Genap 23 tahun aku menapak di bumi kepunyaan di atas. Masih banyak perlu aku lalui, masih banyak perlu aku pelajari untuk teruskan hidup. Hei, 23 tahun dah cukup besar + matang untuk buat keputusan sendiri. Tak suka bila dah ada komitmen dekat diri sendiri.
Walau aku ulang beribu kali berjuta kali, umur akan terus meningkat. Masa akan terus berjalan. Nak tak nak aku kena perbaiki diri aku. Harap masih ada sinar di mana-mana untuk aku meneruskan kehidupan yang lebih baik.
Semoga tahun yang mendatang memberi pelbagai perkara positif. Semoga segala urusan dipermudah dengan hendaknya. Semoga keazaman dan kekentalan untuk kurangkan berat badan berjalan dengan jayanya. Semoga plan raya tahun depan menjadi dengan keredhaannya. Semoga aku berjaya menjadikan diri ini orang yang berguna.
p/s: cuba tengok post kat bawah. ahli kumpulan Martopo dah pregnant. congrats to her ^^