
i likeeee! =D. haha".